Thursday 29 December 2011

Kisah Kunang Kunang


Kalau seandainya aku mati,
aku ingin kembali sebagai kunang kunang...
Aku ingin terbang menemani malam..
Agar aku tak akan kesepian lagi ,
kerana alam akan menjagaku di sebalik setiap langkahku..

-petikan nyanyian si kunang kunang-

Tuesday 27 December 2011

Gelora Di Hati


Kata dia:
Ilmu dan air sama pentingnya dalam kehidupan manusia.
Tanpa ilmu, hidup tiada ertinya. Sama seperti kalau tiada air, mati jawabnya.

Ilmu itu ibarat air hujan yang mana turunnya membasahi bumi, menyuburkan tanaman.
Air yang diserap ke dalam tanah akan digunakan oleh pokok, disedut melalui akarnya.
Hasilnya? Pokok akan dapat terus hidup, membuahkan hasil yang mana akhirnya menjadi salah satu nikmat kepada manusia.

Begitulah juga dengan ilmu. Ilmu, kalau dipergunakan dengan sebaik mungkin dan dibagikan sesama yang lain pasti akan mendatangkan berkat.

*********
Hmm.. apabila manusia kehilangan makna kehidupan, apa lagi yang nak diharapkan, nak mendorong seseorang itu untuk hidup. Ada yang hanya menanti saat kematian datang menjemput. Membawa diri jauh dari kehidupan yang yang menyesakkan. Mungkin sebab itu , ada yang mengganggap nyawa tidak bernilai, dan tindakan termudah adalah dengan mengambil nyawa sendiri.

Bukan sebab akal mereka pendek, bukan sebab mereka tak takut apa yang bakal menunggu di alam yang satu lagi. Tapi, adakalanya mereka merasakan tidak ada sebarang sinar atau cahaya bila mereka memandang ke kiri, kanan, atau ke hadapan. Segalanya nampak kelam dan gelap. Meraka yang kehilangan arah..hanya kegelapan menemani..

Manusia dan pencarian mereka. Adakalanya.. kehidupan adalah tentang pencarian diri yang pernah tersasar dari jalan dan landasan. Mencari kembali cahaya hidup yang pernah suram,..

*****

Sunday 25 December 2011

Bila Hati Bersatu


Adakalanya..
Adakalanya orang yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji..
Adakalanya orang yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru...
Adakalanya orang yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka...
Adakalanya orang yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan...
Adakalanya orang yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata...

Namun kita tetap cintakan dirinya..
dialah juga yang membuat kita tertawa, membuat kita tersenyum dan buat kita bahagia ..

Saturday 24 December 2011

Ratuku


Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Apa yang telah pun kurasa
Engkau bagaikan ohhh… permataku
Engkau pun jua ratuku

Engkaulah segalanya
Engkaulah hanya untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut

(*)
Ratapan naluri
Memanggilkan namamu
Kerana pertemuan ini
Akanku abadikan segala memori
Kulewati waktu itu
Didalam pelukanku gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya satu mercu tanda
Cinta yang setia
Meredahi masa meniti usia
Hingga keakhirnya
Ku abadi cinta dihati ini
Dihati ini….

Friday 23 December 2011

Kesilapan




Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan...

Kata dia sambil tersenyum:
Semua orang ada membuat kesilapan. Kalau tak pernah buat silap, bukan manusia namanya. Mungkin juga orang tu 'alien'.

Tapi ada satu yang tak semua orang boleh lakukan. Iaitu, belajar dari kesilapan semalam dan cuba memperbetulkan keadaan. Tidak mengulangi kesilapan yang sama semula. Tak ada gunanya menyalahkan diri dengan memikirkan hari semalam.

Lupakan lah kisah semalam. Jadikan semuanya sebagai satu 'turning point', permulaan baru untuk berubah. Bukan dengan salahkan diri sendiri, bukan dengan salahkan orang lain, bukan dengan salahkan takdir, dan juga bukan dengan salahkan Tuhan.

******
Awan hitam bergerak menutupi langit biru. Tak lama lagi pasti hujan akan turun. Seperti semalam, ianya pasti lebat. Langit akan gelap seperti malam..dan manusia di sana sini akan terkejar kejar mencari tempat berlindung.

Perlahan lahan hati mula terbuka semula. Dia mengajar saya memahami erti kehidupan. Adakalanya perkara yang paling susah bukannya memaafkan kesilapan orang lain. Tapi yang paling susah ialah cuba untuk memaafkan diri sendiri. Kadang kadang kita terlalu menghukum diri kita, hingga kita lupa untuk mensyukuri nikmat Tuhan.

Sesungguhnya masih ada jalan pulang. Dan kasih sayang Allah itu setinggi langit dan seluas angkasa.. Pandangan beralih ke langit yang gelap.. mencari cari satu sinar yang hilang..

Friday 16 December 2011

Ada Satu Rasa


Dalam hati seorang perempuan,
Ada naluri ingin disayangi,
Ada rasa ingin diberikan perhatian,
Ada rasa meminta didengari kisah dan resahnya,
Ada waktunya dia inginkan seseorang menemani kesedihannya,

Andainya seorang lelaki mampu mengerti,
Rajuk seorang perempuan meminta dipujuk,
Marah seorang perempuan perlu didekati,
Sedih seorang perempuan perlu dikongsi,
Gembira seorang perempuan pasti meringankan hati yang mengerti..

Andainya seorang lelaki mampu mengerti,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan mengada ada..
Bukan jua meminta dipuja,
Hanya perlukan perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan..

Andainya seorang lelaki mampu mengerti,
Hati perempuan akan sentiasa bertanya,
Wujudkah cinta untuknya dihati seorang lelaki,
Bila saat jauh tanpa sebarang khabaran..
Bila saat dekat seakan tidak dipedulikan..
Sedangkan pada seorang perempuan
Cintanya sukar ditukar ganti
Biarpun berkali ombak menghempas,
Jarang sekali pantai kan berubah..

Wednesday 7 December 2011

Mawar Berduri


Hati bila ia berbisik....nadanya mendendangkan lagu kehidupan...
*************************

Wajahnya begitu menenangkan.
Setiap mata yang memandang, pasti akan tertarik untuk terus memerhatikan dia.
Segaris senyuman indah menghiasi bibir. Manakala matanya seumpama air dihujung kali, berkaca jernih, membiaskan serakan cahaya indah terutamanya bila dia memandang ke langit. Halus bicaranya, lembut mempesona..

Namun, bukan mawar namanya andai kecantikan nya tidak dilindungi oleh duri. Bukan tidak ada yang mncuba untuk menyunting dirinya , namun ramai yang kecundang. Bila marah, atau tidak menyenangi sesuatu , renungan matanya adakala boleh mematikan langkah dan membunuh hasrat hati sesiapa yang cuba mendekatinya..

Wednesday 30 November 2011

Aku di Kota Metropolitan



Kota Metropolitan X..
Kedai peralatan komputer, kedai permainan arked, kedai buku, kopitiam, restoran makanan segera, Bank, Kedai DVD...Kota ini menyajikan apa saja yang dihajati semua, tak kira orang dewasa, kanak kanak, lelaki atau perempuan. Tempat tumpuan awam..cuma perlu sediakan wang sahaja.

Pada aku semuanya ada di sini..kecuali satu: Keberanian.
Aku seorang yang tidak punya keberanian. Aku seorang lelaki yang sukar untuk menyuarakan buah fikirannya. Bukan aku tidak ingin..tapi setiap kali aku cuba bercakap, jantungku akan berdegup dengan cepat, aku akan panik, tangan ku berpeluh dan suara ku akan tersekat di kerongkong.

Banyak yang aku ingin katakan tapi.. ia hanya berlaku di fikiranku. Bercakap di dalam hati. Itulah juga yang berlaku di zaman persekolahanku sehingga akhirnya aku mengambil keputusan untuk
lebih baik mendiamkan diri sahaja. Aku percaya jika aku senyap, tidak membuka mulut, kehadiranku pasti tidak akan disedari sesiapa. Dan aku tidak perlu buka mulut untuk bercakap.

Begitulah.
Aku percaya aku pasti boleh jalani hidup yang normal walaupun tanpa sebarang keberanian.
Namun satu hari..segalanya tiba tiba berubah. Bermula dengan sehelai sapu tangan milik seorang gadis..

Bersambung..

Hero


Aku memejamkan mata rapat rapat. Pemandangan terakhir ku ialah tangan si pemabuk dihayun ke muka ku dengan kelajuan 80km/jam. 1, 2, 3, 4..

Aik kenapa tamparan nya belum tiba. Aku membuka mataku perlahan lahan. Seorang pegawai polis sedang memegang bahu si pemabuk tadi. Patutlah..tamparan yang aku bayangkan tadi tak jadi hinggap ke pipi. Fuh.. lega...selamat aku kali ini.

'Dia tu memang menakutkan.. ' suara lembut disebelahku berkata. Aku berpaling.
Emm.. aa..tergagap aku mencari jawapan. Si jelita sedang bercakap dengan ku. Aku berasa selah olah telah mati dan dimasukkan ke syurga! 'iye..iye,..dia tu memang teruk. Maksud saya..dia tu menyusahkan..maksud saya.. Nasib baik dia tak pukul awak tadi' aku bercakap sedikit gagap.

LRT berhenti di stesen berikutnya, dan kami diminta memberi keterangan masing masing tentang peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Kakak kakak dan makcik makcik yang sama menaiki LRT dengan ku, datang menghampiri dan memujiku sambil mengatakan mereka berharap ada lebih ramai lagi pemuda yang berani seperti aku.

Mukaku menjadi merah. Aku tak biasa dipuji begini. Aku sebenarnya bukan seorang hero. Lihatlah saja..tanganku masih lagi menggiggil hingga saat ini. Semua tadi hanya kebetulan saja.. reaksi spontan. Automatik aku cuba menahan tangan si pemabuk bila lihat dia akan cederakan gadis pujaanku.
Ah..ada seorang makcik ni pula yang meminta alamatku. Katanya bangga kenal dengan pemuda berani sepertiku. Semakin ramai orang menghampiri. Jantungku berdegup pantas.. ah.. aku malu. 'Maaf, saya benar benar kena pergi...' kataku seraya pantas berlari ke arah tanga untuk keluar.

Opps.. Aku terhenti. Aduh.. aku harus menaiki LRT yang menuju ke selatan bukan ke utara,.. maksudnya aku harus menunggu LRT di situ semula. Ahh... semakin teruk ni. Terpaksalah aku berpusing semula sambil menundukkan muka ku yang semakin merah.. tidak ingin memandang mereka yang sedang senyum dan ketawa melihat telatahku.
'Awak, apa kata kalau saya ajak awak keluar? Saya teringin nak belanja awak sebagai tanda terima kasih kerana menolong saya. Nama saya Laila'..sigadis berbicara lembut ketika aku melintas di hadapan dia. Langkahku terhenti. Hari ni hari paling indah buatku..

Laila..namanya Laila. oh, namanya nyata secantik tuan empunya diri itu...


Monday 28 November 2011

Cinta


Ucapkanlah, Kasih
Satu Kata Yang Kunantikan
Sebab Ku Tak Mampu...
Membaca Matamu
Mendengar Bisikmu
Nyanyikanlah, Kasih
Senandung Kata Hatimu
Sebab Ku Tak Sanggup...
Mengartikan Getar Ini
Sebab Ku Meragu Pada Dirimu
Mengapa Berat Ungkapkan Cinta?
Padahal Ia Terasa
Dalam Rindu Dendam,
Hening Malam,
Cinta Terasa Ada...

Nyanyikanlah, Kasih
Senandung Kata Hatimu
Sebab Ku Tak Sanggup...
Mengartikan Getar Ini
Sebab Ku Meragu Pada Dirimu
Mengapa Berat Ungkapkan Cinta?
Padahal Ia Terasa
Dalam Rindu Dendam,
Hening Malam,
Cinta Terasa Ada...

Mengapa Berat Ungkapkan Cinta?
Padahal Ia Ada
Dalam Rinai Hujan,
Dalam Terang Bulan,
Juga Dalam Sendu Sendan
Mengapa Sulit Mengaku Cinta?
Padahal Ia Terasa
Dalam Rindu Dendam,
Hening Malam,
Cinta Terasa Ada...

Saturday 26 November 2011

Kilauan Cahaya



Buat pertama kali, saya melihat dia termenung.
Tubuhnya di sini, namun hati dan fikirannya entah dimana. Apa yang bisa buat hatinya sedih..

Hati saya tiba tiba tersentuh. Hilang niat saya untuk mengusik dia.
Jangan lah bersedih, awak..Andai saya mampu, ingin rasanya menghilangkan apa jua yang sedang mengganggu fikiran awak.

Bila dia sedar yang saya sedang memandangnya, dengan segera dia tersenyum, cuba ketawa seperti biasa. Tapi saya telah kenal dirinya , sangat sangat kenal.

Perlahan saya bertanya..ada sesuatukah yang mengganggu fikiran dia? Seperti selalu, dia cuma tersenyum. Diam, sambil tangannya menyentuh pipi saya.

'Awak tak sudi nak kongsikan dengan saya..?' perlahan saya memagang tangannya. Hati saya berbisik : Awak, ceritalah pada saya.. kerana saya takut jika tidak, saya akan membuat kesimpulan saya sendiri. Apakah kesedihan awak itu berpunca dari saya.. Ceritakanlah pada saya agar hilang rasa takut dan sedih yang mula timbul dalam hati saya ini.

Pelahan lahan dia berkata: 'Maafkanlah saya. Tak ada apa. Saya cuma berfikir sebentar tentang sesuatu. Ianya tak ada kena mengena dengan awak.'

Saya memandang wajahnya. Ingin mencari jawapan di matanya kerana.. saya tidak pandai dalam bab berteka teki. Saya langsung tidak faham.

Tapi dia mengalihkan wajahnya ke tempat lain.

Terpaku sebentar. Perlahan saya menarik tangan,..ingin menjauh sebelum kesedihan yang sama terlihat di wajah saya pula. Saat ini baru saya mengerti..begini rupanya rasa bila orang yang rapat dengan kita tidak mahu berkongsi kesedihannya. Terasa seperti ada jurang yang tercipta dengan ada nya perkara yang dirahsiakan.

Walaupun niat baik sebab tak mahu menyusahkan sesiapa, menyimpan kesedihan sendiri hanya akan membuatkan orang lain terasa hati. Ianya bukan soal menyusahkan..tapi ianya tentang kepercayaan, dan kesediaan untuk berkongsi.

'Setiap orang pasti ada kelemahan dan ada masa masa perasaan mengaburi fikiran. Mungkin awak ingin bersendirian.. Maafkan saya sebab saya bertanya..' Kuatlah wahai hati. Saya juga pernah menjauhkah diri dari dia bila saya ada masalah. Dia juga berhak meletakkan saya ketepi.

'Boleh awak jangan lepaskan pegangan tangan awak..? kata dia perlahan. 'Saya perlukan awak dalam hidup saya. Tapi saya juga perlu awak membuka hati dan pemikiran awak untuk dikongsikan dengan saya. Bukan hanya pada saat gembira, tapi juga pada saat sedih. Saya ingin jadi sebahagian dari hidup awak. Dan ianya amat menyedihkan saya bila awak masih tak percayakan saya, ' sambungnya lagi.

Saya duduk kembali disisi dia. Amat susah untuk saya bercerita. Tapi bukankah dia telah mulakan satu langkah ke hadapan untuk bertemu saya. Kepercayaan. Keikhlasan. Satu demi satu bilah bicara terbuka. Saya mula bercerita padanya.

Satu malam yang panjang..dan satu permulaan bagi 'kami'..

Kisah Dongeng



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

-Stacy-

Saturday 19 November 2011

Pilihan Yang Terbaik



Cerita ini telah banyak kali disiarkan dan di ulang dari mulut ke mulut dan dari satu blog ke blog yang lain. Tapi saya tak pernah bosan mendengar dan membacanya.
Jalan ceritanya telah saya ubah sedikit.. supaya lebih mendekati pada apa yang saya bayangkan.
*******
Seorang lelaki bertanya Bagaimana hendak tentukan yang orang yang kita cintai itu adalah yang terbaik untuk kita?

Jawab temannya:
Hmm.. susah nak diterangkan. Baiklah, sekarang, awak ikut arahan saya.
Awak keluar ke taman bunga ros di hujung sana. Awak kena berjalan tegak dan lihat hanya bunga ros di depan awak. Saya nak awak pilih sekuntum bunga ros yang awak rasakan paling cantik sekali pada pandangan awak.
Mudah? Tak juga. Ada satu peraturan yang awak tak boleh langgar: Awak hanya boleh ambil bunga ros yang didepan awak saja. Sekali awak dah mula melangkah, awak tak boleh menoleh ke belakang atau berpusing untuk memilih bunga ros yang awak dah lepasi.

Lelaki yang bertanya itu setuju dan mula melangkah ke depan.
Setengah jam kemudian dia kembali ke tempat dimana temannya berdiri tapi..tanpa walau sekuntum bunga ros pun ditangannya.

Temannya tersenyum lantas bertanya dimanakah bunga ros yang diminta.

Lelaki itu berkata yang pabila dia masuk ke taman bunga ros itu, dia lihat banyak bunga ros yang cantik. Namun dia ingin memilih satu yang paling cantik seperti yang disuruh oleh temannya. Dia berjalan sambil memerhati setiap bunga ros dan tidak memandang ke belakang. Perlahan lahan dia berjalan hinggalah ke hujung taman. Namun dia tak dapat memilih satupun.

Mungkin ada di antara bunga ros yang dia telah lalui ada yang dia rasa kan yang tercantik. Tapi dia tetap ingin berjalan ke hadapan untuk melihat bunga bunga ros lain. Siapa tahu di hadapan nanti ada bunga ros yang tercantik di situ. Dan walaupun dia tahu yang ianya hanya kemungkinan, dia tetap mahu melihat yang lain. Lalu di tinggalkan bunga bunga yang telah dilihatnya. Akhirnya, tiada satu pun bunga ros yang dipetik.

Jawab temannya:
Awak tahu, itulah jawapan pada soalan awak.
Adakalanya, dalam hidup kita, kita dah jumpa orang yang kita sayangi. Tapi kita masih tak yakin, sebab kita tak yakin apakah pilihan kita tu adalah yang terbaik. Sepatutnya kita berikan perhatian pada dia dan kita hargai dan sayangi dia sepenuhnya.

Bila kita telah membuat keputusan, jangan menoleh ke belakang lagi. Lupakan dan jangan bandingkan dia dengan mereka yang pernah hadir dalam hidup kita. Dia adalah dirinya dan dia lah yang berada dengan kita pada waktu ini.

Anggaplah orang yang kita sayangi itu adalah yang terbaik dan yang paling cantik buat kita, walaupun memang di luar sana ada yang lebih sempurna dari dia. Yang di luar itu mungkin lebih sempurna tapi ianya tidak semestinya sesuai untuk kita. Apa yang dilihat dari jauh dengan mata kasar belum tentu dapat mencintai diri kita seperti dia lakukan.

Friday 18 November 2011

Pantang Larang


Ditegah jangan, di larang juga jangan..
Lantas apa ye?
Biarkan saja Luncai terjun dengan labu labunya..
*********************************
Maaf sebab hari ini terasa ingin mengusik :), bila terbaca artikel seorang teman lama perihal tabiat seorang guru yang satu ketika pernah mengajar kami. (Angin nakal tiba seketika).

Dalam semua masyarakat pasti ada pantang larang yang bukan berasal dari garis tunjuk keagamaan. Pantang larang ini tak tahu siapa yang mulakan tapi disampaikan dan dituru kan dari satu generasi ke generasi berikutnya melalui mulut ke mulut. Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk mendisiplinkan anak anak.

Yang uniknya, adakala pantang larang ini tak diketahui kenapa diadakan (apa tujuannya).. Mungkin: Kalau seorang anak bertanya kepada ibunya kenapa tak boleh duduk atas bantal, kekadang ligat saja si ibu menjawab dengan memberi alasan yang paling cepat terlintas di kepala. (Tak boleh le salahkan si ibu..sebab dia ada banyak kerja nak diselesaikan selain menjawab ratusan soalan dari si anak. Betul tak? :))

Itu sebabnya kebanyakan pantang larang di negara negara Asia Tenggara ni sama bentuknya. Yang berbeza cuma sebab kenapa pantang larang tersebut ada. :)

Contoh yang paling selalu:
1) Jangan berselimut dengan tikar.
Sebab : Nanti kalau mandi di laut, pasti akan digulung ombak
Logik: Tikar tu tempat orang pijak, makan dan buat kerja atasnya. Takut jika di guna sebagai selimut, nanti gatal seluruh badan.

2) Bercakap yang tidak elok ketika dihutan
Sebab : Nanti akan di sampuk kuasa kuasa jahat
Logik : Hmm.. X-files. Tengah fikir lagi.

3) Ambil gambar dalam jumlah yang ganjil
Sebab : Salah seorang orang dalam gambar tu akan meninggal
Logik : Hmm.. tak nampak kat mana logik dia

4) Bangun tidur ketika matahari dah tinggi
Sebab: Nanti rezeki akan lari
Logik: Betul tu. Orang lain dah bukak kedai, ada yang baru nak gosok mata. Rezeki yang patutnya kita punya dah pergi ke orang lain.

5) Jangan duduk depan pintu sewaktu hujan turun
Sebab: Nanti di sambar petir.
Logik: Ni mesti nak takut takutkan. Sebab bila hari hujan, semua orang nak cepat masuk ke dalam rumah. Kalau ada orang duduk kat depan pintu, bukan ke menyusahkan.

Yang paling selalu:
Makan jangan berpindah pindah tempat, nanti asyik bertukar pasangan.
Sebab : Banyak mengotorkan tempat. Penat nak mengemas nantinya

** Ustazah lain pula pantang larang dia.
Kata ustazah: Dalam kelas jangan tukar tukar tempat duduk. Nanti malaikat susah nak bagi rezeki kat kita sebab susah nak jumpa. :)
Alahai.. :)

Sunday 13 November 2011

Bukan Cinta Biasa


Begitu banyak cerita
Ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan diatas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna kuyakin ada jawabnya oh...
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawapnya

Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu
Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kan hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan

Friday 11 November 2011

Dari Matamu


dari matamu
memaut aku
supaya mengerti
dan memahami
diri mu

dari matamu
memintaku
agar selalu
bersamamu

dari mata mu
ada bicara
yang difahami
aku dan kau saja..

Wednesday 9 November 2011

Ayat Ayat Cinta


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

repeat reff

Ketika ku bersujud

Tuesday 8 November 2011

Dalam Kenangan


Bila terkenang masa lalu rasa terharu
Segalanya masih kekal dalam kenangan
Tiba di persimpangan jalan berpisah jauh
Sekian lama di rantau bersendirian

Tiada lagi seruling senja mendayu
Tiada lagi ketawa riang bersama
Bila sepi mengusik hati
Semuanya kini dalam kenangan

Aku kirimkan restu pada ayah dan bonda
Budi dan jasamu tetap dalam kenangan
Teman seiring jalan kini jauh dariku
Kemesraan kita tetap dalam kenangan

Tiada lagi suara ombak di pantai
Tiada lagi bayu teberau membelai
Di saat sepi begini
Semuanya kini dalam kenangan

Bila masanya tiba nanti aku kembali
Pasti ada yang berubah dan tiada lagi
Dan bila kutinggalkan lagi kampung halaman
Segalanya abadi dalam kenangan....
*************************
** Ada saatnya memori silam hadir berbisik perlahan.. Kenangan semalam menggamit ingatan, fikiran jauh menerawang.. **

Wednesday 2 November 2011

Soal Jodoh


takkan ada hari tanpa rasa... dan tak ada rasa yang tak boleh dikorbankan
namun..mampukah hati melepaskan cinta yang telah terpahat di kalbu?
*************************
Kata Linda : Awak, saya betul betul tak faham dengan orang lelaki ni. Dia kata dia inginkan seorang wanita yang baik dan bertudung litup sebagai isteri dia. Tapi..awak tengoklah perempuan yang dia bawak ke sana sini tu. Mekap tebal di muka, baju ketat hingga nampak bentuk semua..kain terbelah, sexy habis.

Kata saya: Kenapa marah marah je ni?

Kata Linda: Ye lah. Saya geram bila tengok benda macam ni. Bab bercinta nak yang seksi, menggoda tapi bila sebut bab komitmen, semua nak yang macam ustazah. Ada pulak yang dah dapat isteri yang cantik, mata masih nak melilau. Hati masih teringin nak kacau yang lain.

Kata saya: Tak semua macam tu. Dalam dunia ni ada bermacam macam jenis lelaki. Ada yang ikhlas dan ada yang memang sifat tu dah sebati dengan diri masing masing. Yang penting, pada mereka bila bab zuriat, mereka mahukan yang terbaik. Susah nak cakap.

Kata Linda: Tapi yang lagi pelik..kenapa lelaki lelaki yang baik pula kebanyakkan nya jatuh ke tangan perempuan perempuan yang tak sepatutnya. Bukan ke Ustaz selalu kata, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik? Kenapa Zaid tak nak pandang pandang kat saya? Saya ni baik apa? Ini si Mimi yang seksi tu juga yang dia nak. Perempuan tu tak padan langsung dengan dia.

Kata saya: Oo..ni pasal Zaid le ye (senyum). Inilah yang dinamakan dunia. Awak kena ingat, belum tentu sesuatu yang kita idamkan itu akan pasti jadi milik kita. Kita hanya boleh mencuba, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ada yang baik di depan kita, tapi di belakang, tanduk dia jadi panjang 5 jengkal..

Kata Linda: Tapi ..benci le tengok si Mimi tu. Rasa macam nak jerit aje suruh Zaid buka mata dia besar besar. Saya rasa saya lagi baik dari Mimi tu. Awak, kenapa ye lelaki baik macam tu tak mahu kat saya yang baik ni?

Kata saya: (Senyum) Awak rasa ada kemungkinan tak yang awak salah tafsir yang diri awak ni baik. Awak melihat diri awak dari kacamata awak sendiri. Mungkin pada pandangan orang lain, awak taklah sebaik yang mereka inginkan. Atau.. mungkin juga awak salah anggap yang Zaid tu baik dan sepadan dengan awak. Sedangkan dia sebenarnya tak sebaik yang awak sangkakan. Atau.. awak nak teori saya lagi? (sambil ketawa)..

Kata Linda: Ish..dia ni. Orang tengah pening, makin dia tambah lagi kusutkan otak kita. Awak..serius le sikit.

Kata saya: Kalau ada jodoh, tak kemana. (Ketawa) Pergi le cuba buat dia buka mata dia. Kalau duduk saja macam gini, kalau dia tahu tengah mengumpat pasal dia, mesti lagi le dia tak nak. Hilang terus ciri ciri perempuan baik awak.

Kata Linda: (Ketawa sambil baling kusyen) Oo.. pandai le tu nak mengata orang dalam diam diam.
******************

Tika



tika ada masanya...
kita memilih sepi
melamun terlalu jauh
tidak terjangkau...

tika ada masanya...
kita memilih sepi
memenuhi ruang waktu
cuba mencari pemahaman sendiri

Monday 31 October 2011

Dengarkanlah

Penyanyi/Artis: Amy Mastura

Kasihku
Hanya kau sahaja di hatiku
Hanya kau satu yang ku rindu
Setiap waktu tak pernah rasa jemu
Saat kau tiba
Terasa sungguh bahagia
Jalinan indah mesra bersamamu
Sehingga cinta yang pertama

Dengarkanlah bicara cintaku
Aku ingin selalu di sisimu
Dengarkanlah bicara rinduku
Pinta hati ini yang ingin bersamamu selamanya
Senyum tawamu
Terbawa selalu dalam mimpi
Hingga tak mampu untuk kulupakan
Kau sering di dalam ingatan

Biar dimana berada
Simpankan saja didalam
Hati kita
Rasa percaya
Detik indah akan tiba
Menyatu akhirnya

Impian


Di dalam dunia..
Yang penuh dengan batasan..
Yang penuh dengan rintangan..
Yang penuh dengan ketidakpastian..

Setiap dari kita berhak memiliki sebuah impian..

Impian..
Untuk menjadi yang terbaik..
Untuk menjadi insan yang berjaya..
Cita cita untuk dikecapi..

Setiap dari kita berhak mendapat sebuah jaminan..
Jaminan..untuk hari esok yang lebih cerah..

Apa yang kita perlukan ialah..
Seseorang..
Yang meyakini diri kita..
Yang memberi kita galakan..
Yang menjadi teman dikala jatuh dan bangun..
Yang memberi segala sokongan dan kasih sayang..

Kehilangan



Kesunyian membungkus seluruh isi rumah teres dua tingkat di penghujung kawasan taman perumahan. Hanya suara beberapa orang yang membacakan surah Yasin secara perlahan sesekali mengisi ruang. Di dalam sebuah bilik ibu terbaring pasrah. Ayah pula kelihatan duduk termenung di birai katil. Rautnya kelihatan murung. Dia merenung ibu dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Semua orang tidak pernah melihat ayah berkeadaan begitu. Dia nampak sepuluh tahun lebih tua dari usia sebenarnya. Badannya semakin kurus dan wajahnya yang pucat membuatkan matanya kelihatan begitu besar dan hitam. Ayah seperti tidak nampak orang lain di sekelilingnya. Ingatan dan tumpuannya hanya pada ibu.

Semenjak tiga puluh tahun perkahwinan mereka, ibu sentiasa berada di samping ayah. Siapa lagi kalau tidak ibu yang membela ayah di depan orang ramai dan yang begitu sabar melayan segala kerenah ayah. Siapa lagi kalau tidak ibu yang sentiasa membantu ayah tanpa kenal penat, membakar semangatnya setiap kali ayah ingin menyerah kalah?

Waktu ayah mula-mula menyuarakan hasratnya ingin mengahwini ibu, semua orang menyanggahnya. Apa tidaknya, kedua-duanya mempunyai sifat dan keperibadian yang berbeza. Seperti antara hitam dan putih, begitu ketara perbezaannya. Ayah seorang yang tegas, serius, kadangkala terlalu idealistik sehingga seolah tidak berpijak di bumi nyata. Di samping itu ayah juga seorang yang tidak banyak cakap, suka berahsia. Tiada siapa yang tahu apa yang terlintas di hati dan fikirannya. Ibu seorang yang berperibadi lembut, penyayang, penyabar dan suka membuatkan manusia di sekeliling tertawa dengan gurauannya. Mereka disatukan jua akhirnya atas nama takdir.

Suara para pengunjung yang membaca Al Quran masih lagi kedengaran tinggi rendah. Ayah masih lagi berada di tepi katil, di sisi kanan ibu. Memang ayah sudah tahu kesihatan ibu sudah agak lama terganggu. Cuma ayah tidak perasan betapa beratnya penyakit ibu. Ibu tak pernah mengeluh atau mengadu sakit. Seperti biasa, ibu begitu pandai menyembunyikan perasaannya.

Cinta Laila


Kisah ini adalah kisah cinta yang tiada permualaan atau akhiran

Detik tragis bermula dari saat pandangan Qays dan Laila bertembung..
Dan dua rasa pantas menjadi satu
Mereka alpa ..
Cinta sejati adalah milik Allah
Dan selebihnya hanya pasrah..
**********************************************
Di dunia ini sukar untuk berjumpa seorang insan yang menangggung seksa sama beratnya dengan menanggung perasaan cinta.

'Siapakah insan yang paling engkau kasihi, wahai Laila?' Ishak bertanya.
'Dia adalah insan yang namanya sentiasa dibibirku. Bila aku tergelincir, aku menyebut namanya. Bila aku terlena, aku mimpikan wajahnya. Dia adalah Qays.'

Apabila disebut nama Qays,
Hilang segala kekuatan jiwaku..
Seluruh hidupku terselit di kamus hidupnya..
Sebagaimana namaku juga tersimpan di lubuk hatinya..

Bila kakiku terseliuh, aku menyebut namanya.
Bila ku bermimpi, segalanya bersama dirinya..
Dadaku sesak kerana rindu..
Jiwaku berontak, inginkan dirinya,,
Hilang segala kewarasan fikiran..

Kaumku membenci dan mengugut..
Akan membunuhnya andai kami berdegil untuk bertemu..

Aku takut..
Darah pasti akan membasahi bumi..
Andai Qays tidak berhenti meyebut namaku..
Aku rela, ambillah nyawaku sebagai tukaran,
Bunuhlah aku, dan biarkan Qays
Jangan lagi dihina dan diseksa dirinya
Cukuplah segala penderitaannya kerana cinta..

Ketahuilah bahawa jiwa ini telah diikat dengan tali asmara yang lebih kuat dari tali kehidupan. Cintaku hanya pada Qays, atau Majnun yang kamu gelarkan sebagai si gila. Tak ada yang lain mampu mengambil tempatnya di hatiku.
Bisik Laila sambil matanya redup memandang bulan yang kesuraman..

Umpama Mimpi



Umpama Mimpi Dalam Mimpi

Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
**********************************

Perempuan Dan Outstation


"Simplicity is making the journey of life with just enough baggage"-Charles Warner-

*************************************
Kata dia: Kenapa ye orang perempuan kalau nak outstation untuk business, walau pun hanya untuk 1 hari, mesti bawak barang banyak? Beg tu selagi tak penuh, mesti tak senang hati?

Kata saya sambil senyum ingin mengusik:
Yang pertama, tak semua orang perempuan macam tu. Ada orang perempuan yang kemana mana ringkas saja, dgn pakaian yang sekadar perlu.
Rasanya, semua ikut kebiasaan seseorang tu juga. Kalau orang tu dah biasa travel, mungkin senang dia nak rancang apa yang dia nak bawa.

Yang kedua, mungkin juga sebab orang perempuan ni memang suka planning untuk hadapi apa jua keadaan. Mula mula, dia check dulu nak travel naik apa. Kalau pergi ke tempat yang perlu berjalan jauh, kena pakai kasut yang selesa. So, satu kasut biasa di pakai dan satu kasut tumit tinggi dia letak dalam beg.
Lepas tu dia tengok waktu pulak. Kalau pergi waktu petang, dia pakai T-shirt and jeans je.
Jadi, dalam beg kena lah bawak 1 salinan kemeja, kot, seluar panjang atau skirt. Satu lagi kemeja, kena spare, takut kalau kemeja yang 1 tu nanti ada terkena kotor, sekurang kurangnya ada baju lain untuk di tukar.
Lepas tu dia fikir lagi. Esoknya, manalah tau kena meet up dengan member untuk keluar makan malam atau tiba tiba boss suruh attend dinner, so kena spare kan satu helai blaus.
Hmm..lepas tu, kalau problem belum selesai, mesti kena extend satu malam lagi kan. So, perlu ada sehelai blouse lagi.
Lepas tu nak bawak handphone charger, fail, notebook, charger notebook lagi, make up lagi..

Dan dia terus senyum sambil geleng kepala...

Sunday 30 October 2011

Hidup Demikianlah..



Hidup demikianlah
Ada masa senang, ada masa susah
Ada kala menang, ada kala kalah
Ada kala malang, ada kala bertuah
Sekali di atas, sekali dibawah..

Hidup demikianlah
Ada masa hiba murung, ada masa ceria meriah
Ada kala berganda untung, ada kala rugi parah
Ada kala langit mendung, ada kala suria memberi cerah
Sekali kering, sekali basah

Hidup demikianlah
Ada masa tenang, ada masa panik gelabah,
Ada kala cemas bimbang, ada kala yakin tabah
Ada kala geram marah, ada kala rela pasrah
Sekali sakit lemah, sekali bangkit melangkah

Hidup demikianlah
Penuh warna warni, silih berganti...


(Ehsan Jamily)

Saturday 29 October 2011

Merentasi Zaman dan Masa


..ada saat dan ketika nya hati tak dapat menahan dari rasa sedih dan sayu.

Kesalahan bukan sebab tak mencuba, tapi sebab tak berupaya berenang melawan arus.

Kesilapan nenek moyang, mempengaruhi aliran perjalanan hidup anak cucu..darah Laksamana Hang Tuah masih kuat lagi mengalir di segenap ruang tubuh. Sumpahan Mahsuri hanya untuk 7 keturunan, sumpahan ke atas Tuan Laksamana bila penamatnya?

Andai nasib boleh di ibaratkan seperti benang, di letakkan sebelah menyebelah, kedua dua benang tuan laksamana dan benang cicitnya ini sama warna dan coraknya. Penghormatan, pangkat dan pujian mengiringi setiap langkah, tiada pernah putus, ibarat menimba lautan. Sehingga nyawa berpisah dari jasad, takkan kering air di laut.

Telah tertulis takdirnya sejak azali, diberikan segala kesenangan duniawi tapi di tarik kelapangan hati. Nama Laksamana disebut sebut, di agung agungkan tapi bila malam berlabuh, tiada siapa disisi laksamana menghilangkan risau, mendamaikan hati dan batin.

Sejarah berulang kembali. Janji yang di lafazkan di depan tuan guru, menjadi satu sumpahan. Zaman ini, cinta itu juga wujud tapi tak dapat dimiliki. Gembira hanya seketika. Bila hati sudah sepenuhnya diberikan, cinta itu rupanya teguh dalam simpanan orang. Bak pungguk rindukan bulan, hanya memandang dengan mata, tapi tak kesampaian oleh tangan. Hati cuma untuk dirinya. Cinta itu perit, cinta itu menyeksakan dan cinta itu lah yang akan dibawanya hingga ke liang lahad.Kerna cinta itu bukan miliknya...

Ku Seru Namanmu


Cinta begitu menebal di hati mereka.
Dua sejoli telah bersumpah sehidup semati. Namun rintangan bertali arus datang, seiring dengan janji yang telah di padu. Walau sekuat mana cinta ingin dipertahankan, suratan takdir telah menetapkan yang mereka tidak boleh bersama.

Suasana semakin menyayat hati.
Angin berhembus sepoi sepoi bahasa.
Di usap wajah Puteri Dewi beberapa kali.
Sesekali apabila kesedihan memuncak, dipeluk tubuh yang lesu itu dengan penuh rasa cinta. Hatinya bagai direntap rentap. Cinta hatinya kini terkulai layu, menanti ajal bakal menjemput.

Mata Puteri Dewi terkatup dan nafasnya semakin lemah. Dia menatap wajah Puteri Dewi yang kian pucat lesi. Semangat Umo bagaikan melayang melihat seksaan di depan matanya.

Bibirnya kelu untuk memberi semangat atau galakan. Hanya kesedihan memenuhi setiap ruang hati..

Petikan dari Kuseru Namamu (Illani Mysara)

Dealova


Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oh……..
Bayangmu seakan-akan …………

Reff :
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu oh……….
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada…
Dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu Oh ……….
Kau seperti udara yang kuhela
Kau selalu ada, selalu ada, dan selalu ada
Yang selalu ada dan selalu ada ………..
Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu oh……….
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi

Thursday 27 October 2011

Gadis Kecil

Gadis Kecil - Usman Awang

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadis kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara...
****************************

Kisah Roro Mendut



Pada zaman kemuncak kerajaan Mataram dibawah pemerintahan baginda Sultan Agung, terdapat seorang menteri yang terkenal dengan ilmu perang, kebijaksanaan nya dalam menjalankan tugas dan kesetiaannya yang sepenuhnya diberikan kepada raja. Menteri tersebut terkenal dengan nama Ki Temenggung Wiroguno.

Jikalau dilihat pada usianya, Ki Temenggung Wiroguno memang sangat tua. Dia telah mengabdikan diri pada Sultan sejak berpuluh tahun, bermula dari kedudukan yang rendah sehingga lah ke kedudukan tertinggi di bawah duli. Hamba hambanya sangat menyanjung Ki Temenggung Wiroguna di atas kebijaksaan, keadilan dan sifatnya yang ramah dan pemurah.

Apabila Ki Temenggung menunggang kuda kesayangannya yang berbulu hitam gagah perkasa, orang akan lupa pada wajahnya yang kerepot, rambutnya yang sudah putih semuanya, giginya yang hanya tinggal dua (hanya di baris atas sedangkan baris bawahnya hanya tinggal gusi yang merah saja).

Tubuhnya kurus dengan kulit yang menggelembir di sana sini, (seolah olah kulitnya enggan lagi menyelimuti daging yang berlebihan) dan kelihatan ribuan kedut yang dimakan usia. Namun, tangan yang kurus melidi itu masih kuat memegang tombak, menepis pedang dengan lincah dan menusuk keris dengan pantas.

Ki Temenggung sedar yang usianya telah lanjut tetapi hatinya masih terasa muda.
Dia seorang yang sangat pentingkan fizikalnya. Rambutanya yang putih, sentiasa ditutup dengan ikat kepala hitam indah bertatahkan perada. Pakaiannya pula sentiasa rapi dan kemas. Misai dan janggut yang menjadi kebanggaannya sewaktu muda dan kini telah putih tidak pernah dibiarkan tumbuh meliar. Cuma giginya yang tinggal dua, berwarna kuning kehitaman sahaja tidak mampu di sorokkan.

Kedua matanya masih kekal sinarannya. Walaupun warna matanya tidak sehitam waktu mudanya, tetapi sinarannya masih mampu membuatkan orang yang ditenungnya menundukkan kepala. Matanya memancarkan kekerasan sedangkan garis garis keriput di dahinya menunjukkan kelemahannya terhadap perempuan.

Antara kegemaran Ki Temenggung Wiroguna adalah menyabung ayam setiap petang seandainya perkhidmatannya tidak diperlukan oleh Baginda Sultan. Tetapi sudah beberapa hari, suasana di kawasan Wirogunan sangat murung. Acara menyabung ayam hanya bertahan 2-3 perlawanan sahaja sebelum Ki Temenggung masuk ke biliknya dan tidak muncul kembali.

Makanan lazat yang disediakan oleh tukang masak handalan dari seluruh kota sudah tidak lagi dapat membangkitkan selera Ki Temenggung. D1a sendiri banyak termenung. Kata kata seperti berat untuk diucapkan seolah olah ditimpa bebanan yang menekan kalbu. Apa yang menganggu Ki Teenggung ..? Tanyalah pada hati..

Wednesday 26 October 2011

Cinta dan Bas


"Awak pernah dengar cerita tentang menunggu bas," tanya lelaki itu buat kali ke tiga.
"Ini cerita lama, mungkin dah jadi klasik. Saya sendiri pun baca mengenainya dari majalah. Sebenarnya ia sebuah analogi: tentang manusia dan cinta." Kisahnya begini:
******************************
Cinta itu oleh kita umpamakan seperti menunggu bas. Kita pula umpama mereka yang menunggu kedatangan bas untuk ke destinasi masing masing.

Apabila datang bas pertama di awal pagi, Ada yang terus naik dan ada juga yang memilih tak mau naik sebab melihat ramai pelajar berasak asak didalamnya. Mereka lalu memilih untuk menunggu bas seterusnya.
.
Apabila bas kedua tiba di depan stesen bas, ramai yang tersenyum. Bas kedua ini cantik dan menepati citarasa. Tapi bila tiba giliran kita hendak menaikinya, pemandu bas umumkan yang bas telah penuh. Lalu, kita terpaksa turun dan menunggu bas ketiga pula.

Akhirnya, tunggu dan tunggu.. waktu untuk masing masing pergi ke destinasi mereka semakin singkat. Langit semakin terang. Jadi, mereka yang menunggu bas tadi tak ada pilihan lain selain naik bas yang ketiga tak kiralah bagaimana rupa bas yg ketiga tu."

(Lelaki itu berhenti bercerita dan menjeling wajah perempuan tadi. Suasana di perhentian bas masih seperti tadi. Perempuan itu masih tunduk sambil wajahnya terlindung oleh rambut yang terurai panjang).
*******
"Bas itu umpama cinta yang kita tunggu. Kadangkala bila cinta hadir, kita buat tak endah sebab kita rasa orang yang hadir bersama cinta itu, tak menepati ciri ciri yang kita idamkan.

Kemudian datang pula orang kedua yang kita rasakan agak tepat dengan rasa hati kita. Sayangnya, sewaktu kita menghulurkan cinta kita, baru diketahui orang tersebut sudah ada yang punya. Mahu tak mahu, kita hanya mampu tengok dia melangkah pergi.

Lalu, kita menunggu dan menunggu sehingga usia semakin bertambah. Kita mula risau tentang masa depan. Risau tidak sempat sampai ke destinasi hidup. Kita nekad  ubah target kita dan untuk terima cinta ke tiga bila ianya tiba.

Masa terus berlalu dan sebagaimana kita dah tak peduli bagaimana keadaan bas ketiga yang akan muncul, begitulah juga keadaannya kita yang menunggu kehadiran cinta ke tiga." lelaki itu tersenyum sambil menjeling perempuan di sebelahnya itu. Harapannya agar perempuan tersebut faham.
*****
Tiba tiba sebuah kereta mewah, berharga ratusan ribu berhenti tepat di perhentian bas itu. Seorang lelaki kacak tersenyum keluar sambil membuka pintu untuk penumpang.

Perempuan tadi yang hanya tunduk mendengar cerita, tiba tiba senyum dan bangun menuju ke pintu kereta yang terbuka. Sebelum melangkah pergi, sempat dia menjelih ke arah lelaki pencerita itu.

Lelaki berkenaan terdiam bisu. Matanya tidak berkelip, lidah nya kelu, kaku.
Perempuan tadi menutup pintu kereta dan terus berlalu hilang dari pandangan

- Fragment : Dunia ini Sederhana Kecil oleh Baharudin Bakri-
*********************************

Memori Bahagia - Sahri




Sayup ku terdengar suaramu
Memangilku sedar dari lena
Mimpi yang terindah bersamamu
Umpama tiada ungkapan perpisahan

Mungkin harapan yang telah terbina
Seakan pudar warnanya saat sekian lamanya
Bila kau ucapkan air mata ini
Membasahi pipi

Mampukah ku alunkan semua tawamu
Menjadi melodi menemani diriku
Dapatkah kita memahami jalinan suci
Apakah ertinya kasih sayang ini

Berikanlah masa untuk difikirkan
Apa yang terbaik bagi meneruskan
Percintaan ini
Yang terpendam di jiwa
Dikaulah kejora yang menerangi hatiku kala sepi
Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapan ku yang dulu
Menyentuh kalbumu

Kenangkanlah memori bahagia
Kau dan aku seiring berpimpinan tangan
Mengukir senyuman saling merasa
Dan merindu bila bertemu

Ku Merindu



[Shah:]
Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

[Ella:]
Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku
Ku selalu, merindu cintamu
Yang selalu ada di jiwaku

[Chorus:]
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu

Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu

Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu
Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…

Tuesday 25 October 2011

Ketentuan


Saat cinta berpaling..
Saat hati berderai menjadi jutaan serpihan kecil..
Saat dunia seakan terumbang ambing..
Saat musibah mendatang bertubi tubi..
Saat diri hilang kemampuan untuk bertahan..
segalanya dirasa terlalu berat dipikul sendirian..

***
Senyumannya terasa semakin pudar. Terasa amat berat ujian yang diberi kali ini.
Mata dipejam rapat..seraya menarik nafas panjang. Di lepaskannya kembali perlahan lahan bersama sendu yang tersimpan di hati.

Ya Allah, jika benar aku memang miliknya, maka dekatkanlah hati ini dengan hatinya. Namun, andai diri ini bukan untuknya, maka damaikanlah hati nya dan hati hamba Mu ini untuk menerima ketentuan Mu..

Monday 24 October 2011

Wanita Dan Pantai


Wanita itu
berdiri di pantai senja
menebarkan kenangan
pada buih buih rindu
yang bermain di permukaan lautan sepi

Wanita itu
mencungkil ingatan
lembaran silam
sewaktu belayar di lautan tenang
nakhoda mengemudi penuh yakin..

Wanita itu
berdiri di kaki senja
Menganyam sisa sisa kenangan
berselang seli buih buih pilu
mengocak di permukaan sepi
menggamit ingatan
pada lembaran silam
di mana badai menghempas bahtera
dalam lautan kesedihan

-Haris Fadilah Ahmad-

Wednesday 17 August 2011

Redha atau Pasrah



Takdir kita sudah ditentukan.
Walau sekuat mana sekalipun kita menolak, namun hakikatnya apa yang telah Tuhan tentukan akan tetap datang dan menjadi sebahagian dari episod hidup kita.

Redha atau Pasrah?

Tuesday 16 August 2011

Kesamaran


Salah kah
andainya diri bertanya
untuk cuba memahami
dari terus meneka dalam kesamaran
lalu biarkan
hati dan perasaan menilai
sehingga akhirnya
hilang
kemesraan
serta
kepercayaan?

Thursday 4 August 2011

Kekuatan



Kata dia:
Kejarlah segala cita dan impian yang awak idami.
Mengembaralah ke segenap ceruk rantau yang ingin awak lawati. 
          Lakukanlah apa saja yang awak ingini selagi ianya tidak menyalahi. Pergilah. Lihatlah dunia. Saya tidak akan mengongkong awak. Saya rasa saya faham apa yang awak risaukan. Hidup awak baru bermula dan awak inginkan peluang untuk mengaplikasikan segala yang dipelajari. Awak ingin melompat setinggi yang boleh, cuba menggapai awan. Usah berhati walang dan ragu. Hapuskanlah airmatamu, sayang. Satu pesanan sebagai bekalan:

         Andai lelah datang menyapa
         andai mengah menghimpit jiwa
         andai jerih membawa duka
         andai nista menikam rasa
         andai harapan beranap-ranapan
         kembalilah...

         Andai awan tercapai tangan
         andai tepukan gemuruh mengiringi
         andai ramai datang mengelilingi
         andai dunia tunduk mengagumi
         andai gelaran kehormatan sebaris panjang diperolehi dan
         jati diri dan cinta masih bersemi
         kembalilah..
 
         Namun
         andai cinta beralih pandang
         andai dedaunan rindu gugur kekeringan
         andai nama ini hilang disapa angin
         usah berpaling
         pergilah..
       
       

Sunday 31 July 2011

Tenanglah Wahai Hati..


Jangan terlalu baik, kerana..kerana saya mungkin akan mula menyukai awak...
Jangan terlalu mengambil berat, kerana..saya mungkin akan jatuh hati dengan awak..
Jangan terlalu rapat dengan saya, kerana saya mungkin akan rindukan awak bila awak tiada..
Jangan lafazkan apa yang tersirat di hati awak..kerana saya mungkin tidak dapat nafikan lagi yang saya juga ada rasa yang sama..
*****

Hati menjadi sayu tiba tiba..

Pedih...pilu..namun di tahan airmata dari terus mengalir.
Tiada tempat untuk mengadu. Apatah lagi mengharap adanya bahu yang sudi menampung tangisannya. Siapa yang faham kesedihan di hati, siapa yang sudi bukan saja untuk mendengar tapi mendamaikan kekusutan di hati.

Diminta senyum, dia senyum. Di minta bersabar, dia cuba bersabar.
Menghadirkan senyuman, itu memang tugasnya. Tapi hati semakin tercalar. Semakin dipendam, semakin terasa luka semakin mendalam.

Inilah rupanya erti 'keseorangan' yang sebenar benarnya.
Tenanglah wahai hati.. tenanglah.. kerana kesakitan ini tak akan tertahan andai hati turut dilanda ombak dan badai..

Thursday 28 July 2011

Kisah Laila & Majnun 2


Ada bisikan menyapa hati..
Namun semakin diteliti..
Semakin sayup kedengaran...
Semakin jauh derap langkahnya..
adakah akan hilang selamanya pabila terjaga dari mimpi..?
*****
Mati atau hidup..kedua nya terasa sama saja bagi Majnun setelah Laila dibawa pergi dengan senyap oleh orang tuanya ke daerah lain. Setiap hari dia berjalan ke sana kemari bertanya andai sesiapa tahu di mana Laila. Ada yang mentertawakan dia dan ada juga yang mencercanya. Tiada siapa percaya akan wujudnya cinta sekukuh cinta Majnun pada Laila.

Setelah menempuh pelbagai kesusahan, Majnun akhirnya tiba di bandar di mana Laila berada. Berehatlah dia di sebuah masjid usang. Berita Majnun sampai ke telinga Laila yang juga sama merindui Majnun dengan seluruh hatinya. Ingin saja dia berlari mendapatkan Majnun namun dia tak terdaya kerana ada tali yang mengikatnya. Setiap hari di simpankannya sebahagian dari makanannya untuk dikirimkan buat Majnun.

Dugaan hidup belum berakhir lagi. Berita tentang Majnun segera tiba di telinga orang tua Laila. Mereka merancang untuk keluar dari bandar buat sementara waktu dengan harapan agar bila Majnun tidak menjumpai Lailanya di situ, dia akan kecewa dan pulang. Namun, sebelum bertolak, Laila sempat menyampaikan pesan pada Majnun agar menunggu dia di Gurun Sahara.

Sewaktu rombongan mereka berhenti berehat seketika, Laila keluar seketika dengan pelayan wanitanya untuk bertemu Majnun. Pertemuan dua kekasih dimana mereka tidak melihat betapa kurus dan azabnya keadaan masing masing tapi hanya merasa aliran cahaya cinta yang memenuhi setiap ruang dan rongga di tubuh. Cinta yang lahir dari pertemuan dua hati.

Majnun memegang tangan Laila dan meletakkan ianya ke dadanya seraya berkata dengan perlahan: Laila, jangan sesekali tinggalkan aku lagi.'

Jawab Laila dengan sayu.'Masanya belum tiba untuk kita bersama. Aku tidak boleh terlalu lama. Nanti orang orang ayahku pasti akan datang mencariku dan mereka akan membunuhmu, Majnun.'

Majnun dengan pantas menjawab: 'Aku tidak peduli apa akan terjadi. Engkaulah hidupku dan engkaulah nyawaku, Laila. Tinggallah bersamaku..dan jangan pergi lagi.

'Majnun tidak percaya pada Laila? Laila berjanji atas nama cinta kita yang Laila akan datang semula kesini. Percayalah Majnun. Aku bersumpah akan kembali padamu.'

Majnun melepaskan tangan Laila dengan perlahan: 'Tentu. Aku percaya padamu Laila.'
Sebaik saja Laila menghilang dengan pelayannya, Majnun yang telah lama tidak makan atau minum tiba tiba merasa letih yang amat sangat. Kakinya turut lemah, dan dia terjatuh kebelakang menimpa sebatang pokok. Disitulah dia bersandar tanpa mampu lagi bergerak. Hidup seumpama mati, bersandarkan atas satu harapan iaitu untuk melihat Laila sekali lagi.

Bagaikan malam sepi tiada berbintang..
Begitulah aku tanpa dirimu..
Bagaikan bunga bunga kering dan layu..
Begitulah hatiku tanpa dirimu..
Begitulah dalamnya cintaku untukmu..

Monday 25 July 2011

Kisah Laila & Majnun 1


Tanyakan dalam tidur dan jaga... masihkah ada kasih dan rindu
biarpun setitis cuma..untuk diriku..
*****

Setiap sesuatu yang berharga, tentu tinggi nilainya.
Kisah cinta agung yang berakhir dengan tragedi.. Kalau masyarakat barat ada kisah Romeo dan Juliet, masyarakat timur tak kalah dengan kisah Laila dan Qais/Majnun.

*****
Laila dan Qais adalah teman sekelas.
Sejak hari pertama bersekolah, kedua duanya sudah saling tertarik terhadap satu sama lain. Seiring dengan waktu yang berlalu, perasaan suka yang ada semakin lama semakin membesar menjadi api cinta yang tak mungkin lagi dipadam.

Ketika guru mengajar, mereka saling berbalas pandangan. Ketika disuruh menyalin pelajaran di buku , mereka menulis nama orang yang dipuja di atas kertas. Bagi Laila dan Qais, tidak perlu ada kawan yang lain. Dunia hanya ada dan untuk mereka berdua.

Lama kelamaan, orang-orang sekeliling mula perasan tentang cinta mereka dan kata umpatan mula kedengaran hinga ke telinga ibubapa Laila. Untuk mengelak dari malu dan untuk menutup suara suara sumbang yang semakin galak bercerita, ibubapa Laila memberhentikan dia dari sekolah. Tapi siapa yang mampu menjauhkan Qais dari hati Laila..?

Qais juga menjadi sangat gelisah bila Laila tidak lagi kelihatan di sekolah. Dia
tidak mahu meneruskan pengajian, malah menyelusuri jalan dan lorong untuk mencari kekasihnya. Sambil berjalan dia memanggil-manggil nama Laila sambil bersyair untuknya. Orang-orang pun tertawa dan berkata, " Lihatlah Qais , ia sekarang telah menjadi seorang majnun, gila!

Bila ada yang bertanya :"Hai Majnun, mengapa engkau sedih atas perpisahan dari Laila? Dia tidak secantik mana. Aku dapat tunjukkan kepadamu seribu gadis yang lebih cantik dan lebih menarik dari Laila, dan engkau dapat memilih salah satu di antara mereka."

Majnun menjawab "Hanya mata Majnun yang mampu melihat kecantikan Laila. Walau beribu yang lain, Laila tetap yang tercantik padaku. Aku hanya ingin Laila.."

Thursday 14 July 2011

Hati Ini


Ketika hati terasa bimbang dan ada resah datang menjenguk rasa, kita rasa lebih senang merujuk, bertanya buah fikiran orang lain. Adakalanya, kita bertanya pada 2, 3 orang sekali kerana masih tidak pasti dengan jawapan yang ingin di ambil.

Adakalanya, semakin banyak bertanya, bukan nya semakin kurang rasa pening.
Malah, semakin bertambah bingung. Si A cadangkan kita mengikut caranya, dan si B mengatakan caranya mungkin lebih baik. Dan C pula menasihati dengan cara nya yang berbeza pula.

Bila situasi ini berlaku, tenangkan lah fikiran.

Ambil masa dan berbicaralah dengan diri kita sendiri. Dengarkan kata hati kita kerana naluri kita selalunya lebih tahu apa keputusan yang ingin di ambil. Segala pendapat yang diterima, harusnya akan menyokong keputusan yang akan kita buat dan bukan semakin mengaburkannya.

Kata hati akan memimpin langkah membuat keputusan yang selari dengan apa yang kita inginkan. Betul atau salah..itu terpulang pada masing masing.

Mata mungkin boleh tertipu dengan kemilauan kaca, fikiran mampu dipengaruhi rasa benci dan susah untuk percaya pada kebaikan. Tapi hati..bergantung pada berapa bersihnya kita menjaga hati kita..

Thursday 7 July 2011

Detik Itu


Saya telah jauh mengembara hingga hampir ke hujung dunia.

Melarikan diri dan mengejar sesuatu yang saya sendiri tak pasti...sehingga lah saya bertemu dia. Dan hingga ke hari ini, saya masih tertanya tanya bagaimana segalanya bermula.

Pertama kali bertemu, hati saya terus terpaut.
Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya. Kami bertemu tanpa janji dan tanpa sebarang perancangan. Dua hati telah bertemu jauh lebih awal dari pertemuan dua pasang mata. Rasa telah bertaut, sayang telah tertanam.

Dari hati terus ke mata dan mengalir ke seluruh jiwa. Bukan saya tidak cuba untuk menolak tapi saya tak mampu mengelak bila berdepan dengan kejujuran dia. Ingin saja masa terhenti dan detik detik yang kami lalui bersama terpateri buat selama lamanya...

Tuesday 28 June 2011

Langit Malam



Mendongak ke langit. Terasa tenang sekali walau malam gelap pekat tanpa sebutir bintang sebagai perhiasan.
Ada orang takut pada kegelapan, tapi pada saya langit malam ini sangat indah.
Saya teringat padanya. Salah tu, saya sentiasa ingat padanya. Cuma malam ini lebih dari biasa.

Aneh..selepas dirinya hadir, walau siapa yang datang menegur, tidak terasa untuk menerima. Walau yang menghampiri, sekacak mana sekalipun, hati telah tertulis satu nama iaitu : dia.

Biar berkuntum bunga dikirim, ianya tidak sekali-kali sama dengan gembiranya hati apabila mendapat khabar dari dia. Walau diri adakalanya terasa dilupai olehnya, walau airmata adakalanya mengalir deras disebabkan tajam bilah katanya menghiris hati, masih amat senang kemaafan diberi tatkala dia memohon maaf.

Mungkin cinta itu sama seperti menikmati kegelapan malam. Ada orang berkata kegelapan malam menakutkan. Bagi saya malam itu menenangkan dengan tiupan angin deras sekali-sekala menandakan hujan akan turun.

Betapa saya sangat sukakan angin yang berhembus kuat, mengusap rambut dan membawa hujan yang menyegarkan.

Hidup ini perlu diteruskan. Itulah bisik angin pada saya..
Saya sayangkan dia.. bisik saya pula pada angin dan malam..
Saya tetap sayangkan dia..walau arah perjalanan kami berbeza, walau satu hari nanti dia tiada.

Walau takdir menentukan kami kan terpisah
Saya tetap akan menyayangi dia.
Sentiasa.

Friday 24 June 2011

Sepi - Yuna Shara


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban di hidupku
Biarkan saja biar saja
Hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri

Oh! ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Oh! sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh! ada saatnya ku bicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam..

Thursday 23 June 2011

Erti Kasih Dan Sayang


Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak,
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka,
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu...
*****

Bukan mudah mengendalikan sebuah perhubungan andai tiada persefahaman.

Hargailah masa bila berdua
Sayangi dirinya bila bersama
Maafkan kesalahannya walau hatimu terluka
Rindui dirinya bila berjauhan
Fahami dirinya bila dia keliru
Nasihati dirinya bila dia terleka
Ingati dia sentiasa bila kamu kesunyian

Moga hati kan sentiasa tenang..

Saturday 18 June 2011

Hati Yang Tersentuh.


Saya dilahirkan sebagai seorang perempuan.
Tidak mungkin saya dapat lari dari naluri ingin disayangi dan juga ingin menyayangi seseorang.
Namun, sifat malu masih ada lagi menguasai, menahan bibir dari meluahkan perasaan. Memendam rasa sayang yang mula hadir dan hanya berharap agar rasa ini akan pergi dengan sendirinya seandai si dia tidak memulakan bicara.

Tanpa diduga, dia sendiri yang hadir meluahkan satu persatu apa yang tersirat dihatinya.
Terima kasih Tuhan. Apa yang saya rasa turut terjalin di hati dia. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Ibarat Sang Pungguk yang tiba-tiba dihadiahkan Sang Bulan yang selama ini hanya mampu diangankan. Lidah membisu. Terawang di antara percaya dan tidak. Takut. Bagaimana jika diriini  tidak cukup sempurna di mata dia.

Adakah salah meluahkan rasa apabila sememangnya sudah sayang?

Saya tidak mampu menjawab, kerana hati saya memang telah ada pada dia. Hanya untuk dia.

“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”

Sudah terlambat untuk kata-kata nasihat tersebut. Saya telah jatuh ... jatuh cinta pada Dia.

Monday 13 June 2011

Di Mata Hati


Cinta..
Anehnya sesuatu yang dinamakan cinta..

Adakalanya bila cinta wujud dalam diri seseorang,
Ianya mampu menukar
* Orang yang pemalu, menjadi berani,
* Orang yang kedekut, menjadi dermawan
* Orang yang negatif, menjadi positif,
* Orang yang kasar, menjadi tertib,
* Orang yang pendiam, menjadi puitis,
* Orang yang lemah, menjadi kuat
* Orang yang angkuh, menjadi rendah diri,
* Orang yang berani, tampil lebih bersemangat
* Orang yang malas, menjadi rajin,

Ada yang berubah selamanya, tapi ada juga yang berubah untuk sementara sahaja.
Sukar nak diduga, kerana adakalanya ada yang mengambil kesempatan dalam cinta dan dibawanya pelbagai tipu daya. Perjalanan hidup sebenarnya tidak selalunya seindah impian dan harapan.
Hati harus kental.

Terima kasih sayang
Ku ucap padamu
Kerana menyambut tanganku
Yang hampir layu
Badai cinta melanda
Mengarah arus
Menjadikan pantai yang indah
Kian bercelaru

Marilah oh sayangku
Dekat padaku
Sayangilah diriku ini
Seadanya aku

Tak sanggup lagi
Menyebut kata rindu
Kamar hatiku yang sayu
Fikirlah sayang
Fikirlah seharusnya
Janganlah engkau khianati
Cinta ini

Istana yang ku bina
Mahligai cinta
Menjadi lambang pepohonan
Redup kasihku

Sunday 12 June 2011

Sepi Datang Lagi


Sekilas memandang dirinya yang sedang memandu. Matanya masih memandang ke hadapan, tertumpu pada trafik. Serius, tanpa segaris senyuman di bibir. Entah apa yang sedang dia fikirkan.

Saya terus memandang dia. Betapa masa telah merubah dirinya: uban jelas kelihatan bersulam di rambutnya yang dulu kesemuanya hitam pekat. Dia yang dulu amat kurus, kini kelihatan jelas berisi, dengan lapisan dibawah dagu dan saiz bajunya yang bertambah dari setahun ke setahun. Namun, bukan itu yang menjadi ukuran dalam menilai perasaan. Segalanya lebih kepada perubahan wataknya yang amat ketara sehingga saya tidak lagi mengenali dirinya.

Memejamkan mata dan dengan perlahan-lahan menyandarkan kepala pada bahunya. Satu minit, dua minit, tiga minit. Masih tiada reaksi. Tiada sepatah kata, walau untuk memarahi saya kerana mengganggu pemanduan dia.
Membuka mata. Nyata, tumpuannya masih di jalanraya.
Saya mengalihkan kepala dan kembali ke posisi asal. Pandangan saya lemparkan jauh keluar tingkap. Satu keluhan terlepas jua dari sangkar bibir. Tuhan, apakah ini satu kehidupan? Disayang tidak, di lepaskan juga tidak sama sekali.

Bukankah kematian itu lebih baik dari semua ini? Tangisan terkurung di penjara hati. Sampai bila?

Tuesday 7 June 2011

Rahsia Hati 2


Kata orang: Apa guna memasang pelita, jika tidak dengan sumbunya. Apa guna bermain cinta, kalau tidak dengan sungguhnya.
***********************
Bersama dia, hati terasa tenang dan bahagia.
Bersama dia juga, diri selalu terlupa yang suatu ketika dahulu pernah bernekad untuk tidak membuka pintu hati ini lagi untuk sesiapa jua. Tak di nafikan yang diri sememangnya selalu leka bila berbual dengan dia dan masa berbual itulah yang sentiasa di nantikan setiap hari. Mata memandang ke jam tangan setiap kali hari beransur petang.

Adakah mungkin hati ini telah jatuh sayang secara diam diam?
Bulan..mungkinkah kamu ada jawapannya...?

Kata orang: Bahaya bermain dengan api.. takut nanti terbakar jari. Angin, tiupkan dan padamkanlah api tersebut sementara ianya masih boleh dipadamkan...

Hati Wanita



Walau zaman silih berganti, jiwa, perasaan, harapan dan emosi  seorang wanita tetap sama: mereka sentiasa mahukan sesuatu yang lebih. Mahu sentiasa didampingi, mahu disayangi dan mahu disanjungi oleh seorang lelaki bernama suami.

Walaupun dia tahu yang dia telah mengambil suami orang yang bertanggungjawab membahagi segala-galanya (termasuk kasih sayang dan kesenangan hidup) seadilnya antara yang pertama dan kedua, hati seorang wanita masih mengharap dirinya lebih disayangi.

Dan aneh..andai pandangan suami beralih arah, saingannya yang di soal berbagai, di marahi. Sedangkan sang suami lepas tanpa pembalasan. Bagaikan langit dan bumi perbezaan situasi lelaki dan perempuan, sedangkan cinta itu memerlukan dua pihak yang memberi dan menerima. Mengapa seorang sahaja yang dipersoalkan?

Atas nama cinta, hati seorang wanita bagai laut yang tak berpenghujung.
Adakalanya sendirian mungkin lebih mendamaikan. Mungkin ketika itu tiada hati yang  terusik, melainkan hatinya sendiri. 

Tuesday 31 May 2011

Satu



Kau sudah tidak asing buat aku
Kerana aku telah belajar mengenali dirimu
Mengetahui dari mana datangnya kamu
Dan mensyukuri erti kehadiran mu

Ketahuilah
Hari hariku berlalu kosong tanpa dirimu
Mimpiku dilewati senyum tawamu
Buatkan aku semakin menyayangi mu

Aku sedang menghargai perasaan cinta ini
Dan masih meneroka perasaan rindu ini
Dan semoga dirimu itu,
Menjadi satu bersamaku..

Friday 27 May 2011

Yang Tersurat



Kata dia:
Jangan tertarik kepada seseorang karena paras rupanya kerana keelokan paras boleh menyilaukan pandangan. Jangan pula tertarik kepada kekayaan seseorang karena kekayaan boleh musnah dalam sekelip mata.

Sayangilah seseorang yang dapat membuat awak tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Saya harap awak akan menemukan seseorang seperti itu satu hari nanti..

Kata saya:
Mungkin saya kini telah menemui orang itu.. Seseorang yang membuat saya tersenyum sewaktu sedih dan dia juga menghapuskan airmata saya. Seseorang yang menenangkan hati dan jiwa resah. Seseorang yang setia berkongsi cerita , sedih dan tawa bersama sama.

Tersurat atau tersirat, dia mengerti setiap reaksi dan apa yang terlintas di fikiran saya.
Saya akui saya sayangkan dia.. dan dia adalah nyawa saya. Saya tak mampu bayangkan hidup tanpa dia. Iye, kerana tanpa dirinya bagaimana saya mahu meneruskan perjalanan hidup dengan hanya separuh nyawa...?

Saturday 21 May 2011

Matahari



Sepasang kekasih sedang berbual bual.
Dalam seloka, wanita itu bertanya sekiranya dia menjadi bunga, apakah yang kekasihnya pula akan pilih untuk jadi.

Lelaki itu berkata yang dia ingin menjadi matahari. Wanita itu pelik dan tak mengerti kenapa kekasihnya ingin jadi matahari, walhal jawapan yang betul sepatutnya kupu kupu atau kumbang. Kekasihnya hanya diam dan tersenyum.

Wanita itu tidak puas hati lalu bertanya lagi: Andai saya memilih menjadi rembulan..?
Lelaki itu menjawab yang dia tetap akan menjadi matahari.
Wanita itu semakin bingung karena matahari dan bulan muncul pada waktu berlainan dan sukar untuk bertemu, tetapi kekasihnya masih tetap memilih untuk jadi matahari....

Wanita itu mencuba lagi dan berkata andai dia menjadi burung, apa jawapan kekasihnya?
Lelaki itu masih menjawab yang dia memilih menjadi matahari....

Wanita itu tertunduk dan airmata mula bergenang. Tiga kali dia bertanya tapi jawapan kekasihnya tetap sama. Terasa dirinya seperti dipermainkan.

Lelaki itu tersenyum mengerti dan menerangkan kenapa dia memilih matahari.

Andai wanita itu menjadi bunga, lelaki itu ingin menjadi matahari yang menerangi dan memberikan sinarnya sentiasa untuk bunga agar ianya dapat tumbuh, berkembang mekar dan cantik. Walau keadaan tak akan memungkinkan dia mencium bunga, dan menetapkan agar dirinya hanya dapat memandang dari jauh, dia sanggup berkorban untuk sang bunga. Inilah kasihnya sang lelaki : memberi tanpa meminta sebarang balasan.

Andai wanita itu menjadi bulan, lelaki itu ingin menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Kerana cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari,
tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan, siapakah yang ingat kepada matahari?
Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak bisa menikmati cahaya bulan. Dia sanggup lupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya
agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut. Ini lah Pengorbanan... menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

Andai wanita itu jadi burung yang dapat terbang tinggi, lelaki itu tetap ingin menjadi matahari
agar burung bebas untuk pergi ke mana saja yang dia mahu. Matahari tidak akan mencegahnya.
Matahari rela melepaskan phoenix untuk pergi jauh. Matahari akan selalu menyimpan
cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung. Matahari selalu ada untuk burung bila bila dia mahu kembali. Ini disebut Kesetiaan. Walaupun ditinggal pergi dan dikhianati,
namun dia akan tetap menanti dan mau memaafkan.

Lelaki tersebut memandang wanita itu dengan senyuman. Tapi reaksi wanita itu nyata berlainan dari yang diharapkan.Wanita tersebut bangun dan sebelum melangkah pergi, berkata: Saya tidak ingin dipuja dari jauh. Saya juga tidak ingin seseorang yang berkorban sedemikian sekali untuk saya dan hanya suka memerhati dari jauh. Saya hanya mahukan seseorang yang sudi untuk bersama sama dengan saya di waktu gembira dan duka. Seorang teman yang juga kekasih , yang menyatakan rasa cintanya pada saya...