Tuesday 21 February 2012

Selamat Malam


Melihat keluar tingkap, terdengar lagu berkumandang.
seakan ditujukan untuk diri ini..

Selamat malam awak..
*********************

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayangku
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

(Faizal Tahir)

Patah Tumbuh..Hilang Berganti..


Sepi ....
Ya Allah..kami berlindung pada MU dari rasa resah dan gelisah....
kami berlindung pada MU dari rasa sedih dan sunyi...

******************************
Kata dia: Awak tahu, hidup ini mesti diteruskan. Orang yang meratapi takdir, dia hidup dalam kecewa dan putus asa. Keadaannya adalah sama seperti mayat hidup. Mati sebelum waktunya.

Kita mesti membina kebahagiaan itu sendiri. Menangis dan dan putus asa hanya akan menambahkan kekusutan fikiran. Binalah keyakinan baru dan bukakan pintu hati. Mungkin akan hadir cinta kedua, akan lahir perasaan kasih dan sayang kepada insan lain. Mungkin akan tercipta satu kebahagiaan yang lebih kekal..

Hidup tidak seharusnya dalam gelap gelita bila seseorang yang kita sayangi hilang dari pandangan atau melangkah pergi dari sisi kita..

Menggantikan tempat dia di dalam hati dengan insan lain bukan bererti kita membuang dia dari ingatan. Tapi, kita sebenarnya cuba untuk hidup. Hidup yang harus berterusan.. ruang kosong didalam hati harus diisi dengan kasih dan sayang.

Keluarlah dari kesedihan ini, awak. Yang pergi tetap akan pergi. Yang tinggal mesti meneruskan kehidupan.. Patah tumbuh , hilang berganti..Kalau dia ditempat awak pasti dia juga akan melakukan perkara yang sama..
********************************
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin mudah untuk memberikan nasihat pada orang lain..

Sunday 19 February 2012

Rahsia Hati 3


Kata orang: Tuhan bagi kita anggota semuanya berpasangan: 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki. Tapi kenapa Tuhan jadikan setiap kita hanya ada sekeping hati saja? Mungkin juga kerana sekeping hati lagi diberikan kepada seorang yang telah ditentukan jodohnya dengan kita. Bila bertemu, sepasang hati, kan menjadi satu.. Itu lah mungkin apa yang dinamakan 'soulmate'.
******
A lifetime of secrets.. rahsia yang tersimpan kemas, tak akan terluah hingga ke akhir hayat.
Memeluk bantal sambil mencuba untuk melelapkan mata..tapi otak memang degil.. masih berjalan.
Memutarkan kembali setiap adegan, setiap kata kata yang terlepas tanpa boleh ditarik kembali, setiap bilah kata yang menghiris hati ke pecahan pecahan halus..

Keluhan dilepaskan berat.
Memori, harapan, impian, kesetiaan, kebahagiaan..kegagalan...Siapa yang ingin semuanya berakhir dengan keretakan. Tak pernah terlintas di hati nya untuk menyakiti hati sesiapa. Apatah lagi mereka yang rapat dengannya..tapi dia tak mampu melakukan yang sebaliknya. Dia telah cuba bertahan dan keputusannya bukan ber dasarkan emosi semata..

Jika ada yang menuding jari, menuduhnya dengan pelbagai perkataan yang menyakitkan telinga, dia hanya mampu berdiam tanpa membela dirinya. Mampukah mereka itu bertindak sebaliknya seandainya mereka berada di tempat dia? Membuat satu keputusan yang amat memerlukan kekuatan mental dan emosi...

Ada saat saatnya dia tidak punya kekuatan diri. Dia kehabisan bekalan senyuman dan tak lagi mampu berpura pura riang. Kepala berdenyut, sakit terasa kembali. Kalau boleh dia ingin menutup mata untuk selama lamanya sekarang juga. Dia sudah letih. Letih seletih letihnya. Namun masanya untuk pergi belum tiba lagi. Tuhan masih inginkan dia bernafas di atas bumi ini untuk sedetik lebih lagi.

Dia menekup wajahnya, membiarkan airmata mengalir membasahi bantal. Hanya satu  yang dia inginkan saat ini: Ketenangan.

Mencari jalan pulang memang tidak mudah...

Saturday 18 February 2012

Pujaanku-Ning-


Terlerai sudah simpulan rindu
Saat bertemu pujaanku
Terisi sudah kesunyian jiwa
Dengan hadirnya pujaanku

Waktu bertemu denganmu
Tak dapat aku bayangkan
Keriangan hati ini
Bila bertentangan mata
Tak sabar aku menanti
Saat engkau melafazkan
Kala engkau men gakhiri
Segala persoalan di jiwaku

Pujaanku
Katakanlah
Kau cinta padaku, rindu padaku, sayang padaku
Kau ingin diriku, ingin hatiku, ingin cintaku
Ku rindu padamu, cinta padamu sepenuh hati
Ku ingin dirimu, ingin cintamu jadi milikku

Wednesday 15 February 2012

Seindah Bicara




Ramai yang kata..bahawa cinta itu mampu membahagiakan kita. Tapi kenapa ye mereka tak beritahu yang adakalanya cinta itu juga amat menyakitkan : terutama sekali bila ianya melibatkan orang yang kita sayangi.

Ku cipta kalimah syahdu
alunan nya seindah mimpi
Agar kau bisa mengerti apa yang tersirat di hati
Sempurna fitrah bagai perjalanan mentari
Menggamit jiwa dan menyentuh rasa..


"Saya sayang awak..Saya benar benar sayangkan awak.."

Termangu seketika tatkala mendengar ucapan darinya.
Mata dipejamkan. Perlahan lahan saya menarik nafas panjang. Saya cuba mencari ketenangan dalam diri.

Kata kata hikmat dari nya itulah yang saya impikan dengan seluruh hati saya selama ini. Tapi..kenapa sekarang..? Kenapa di waktu ini..? Tidak kah dia tahu yang masa telah banyak mengubah keadaan. Kami tidak lagi bebas untuk mengikut kehendak hati dengan sewenang wenangnya.

Oh Tuhan.. Tanpa sedar, mengalir airmata dipipi.
Bingung..buntu..Kenapa harus sekarang? Sekali lagi soalan tersebut berputar di fikiran.

Sekuat mana pun perasaan sayang yang ada pada si dia, tidak sanggup rasanya untuk melukakan hati seorang insan lain yang tidak bersalah dalam soal ini.

Mata dibuka..dan sekali lagi renungan kami bertaut..terasa seakan ada satu getaran yang menjalari seluruh tubuh. Tuhan.. tolonglah saya.. Kuatkan lah semangat saya untuk menolak perasaan ini jauh jauh,.


Tuesday 14 February 2012

Sekuntum Mawar Merah

14hb Februari 2012:

Sebut tentang bunga mawar, satu lagu ni yang berkaitan dengan bunga mawar sentiasa evergreen, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas mentari. Saya -cukup suka lagu ini lebih lebih lagi apabila ianya di dendangkan oleh Alleycats (apa tidaknya: ada mawar, ada kucing..lengkap sekali gabungan nya).


Sekuntum Mawar Merah.



Sekuntum mawar merah,
Sebuah puisi
Untuk gadis pilihan
di bulan Februari..

Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi
Di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku
dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari

Sunday 5 February 2012

Jalan Yang Berliku


Arwah ayah pernah berpesan..
Katanya dalam hidup ini kita tak boleh bergantung atau percaya 100% pada orang lain.

Seperti biasa, saya pantas bertanya pada dia:
Kenapa ye? Walaupun orang itu orang yang paling hampir dengan kita? Walaupun orang tu orang yang paling kita sayang?

Jawab arwah ayah:
Kerana waktu berputaran. Kita tak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang, Satu hari nanti, sama ada dia akan berubah..ataupun kita sendiri yang akan berubah. Untung bila yang seorang mahu mengalah, mencuba untuk ikut arus perubahan pasangannya. Tapi ..malang bila perubahan berlaku dan masing masing dah tak boleh sehaluan lagi.
Andai kita letakkan harapan kita tu 100% pada dia..dan tiba tiba satu hari harapan tu terus menjunam ke 0%..apa yang tinggal? Bagaimana nak diteruskan perjalanan hidup jika satu satunya cahaya yang selama ini kita pilih sebagai penyuluh jalan kita tiba tiba hilang? Pasti terasa sakit yang belum tentu boleh di ubat..
Saya terdiam. Cuba menelan kata kata ayah tapi saya tak boleh bayangkan sepenuhnya apa yang arwah ayah ingin sampaikan. Mungkin juga saya ni seorang yang degil. Mungkin juga saya fikir saya lebih berhati hati, maka saya boleh kawal situasi bila tiba masanya. Saya tak akan jadi manusia selemah itu. Hmm..Orang muda memang berjiwa panas. Semuanya begitu optimis.
**************
Saat ini, baru saya faham apa itu yang dikatakan tekanan perasaan. Ianya adalah bila manusia tidak dapat menerima hakikat kehidupan..dan lupa akan asal kejadian.

Kini saya mula faham apa yang arwah ayah cuba sampaikan dan apa itu yang dinamakan kehilangan. Air mata jatuh setitik demi setitik, dan semakin deras. Dada terasa sebak. Terasa diri terlalu rapuh dan amat mudah berputus asa.
Dimana diri saya yang dahulu..? Dimana saya yang pernah sebegitu optimis? 
Hanya dengan ujian sebegini, saya hampir jatuh tersungkur. Begitu mudah merasakan yang diri keseorangan..sedangan Tuhan Yang Maha Pengasih sentiasa ada. Diberikan Nya cahaya agar  sentiasa ada teman yang mengiringi saya.. sentiasa ada yang menghulurkan tangan untuk membantu saya bangun semula ketika saya benar benar terasa tidak berupaya.

Saya masih belum benar benar kuat. Kesedihan masih sesekali melanda bagai tsunami. Tapi selagi ada upaya, saya akan mencuba mencari kembali semangat yang hilang. Tuhan, janganlah dihilangkan sejalur cahaya itu...

Friday 3 February 2012

Wanita


Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga..
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia
Yang hanya perlu kau fahami
***************************************
Malam ini... dia akui yang dia amat memerlukan Tuhan untuk mendengar resahnya... dan menghapuskan rindunya..

Wednesday 1 February 2012

Delima Ratu


Keringkan lah pipimu, ratnaku,.. Cubalah untuk senyum..
Kerana airmatamu hanya kan menambah dukaku...
*************************************

Kata penjual cincin : Saya lihat encik kerap datang ke sini melihat cincin yang kami pamerkan ini. Pilihan encik memang tepat. Cincin ini bergelar cincin 'Delima Ratu'. Ia nya boleh membawa tuah kepada pemiliknya. Potongan cincin ini juga unik, replika kepada cincin yang diberikan oleh Maharaja England kepada permaisurinya. Lagipun, Encik lihatlah saja kilauan batu ni, pasti isteri encik akan gembira jika encik hadiahkan padanya.

Kata dia: Isteri saya telah meninggal dunia dua bulan yang lepas..
Dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dia seorang isteri yang baik. Semua kerja rumah dibuatnya dengan kemas dan teratur. Tak pernah dia mengeluh walau sekali dalam hidupnya. Malah, sepenat manapun dia, dia tetap akan tersenyum menyambut kepulangan saya. Dia sangat sayangkan saya.

Sebelum dia meninggal dunia, kami telah pergi ke kedai ini untuk baiki tali rantainya yang putus. Dia terpandang cincin yang kamu pamerkan ini. Saya sangat kesal..Dia tidak pernah meminta apa apa pun dari saya semenjak kami kahwin dan inilah permintaan dia yang pertama...untuk saya belikan cincin ini.

Tapi waktu itu, saya tidak berikan perhatian sangat. Saya mahu segera kembali semula ke pejabat kerana ada kecemasan. Dia kelihatan kecewa dengan jawapan saya dan masih lagi memandang cincin ini. Saya janji pada dia untuk belikan cincin itu hari esoknya. Tapi dari hari ke sehari, saya sangat sibuk dan saya terlupa janji saya pada dia.

Sekarang saya telah kehilangan dia. Walaupun saya beli cincin ini sekarang, saya tak akan dapat menyarungkan ianya pada jari isteri saya. Kita hanya sedar betapa pentingnya seseorang itu dalam hidup kita bila semuanya telah terlambat..bila kita telah kehilangan orang tersebut. Dia tentu akan gembira jika dia dapat memakai cincin ini...

kamu tahu..tak kira betapa unik dan cantiknya cincin ini, ia tetap tak mampu kembalikan isteri saya. Saya tak akan dapat melihat senyuman dia lagi. Setiap hari, saya datang ke kedai ini untuk melihat cincin tersebut..kerana ia mengingatkan saya pada isteri saya. Hari esok, saya akan berpindah mengikut anak saya ke Bandar X.. dan saya hanya ke sini untuk melihat cincin ini buat kali terakhir..

dia yang telah hilang takkan mungkin kembali...