Sunday 26 September 2010

Hati Yang Terluka


Dia tahu dia kerap membuat silap dan selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Mungkin juga kerana emosi kerap menyelinap masuk bila dia berhadapan dengan orang yang penting dalam hidupnya, berhadapan seseorang yang amat rapat dengan nya dan bila ianya berkaitan dengan orang yang amat disayanginya.

Dalam menginginkan orang yang disayangi faham akan perasaan dan keinginannya..dia jadi mudah terasa. Dia mengharap seseorang itu telah mengenali dirinya sedalam dalam dan mampu membaca hatinya. Bukankah itu buktinya sayang?

Dia akui yang bila emosi terlalu menguasai hati, dia jadi lemah. Dia terlupa sebentar bahawa hakikatnya orang tersayang juga manusia biasa yang tidak dapat melihat hatinya hanya melalui tulisan. Dia terlupa yang orang tersayang juga telah cuba melakukan yang terdaya dan yang termampu olehnya. Dia terlupa yang orang yang disayanginya juga hanya manusia biasa yang ada masanya tenggelam dalam masalah sendiri..

Isyarat boleh di salah tafsirkan. Kiasan boleh di salah fahami. Kata kata dan perbuatan dia sendiri juga boleh di menikam hati orang tersayang. Bukan dia saja yang terluka. Malah dia turut menghiris hati orang tersayang.

Dia sedar banyaknya kelemahan diri. Dengan rendah diri, dia akui segala kesilapan.
Andai masih ada ruang di hati yang tersayang, berilah dia kesempatan untuk hilangkan segala ketidakpastian. Dia tidak bermaksud melukakan dengan sengaja malah mengharapkan bimbingan dan panduan. Hatinya tak pernah berganjak dari perasaan sayangnya.. cuma adakalanya dia keliru...dalam melakukan apa yang difikirnya terbaik untuk orang tersayang.

Awak kenal dia..awak tahu hatinya.. awak tahu segala kelemahan dan juga kekuatan dia..
Terimalah dirinya seadanya..

Friday 3 September 2010

Salam AidilFitri


Andai jemari tak sempat berjabat..
Andai mata tak dapat menatap..
Seiring beduk bergema
Dan seruan takbir raya yang berkumandang..
Beserta wajah berseri riang..
Di samping keluarga & taulan di kampung..

Ampun Dan Maaf Di Pinta..
Selamat Menyambut Eid Mubarak..