Friday 3 December 2010

Erti Persahabatan


Adakala mereka berkata saya ini terlalu berfikiran dewasa. Adakala juga, mereka berkata saya terlalu keanak-anakan.

Dalam hidup ini, saya sentiasa cuba pendamkan segala perasaan saya. Saya cuba selesaikan semua masalah sendirian. Bukan sombong atau ego, namun kerana ingatkan pesanan ayah agar jangan sekali-kali menyusahkan orang lain. Biar kita membantu orang, tapi jangan sesekali membebankan teman-teman dengan masalah peribadi.

Saya cuba untuk tidak terlalu rapat dengan sesiapa. Adakalanya apabila terlalu rapat, kita lupa untuk menjaga percakapan kita. Ada rahsia yang akan terbocor, ada tawa yang  menghiris jiwa. Ada hati yang pasti akan terluka dan keadaan menjadi tegang. Saya tidak ingin terluka.

Namun saya hanya manusia biasa. Terkadang apabila berjumpa dengan mereka yang sama pemikiran, mereka yang terlalu baik atau mereka yang dapat menerima saya seadanya, saya jadi lalai dan semakin hari semakin dekat dengan mereka.

Sejak musibah menimpa, tanpa berfikir panjang, saya terus mendiamkan diri dan maafkan saya, saya juga mula menjauh. Saya ingin menangis tanpa sesiapa melihat. Saya tidak mahu belas kasihan sesiapa. Saya cuba melawan ombak, berenang ke pantai tanpa bantuan sesiapa.

Semalam saya terbaca nota yang telah lama ditinggalkan seorang teman buat saya. Seorang teman yang banyak mengajar saya tentang bintang. Dia teman setia, sentiasa bertanya khabar bila malam menjelang. Walau kami berbalah, sekalipun (tentang bulan, tentang bintang, tentang camar, tentang pantai), kami tetap akan berkawan semula kemudiannya. Kami saling bergurau, bercerita dan juga saling buli membuli , cabar-mencabar keupayaan berkarya masing-masing. Bukan apa, saya dapat lihat potensi dalam dirinya dan saya ingin dia tonjolkan bakatnya yang ada. Apa pula yang dia nampak dalam diri saya? Entahlah. Jeda.

Dalam notanya, dia masih bertanya khabar saya dan mendoakan kebahagian saya. Tidak sesekali dia memarahi kerana lama menghilang. Malahan dia memberi satu hadiah yang sangat besar ertinya: sebuah sajak yang ditulis dan dipostkan di blognya.

Bicaranya membuat saya sayu. Katanya, tindakan saya melarikan diri dan membuang kawan amat merisaukan dia. Bukan hanya menyusahkan orang lain malah menambah kekacauan minda. Katanya hilangkan diri tanpa pesan sama seperti tidak percaya pada teman. Ibarat mati tanpa tahu mana kuburnya. Sakitnya tak akan pudar.

Terharu dan terdiam saya. Rupa-rupanya saya masih belum faham erti sebenar persahabatan. Dalam persahabatan tiada perkataan 'menyusahkan'. Yang ada ialah 'bantu-membantu' demi meringankan beban sahabat. Manusia memang berbeza dalam banyak perkara dan masalah yang ada tapi kita masih perlukan seorang teman yang memahami dan manjadi panduan untuk menunjukkan arah destinasi masing masing andai tersesat.

Dia teman terulung. Saya teman seumpama 'chipsmore'. Sekejap ada, sekejap menghilang. Bukan mudah untuk menjadi sahabat, rupanya.

Sunday 26 September 2010

Hati Yang Terluka


Dia tahu dia kerap membuat silap dan selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Mungkin juga kerana emosi kerap menyelinap masuk bila dia berhadapan dengan orang yang penting dalam hidupnya, berhadapan seseorang yang amat rapat dengan nya dan bila ianya berkaitan dengan orang yang amat disayanginya.

Dalam menginginkan orang yang disayangi faham akan perasaan dan keinginannya..dia jadi mudah terasa. Dia mengharap seseorang itu telah mengenali dirinya sedalam dalam dan mampu membaca hatinya. Bukankah itu buktinya sayang?

Dia akui yang bila emosi terlalu menguasai hati, dia jadi lemah. Dia terlupa sebentar bahawa hakikatnya orang tersayang juga manusia biasa yang tidak dapat melihat hatinya hanya melalui tulisan. Dia terlupa yang orang tersayang juga telah cuba melakukan yang terdaya dan yang termampu olehnya. Dia terlupa yang orang yang disayanginya juga hanya manusia biasa yang ada masanya tenggelam dalam masalah sendiri..

Isyarat boleh di salah tafsirkan. Kiasan boleh di salah fahami. Kata kata dan perbuatan dia sendiri juga boleh di menikam hati orang tersayang. Bukan dia saja yang terluka. Malah dia turut menghiris hati orang tersayang.

Dia sedar banyaknya kelemahan diri. Dengan rendah diri, dia akui segala kesilapan.
Andai masih ada ruang di hati yang tersayang, berilah dia kesempatan untuk hilangkan segala ketidakpastian. Dia tidak bermaksud melukakan dengan sengaja malah mengharapkan bimbingan dan panduan. Hatinya tak pernah berganjak dari perasaan sayangnya.. cuma adakalanya dia keliru...dalam melakukan apa yang difikirnya terbaik untuk orang tersayang.

Awak kenal dia..awak tahu hatinya.. awak tahu segala kelemahan dan juga kekuatan dia..
Terimalah dirinya seadanya..

Friday 3 September 2010

Salam AidilFitri


Andai jemari tak sempat berjabat..
Andai mata tak dapat menatap..
Seiring beduk bergema
Dan seruan takbir raya yang berkumandang..
Beserta wajah berseri riang..
Di samping keluarga & taulan di kampung..

Ampun Dan Maaf Di Pinta..
Selamat Menyambut Eid Mubarak..

Tuesday 31 August 2010

Erti Merdeka


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan agung yang mengingatkan kita pada detik bersejarah 53 tahun yang lalu. Ingatkah kita pada orang orang terdahulu , darah dan airmata yang menitis demi untuk membebaskan Malaysia dari terus dijajah? Begitulah perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan agar anak cucu dapat memiliki tanahair mereka sendiri.
Namun, antara sedar atau tidak, penjajahan budaya, wang, mentaliti dan politik masih berterusan. Sudah benar benar merdeka kah kita?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Saturday 28 August 2010

Serangkaian Doa


Di malam ini..
Yang dipenuhi kemuliaan hati budi
Tiada apa yang dapat kuberikan
Hanya serangkai doa
Dari sudut hati yang paling dalam
Untuk kebahagiaanmu
Disamping keluarga tercinta.

Terimalah keikhlasanku ini
Khas buatmu..

Saturday 10 July 2010

Tenanglah Wahai Hati


Doa dari ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan ampunkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.

Ya Allah, tenangkan lah hati ini.. dan jadikanlah kami orang yang tabah dalam menghadapi apa jua ujianMu.. Amin
***********************************
Hidup manusia ini tak penah lekang dgn cabaran dan dugaan yg diberikan dari NYA. Adakalanya kita kuat untuk menghadapinya dan adakalanya kita terasa tidak upaya.

Tuhan, tenangkanlah hati ini.

Sunday 27 June 2010

Rahsia Hati


Kata orang, segalanya Tuhan telah jadikan berpasangan.
Semuanya agar simetri..
Begitu juga dengan panca indera kita yang dikurniakan Ilahi..

Tapi..
Mengapa tidak hati? Mengapa hati cuma satu?
Supaya
Kita mencari hati yang satu lagi..

Indahnya coretan cerita hati..
Terselit pelbagai rahsia yang tersembunyi..
Dan ketika dua hati bersatu..
Segala kekusutan akan terlerai..
Kekosongan akan terisi..
Kekurangan akan dilengkapi..
Terpateri dengan ikatan cinta dan sayang..

Sunday 20 June 2010

Selamat Hari Bapa..


Seharum Cempaka Buat Ayahanda
(Puisi: ANIS MH)

Pohon cempaka
tumbuh subur
segar disiram
dengan kalimah suci
tanda ingatan buat ayahanda...

Seharum cempaka
buat ayahanda
kasihmu tetap di hati
akan kusiram dan kubaja
pohon cempaka itu setiap hari
moga tetap subur di hati
tenang bersemadi selamanya...
****************************

Alfatihah buat insan bergelar ayah... (Hari Bapa 20 Jun 2010)

Sunday 23 May 2010

Semangat Yang Hilang II



Andai masanya telah tiba, Tuhan akan bukakan hati seseorang itu untuk bersedia menerima cinta. Hijab yang selama ini labuh melindungi hati dari panahan cinta, akhirnya akan tersingkap..
******************************
Di ruang depan bilik tamu, kelihatan jenazah terbaring dengan diselimuti kain batik lepas. Memberi ruang kepada keluarga, sahabat dan taulan untuk melihat wajah jenazah sebelum dia diusung ke tanah perkuburan. Sesekali terdengar suara esak dan tangis bersulam bacaan surah yasin. Kematian...kesedihan bagi mereka yang ditinggalkan.

Dengan langkah yang longlai dan lutut yang seakan tidak mampu menampung tubuh, saya bergerak menghampiri jenazah. Mengalihkan dengan perlahan lahan kain batik yang menutup wajahnya. Luruh terasa jantung. Dia kelihatan seakan sedang tidur..Yang membezakan hanya wajah yang pucat tanpa darah, dan hidung yang telah ditutup dengan kapas sebagai bukti yang dia telah tiada.

Airmata mengalir tanpa dapat ditampung lagi. Deras dan laju seperti aliran air sungai selepas hujan lebat.
'Bangun..bangunlah awak. Bukankah awak telah berjanji tidak akan tinggalkan saya sendirian.. Bukalah mata awak..' Dan saya terus memeluk sebujur tubuh yang tak bernyawa itu lagi.
Saya tidak ingin hidup tanpa dia.. Tuhan, saya benar benar tidak ingin meneruskan perjalanan ini tanpa dia..

Sunday 16 May 2010

Warkah Terakhir




Awak..
Saya tahu awak sayang saya..dan saya pun sayang sangat kat awak
Saya tahu, saya selalu tanya kat awak,"awak, awak sayang saya tak?". Dan saya gembira setiap kali awak bila awak jawab ye. Awak tahu kenapa saya suka tanya soalan ni? Sebab.. awak jauh dan.. saya ingin sangat rasakan yang hati awak masih tetap seperti selalu, tak akan pernah berubah..

Awak tahu,
Setiap kali saya teringat kat awak, semua kenangan kita berdua pasti akan muncul kembali.
Ada kenangan yang akan buat saya tersenyum dan ketawa, dan ada juga yang buat saya sedih. Tapi..secara keseuruhannya saya bahagia dengan awak..Walaupun kadang-kadang ada perselisihan faham antara kita, tapi kita tahu macam mana nak selesaikan masalah timbul. Rasanya itulah yang buat kita dapat bertahan..

Awak, awak tahu..
saya banyak berfikir akhir akhir ni..hidup ni memang bukan macam novel yang akhir ceritanya ada ayat 'they live happily ever after. Hidup ini memang tak selalunya indah.. tapi inilah saja kehidupan yang saya ada. Dan kehidupan ni terasa lebih bermakna sejak awak ada.

Hari ni hati saya terasa sedih ..
terasa sangat sangat sedih.
Izinkan saya minta maaf kat awak.
Saya rasa nak menangis lagi tapi saya akan cuba tahan.
Tak ada siapa untuk saya ceritakan segala rasa yang terpendam: sakit , sedih, rindu, sayu ini.. saya terasa yang saya tak mampu jadi sesempurna yang awak inginkan.

Awak tahu..
Saya ingin awak selalu ada dengan saya. Saya tak mahu awak jauh. Tapi..saya tak mampu buat awak memilih saya....

Awak,
andai ini memang penghabisan cerita kita, saya nak awak tahu yang awak memang..yang terbaik dan teristimewa. Tapi bila awak terasa hati..hingga tak mahu bercakap dengan saya, saya benar benar terasa yang saya selalu sangat menyusahkan awak. Sentiasa buat perkara yang silap...kan.

Jika saya boleh memilih, tentunya saya inginkan hubungan kita kekal selama-lamanya. Tapi.. saya tak mahu susahhkan awak lagi.

Seharian saya menangis.. dan saya tak mampu lagi nak menangis.
Saya tak mahu lagi merasa.. kerana saya sedar sekarang ini..awak sebenarnya bagaikan bulan.. susah untuk saya capai dengan tangan...

Mungkin saya patut berhenti bermimpi agar hati saya tidak terus retak.. Saya sayang awak sangat sangat... tapi bila ada selisih faham, awak terus menghukum saya...

Saya cuma ingin awak tahu..,
yang saya terlalu berharap awak menjadi sebahagian daripada hidup saya kerana tiada yang lain selain awak.
Saya juga ingin awak tahu, selama ini awak adalah nadi kekuatan saya. Awak adalah yang terbaik untuk saya. Saya sayang awak.. tapi hari ni saya jadi langsung tak kuat.. bila kita gaduh sekali lagi..

Awak pernah kata saya seorang yang tabah dan kuat..tapi sekuat manakah saya sebenarnya..?
Adakalanya kita harus melangkah pergi bila kehadiran kita hanya mengganggu kebahagiaan orang lain..

Friday 14 May 2010

Harapan



setianya cinta bila hati dibaja,
setianya sayang, bila hati tak bergoyang...
****************************
Kata pujangga: Seorang wanita tertawa bila ia mampu dan menangis bila dia inginkan sesuatu dan tidak memperolehinya. Apabila dia memiliki apa yang dia hasratkan, dia ingin pula memiliki segala galanya. Hmmm..

Yang nyatanya ramai wanita yang anggap alam perkahwinan ini pengakhirannya seperti dalam kisah kisah dongeng: setelah berkahwin dengan orang yang dicintai, segalanya akan berakhir dengan bahagia. Pada saat akad nikah dilafazkan, seorang wanita menyimpan impian yang tinggi menggunung. Mendambakan seorang suami yang sentiasa membelai, menyayangi dan memanjakan dirinya. Ternyata impian dan kenyataan adalah dua perkara berbeza.

Semua pasangan yang berkahwin pasti ada masa suramnya. Bila tiba saat suram, yang penting harus sabar kerana manusia ini masing masing ada hati , perasaan dan kebiasaan yang dibawa dari zaman sebelum berkahwin. Yang penting jangan mudah meyerah kalah dalam mencari penyelesaian pada masalah yang dihadapi.

Bukankah perkahwinan itu satu lagi pelajaran dalam kehidupan yang hanya Allah saja mengetahui penamatnya?

Wednesday 31 March 2010

Rahsia Hati


         
Letih terasa. Akhirnya selesai segala acara.

Saya memandang ke kanan. Oh..itu dia.. Dia juga sedang membuka pintu keretanya.
Dap..dup..dap dup.. getaran di hati semakin pantas. Saya sangat ingin menyapanya, tapi perasaan malu bercampur takut tiba tiba muncul.

Aneh rasanya..
Dia bukan raksasa bertaring panjang dan berwajah bengis. Dia juga bukan singa atau harimau ganas yang sedang lapar. Dia hanya lah...dia. Kenapa mesti ada perasaan ini..?

Saya mengangkat wajah memandang dia sekali lagi. Dia sedang memandang ke arah saya juga seraya tersenyum. Tuhan, terasa luruh jantung melihat satu senyuman itu. Apa yang saya harus katakan pada dia? Kuatkan semangat..ayuh!

'Awak dah nak balik? Mmm..awak nak tak kalau...mmm..maksud saya..awak ada masa sekarang ni? Nak tak.. kita pergi minum dan bual seketika..? tanya saya sedikit gugup.

'Boleh juga. Saya tak ada apa apa program sekarang ni. Kat mana ye?' jawab dia pantas sambil tersenyum.

'Betul ni? Maksud saya..awak pasti? Saya tak paksa..kalau awak tak ada masa..'

'Betul.' jawabnya sambil tersenyum. 'Sebenarnya saya pun nak ajak awak singgah kat mana mana sekejap. Tapi awak dah hilang sebaik saja sessi tadi selesai. Kebetulan kita letak kereta sebelah sebelah. Saya tengah fikir macam mana nak mulakan..tiba tiba awak menegur saya. Jadi, saya biarkan saja awak bercakap dahulu.. saya suka tengok awak gelabah.'

'Apa? Awak pun.. .' ayat saya terhenti seraya wajah merona merah. Tak tau sama ada saya nak marah kerana dia biarkan saya memalukan diri saya.. atau .. sama ada hendak sorokkan senyuman yang mula menguntum di bibir.

Tuhan, terima kasih untuk hari ini yang cerah.

Sunday 7 March 2010

Kesempurnaan




Sebuah artikel dalam sebuah majalah bercerita tentang perbualan sepasang suami isteri:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dalam perkahwinan kita", kata sang suami sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kena catatkan apa yang kurang kita sukai tentang pasangannya. Kemudian, kita akan bacakan dan teliti bagaimana kita boleh ubah perkara perkara yang kita tidak suka dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan masing masing mula memikirkan perangai pasangannya tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk tidur berasingan dan menulis apa yang terlintas dalam benak masing-masing. Esok paginya ketika sarapan, mereka mula membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata sang suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu perkara yang tidak dia sukai pada isterinya, dia ternampak airmata isterinya mulai mengalir ... "Maaf, sayang mahu abang berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami terus membaca semua yang tersenarai sehingga selesai. Kemudian dia melipat kertas tersebut dan meletakkannya di atas meja. 'Sekarang giliran sayang pula untuk baca senarai yang saya tulis".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tak ada tulis apa apa pun atas kertas saya. Pada saya.. abang sudah cukup sempurna, dan saya tidak ingin ubah satu apa pun pada diri abang. Pada saya, abang kacak dan baik . Tiada satupun yang kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya dengan ungkapan dan perasaan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

*************************************

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup sempurna?

Monday 25 January 2010

Makan Makan


Sewaktu kecil dulu, disiplin membawa makna yang besar pada saya.

Contohnya, setiap hari jadual telah diatur : Pergi sekolah, makan, mengaji, buat kerja sekolah, kerja rumah dan tidur.
. Begitu juga dengan waktu makan. Semuanya teratur: sarapan pagi, Makan tengah hari, minum petang dan makan malam. Ikut cara orang putih. Ada 2 waktu utama yang wajib untuk semua berada di meja makan: makan tengah hari dan makan malam. Siapa lambat, baik siapkan alasan yang kukuh, kalau tak mahu di soal banyak. Makan malam selalunya memang lambat, pukul 8.30 malam selalunya sebab minum petang pada pukul 5.00pm buat semua orang belum cukup lapar lagi.

Makan apa waktu minum petang? Tak kisahlah apa. Tapi air mesti air teh. Sebab majoriti kami tak boleh sentuh kopi. Bukan percaya pada kata orang tua tua yang minum kopi, nanti kulit hitam. Tapi sebab allergik kat kopi. Pening kepala kalau minum lebih dari seteguk. Mungkin sebab kopi ada lebih banyak kafein dari teh. Nanti ter over excited. Entahlah.

Balik kepada soal makanan. Makan petang selalunya kuih muih yang digoreng panas panas (atau bahasa standard dia savoury): goreng pisang, goreng keledek, nangka, jemput jemput pisang, cekodok, kuih keria dan karipap. Pasti habis punya.

Tapi kalau karipap, kena tengok juga apa inti dia. Yang paling laku, sudah tentu, karipap sardin, pedas dan rangup. Yang kurang laku : karipap inti telur dan bawang. Waktu tu saya memang anti bawang kalau di hiris kasar ada dalam makanan. Sekarang ni, dah ok sikit. Boleh makan bawang, tapi kena tumbuk atau blend sampai halus (tak nampak bentuk bawang).

Kalau makanan manis, tak ramai yang gemar. Orang Muar lagi suka makan makanan pedas. Contoh makanan minum petang manis: bubur kacang, pengat pisang, bubur pulut hitam, kuih lapis, kuih serimuka, kuih ketayap, agar agar atau kalau mak ada banyak masa, dia akan buat kuih "puteri berendam" atau kek. Minum petang memang ada berbagai pilihan kuih, semua mak yang buat sendiri. Saya paling ingat teko teh berwarna biru dan set cawan dgn warna yang sama yang mak akan gunakan setiap waktu minum petang. Walau pun hanya kami adik beradik saja yang makan bersama, cawan mesti di hidang lengkap bersama piring. Siap dengan camca teh. Macam mana ye orang dulu2 boleh uruskan begitu banyak perkara dalam satu waktu serentak : multi tasking?

----------------------------------------------------------
P/S: Hari ni tak pergi kerja. Ambil cuti sehari. Penat dan nak start buat projek baru. Waktu petang tadi, tiba tiba teringat kat mak dan waktu minum petang. Sekarang minum petang, saya simple je. Makan biskut crackers, celup air teh panas. Sedap.. :)

Wednesday 20 January 2010

Dari Seorang Kekasih

Khas buat pelerai rinduku,

Syahdu lebaran mengungkap kisah
kasih antara dua hati
antara dikau dan aku
dimana terukir sejarah cinta kita berdua

Inikah ertinya Cinta
walau kejauhan memisahkan kita
merasai rindu yang hadir tanpa di pinta
di batasi jarak dan masa

Namun kusedar walaupun jauh
di hati kau sentiasa ku ingati
sinar wajahmu sentiasa terbayang di balik mata
Diriku terpesona
dengan kasih yang terbit di hati
terpancar dari sinar mata

Teguhkanlah hati
ku yakin kita pasti bertemu lagi
apabila tiba masanya.

Tuesday 19 January 2010

Tag: Lagu




1) Lagu yang boleh buat anda rasa kembali ke masa riang gembira:
Lagu Srikandi Cintaku.

2) Lagu yang mampu buat anda tersenyum ketika anda sedang marah :
Lagu 'Geram, Jangan Engkau Geram' - Black Dog Bone
Terutama sekali kalau orang yang buat salah tu nyanyikan lagu ni secara 'live'.. sure punya tak jadi marah :)

3) Lagu yang boleh buat anda sedih:
Lagu Raya..tak kira le lagu siapa. Sure sayu je rasa

4) Lagu yang selalu buat anda tutup telinga atau tukar ke channel lain setiap kali ia ke udara:
** Oo.. sudah semestinya lagu 'Halimah Jonggang'. Tension rasa especially bila semua orang toleh dan senyum senyum kambing pandang kita.
** :) senang kata, semua lagu yang ada 'Halimah' , sure memang tukar channel lain punya


5) Lagu yang anda tak ingin nak dengar:
Hazard-Richard Marx..


6) Lagu yang anda suka tapi dah jadi tak suka sebab dah diubahsuai atau di komersialkan:
Lonely-Akon. Memula suka sesangat tapi bila dah ramai buat ringtone, terus jadi tak suka langsung


7) Lagu yang evergreen buat anda hingga kini:
"Masihkah Kau Ingat' Kopratasa dan 'Hijau' Zainal Abidin.. dan oh ye.. 'Seribu Bintang' Alleycats

8) Lagu yang mampu buat anda akan ikut menyanyi sekali :
** Lagu UB40 'I Can't Help Falling in Love With You'
** dan lagu 'Don't Worry, Be Happy' Bobby McFerrin



9) Lagu yang anda selalu dengar ketika sorang sorang
** Lagu 'Unbreak My Heart' Toni Braxton (suka sesangat) dan semua lagu Anuar Zain :p
** Selamat Malam-Faizal Tahir


10) Lagu yang orang keliling anda semua tak suka tapi anda suka
** Lagu lagu KRU.. :) semua orang kat office tak suka :p tapi lagi orang tak suka, lagi le kita suka nak dengar

***********************************************

Halimah Ilias kata :
no 4 tu mmg menyampasssss. buat rosak nama i ajek. sampai anak buah 2 tahun pon bila suruh sebut nama penuh mak tam (me la tu) siap boleh jawab halimah jongang. grrrrrrrr. Mari kita ban pencipta lagu tu

Monday 18 January 2010

Akulah Kekasihmu -AXL-



Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih

( korus )
Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

Tuesday 12 January 2010

Kalau Dah Jodoh..


KALAU sudah jodoh tak ke mana. Begitulah yang berlaku pada sepasang kekasih di London, England, yang terpisah lama akhirnya berkahwin gara-gara surat cinta yang dihantar 10 tahun lalu ditemui semula.
Mengambil semula kisah pasangan kekasih dalam cerita kat atas ni, Hana teringat kata2 Dr HM Tuah dalam artikel dia. Dia kata cinta tak perlu di ucapkan, cukup dengan di buktikan melalui perbuatan.
Well, Hana tak setuju. Iye, action speaks louder than words. Akal boleh terima perbuatan sebagai bukti sayang, tapi..telinga dan hati perlukan ucapan. Sebab.. rambut sama hitam, hati lain lain. Takut tersalah tafsir. Kawan hanya di satu pihak, sedangkan kasih di pihak lagi satu. Pendek kata, you do need to have both of it: Ucapan untuk meyakinkan dan perbuatan sebagai bukti.
Berbalik pada kisah cinta kat atas ni, nasib baiklah ada surat. Bayangkan kalau Steve cuma hantar SMS. Surat boleh terjumpa semula satu hari nanti tapi kalau SMS dah ter'delete',tentu tak de orang boleh jumpa semula.

ini versi English sebab petikan interview, Steve tak cakap Bahasa Melayu
Kata Steve,"When we meet again, it was like a film. We ran across the airport into each other's arms. We met and fell in love all over again. Within 30 seconds of setting eyes on each other, we were kissing."
Petikan surat Steve kepada Carmen:
I hope you are well. I was just writing to ask if you ever married and if you ever thought of me? It would be great to hear from you. Please get in touch, if you can.
Steve xxx
***********************************

Sunday 3 January 2010

Kita Orang Ketiga - Freedom-



Perasaan itu bagai bayu yang menyapa
Lembut damai menyusuk ke jiwa
Pertemuan itu walaupun hanya sekali
Semacam kesannya di hati

Tapi kenyataan yang ujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan

(korus)
Mengapa harus berjumpa
Setelah kita berpunya
Kenyataan ini pahit rindu ku luka yang perit
Mengingati dan memuja dari kejauhan saja
Kitalah orang ketiga

Tapi kenyataan yang ujud antara kita
Menghalang pertemuan kedua
Namun kata-kata riak mata dan senyuman
Sentiasa di dalam ingatan yang membahagiakan

Cat : Dari Album Freedom "Keunggulan"