Wednesday 11 November 2009

Sayang Ini


Saya memang suka bertanya...dan dalam pelbagai soalan yang saya tanyakan pada dia, saya selalu selitkan soalan soalan yang sama pada dia :

Awak sayang saya ..?
Sayang kat saya tak..?
Sayang saya..?
Banyak mana awak sayang saya ye..? :)

Dia pernah bertanya :
Awak kan tahu hati saya bagaimana. Awak dah tahu banyak mana saya sayang awak. Kenapa awak suka tanya soalan ni ye..?

Lalu saya jawab:

Kerana kehidupan mengajar saya apa itu erti kesusahan.
Kerana bagi saya, apa yang paling saya ingini, selalunya susah untuk saya miliki.
Kerana saya takut awak akan hilang satu hari nanti..
Dan saya tak akan dapat mendengar jawapan awak lagi..
Kerana saya suka mendengar awak katakan awak benar benar sayangkan saya..
Dan saya dapat membalas semula yang saya juga sayangkan awak.. :)

Saya tak pasti sama ada dia masih ingat perbualan kami ini.. tapi hingga ke hari ini dia tidak pernah lagi menegur bila saya bertanya samaada dia sayangkan saya atau tidak. Malah dia sendiri bertanya soalan yang sama pada saya..dan adakalanya dia sendiri mengatakannya tanpa menunggu saya bertanya.

Awak sayang saya ..?

Ditto, awak. :) Ditto.. :)

Tuesday 11 August 2009

Seperti Selalu


Kenapa
kita menutup mata ketika kita tidur?
kita menutup mata ketika kita menangis?
kita menutup mata ketika kita merindu?

Kerana
Sesuatu yang sukar dijelaskan dengan perkataan
hanya akan lebih terasa
bila kita melihat
dengan mata hati..

Tuesday 16 June 2009

Cerita Seorang Suami


Cerita cinta ni cat baca kat blog NizamAriff..dan ianya betul betul sweet sehingga cat terpanggil untuk siarkan kat sini untuk share dengan kawan kawan :

"Thursday, November 19, 2009
Ego seorang suami... ataukah bodoh?

Dari dulu lagi, sejak kasih janji terikat bersaksi wali, Mama selalu memuji, kuntuman Ros itu cantik. Aku akui, kuntuman Ros itu memang cantik tetapi berduri. Begitulah.

Dan dari sehari ke sehari, Mama juga berkata kuntuman Ros itu menarik dan cantik, setiap kali terpandangnya. Ya, memang cantik tetapi tak tahan lama seperti kuntuman plastik, kata aku. Begitulah.

Tengahari semalam, aku teringat kembali kata-kata Mama. Aku belek betul-betul kata-kata Mama. Dan aku dapati, aku tertinggal sesuatu diantara bait-bait ayat itu. Aku gagal membacanya dengan betul. Aku singkap begitu sahaja. Dan aku mula sedar.

Lalu aku pacu kuda api aku laju-laju, seluruh kedai-kedai sekitar Kota Kemuning aku selidiki, satu persatu. Tiada. Aku singgah makan di restoran mamak tanpa WiFi. Ketika membayar harga makanan, aku tanya mamak, di mana ada kedai bunga? Dia tercangak-cangak beberapa ketika... tak pasti. Dia toleh kepada seorang lelaki yang berumur mungkin lewat 40an yang sedang memilih makanan, di mana ada kedai bunga? Lelaki itu memandang tepat kepada aku sambil berfikir... tidak pasti, katanya. Kedai bunga plastik adalah, tambahnya. Tak apa lah, balas aku.

Selesai bayar, aku pecut lagi. Aku selusuri kembali jejak-jejak tadi, aku kira mungkin aku terlepas pandang. Dan, memang sah... tiada. Aku belok ke blok perumahan dan deretan kedai yang lebih jauh. Aku pusing-pusing lagi... tiada.

Aku pusing lagi, ke Bukit Rimau... tiada. Aku ambil keputusan, aku pergi ke Sri Muda, walau aku terpaksa berpatah balik sekitar 7km. Aku pecut laju. Dalam hati aku kata, kalaulah aku eksiden pun, niat aku lebih utama daripada segala-galanya. Misi aku tentang Mama lebih utama. Mama adalah segala-galanya.

Akhirnya aku temui. Aku beli sedozen kuntuman Ros pelbagai warna kerana aku tak pasti, warna mana yang Mama suka. Ya, aku lelaki bodoh yang tak pernah tahu. Dan dalam terkocoh-kocoh aku seluk kocek seluar, aku tulis rangkap cinta pada sekeping kad menggunakan pen magic warna kelabu yang aku 'seludup' keluar dari Kota Permai:

We had a wonderful life together... and I want it to last forever, because I LOVE YOU. Terima kasih kerana sudi menjadi teman hidupku, sayang.

Aku pesan kepada Cina tua itu, sila berikan kepada Mama sebelum pukul 3:00pm dan aku serahkan alamat rumah aku kepadanya.

Aku pecut semula ke Kota Permai, walau aku terpaksa membuat 'U' turn sejauh 7 km lagi, aku puas. Sepanjang jalan, aku tersenyum... dan mata aku menakung air jernih. Kenapalah baru sekarang aku sedar!!?? Aku memang bodoh!

Kenapa hanya baru sekarang aku faham luahan hati Mama?
Hanya selepas 11 tahun....!!!!!?????????? Ahhh..... bodohnya aku!!!!"
******************************
Cat: Walaupun 11 tahun, baru Nizam dapat tangkap maksud yang tersirat..it's still so sweet sebab dia ada terfikir juga untuk mendalami ucapan wife dia. There are some who doesn't even notice even when the wife cakap terus terang, memuji sesuatu hingga ke hari ni. Happy wedding anniversary to Nizam.Ariff and wife :)
A wife would never say clearly what she wants when it concerns matters of the heart.. and she would not expect a husband to give roses each time. It's the first bouquet of roses and the thoughts of the hubby taking the time to understand that lasts forever in the memory.
You can say that cat is hopelessly romantic but.. it warms the heart to see that there are happy endings to a real life love story. :)

Dari Sekeping Hati



Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engkau biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..