Monday 31 December 2012

Impian



Apabila perasaan telah bersambut dan dua hati telah terikat erat dengan perasaan sayang, segalanya terasa indah. Dia yang diidamkan telah berjaya dimiliki hatinya. Terasa seperti ingin di wartakan pada seluruh dunia : 'Yes, he's mine!'.

Namun dalam pada diri sedang ceria, terselit juga sedikit keraguan:'Benar ke dia cintakan saya dengan sepenuh hatinya? Sejauh mana rasa kasihnya pada saya?' Hati tak pernah mahu berdiam. Walau seribu kali dia melafazkan perkataan 'sayang', masih tetap ada persoalan seperti itu bermain di fikiran. Memang sudah lumrah alam Hati wanita sentiasa ingin selalu di yakinkan.

Kata orang, kesetiaan dan kasih sayang bukan sekadar kata-kata manis yang terlafaz di hujung bibir. Namun harus diperhatikan dari perbuatan kerana perbuatan melambangkan perasaan yang tak diucap, lahir dari dalam diri. Perbuatan yang macam mana ye? Sesuatu yang biasa-biasa  namun memberi erti yang besar, lebih dari sebarang hadiah: Keperihatinan si dia.

Hati tentu akan terasa dihargai bila:

* Setiap hari dia pasti akan bertanyakan khabar dan cerita. Kalau tak dapat berjumpa, dia tetap akan menghantar sms atau message. Walau sekadar mengucapkan selamat malam.

* Walau sesibuk sekalipun, dia pasti akan ada masa untuk kita. Dia akan mencuba sedaya upaya untuk bertemu walau seketika. Terutama sekali di waktu kita benar benar memerlukan kehadiran dia..

* Dia benar-benar sayangkan kita kerana diri kita sendiri. Dia dapat terima segala kelemahan yang ada pada diri kita disamping apa jua keistimewaan kita. Walau apa pun dugaan yang datang, dia tidak cepat terpengaruh dengan isu status atau kata-kata kawan serta keluarga.

* Dia mengambil berat tentang kita dan sentiasa sedia untuk memberi nasihat dan pandangan yang positif.  Lebih-lebih lagi bila dilihat kita sedang sedih atau tensyen. Kalau hendak menegur, di lakukan dengan lembut.

* Dia sabar mendengar segala masalah kita samada masalah yang berat atau masalah yang padanya sangat kecil dan remeh. Dia sentiasa cuba untuk buat kita tersenyum semula.

* Dia lebih pentingkan kita dari kawan kawannya yang lain.

* Tidak mudah marah atau masam muka bila terpaksa menunggu lama disebabkan sesuatu hal yang tak dapat dielakkan.

* Dia berkongsi cerita pada kita tentang dirinya, keluarganya, masa silamnya, hal-hal kerjanya, harapannya dan juga impian dia dengan kita.

Bila semua ini ada, tentunya terasa hati semakin hampir pada dia. Terasa disayangi, terasa dipercayai dan dihargai lebih lebih lagi bila dia sudi berkongsi sesuatu yang peribadi dengan kita. Apa lagi yang perlu? Cuma sebuah ikatan tulus dengan si dia yang selayaknya dipanggil kekasih, sahabat karib, pembimbing dan... suami.

Sunday 30 December 2012

Coretan Seorang Teman



Awak,
Sebenarnya saya tidak pasti dimana saya harus mulakan bicara ini. Walaupun selama ini persahabatan kita cuma terjalin melalui e-mail dan ym, semua itu rasanya tidak menghalang saya dari mengenali hati budi awak dengan dalam.

Sebenarnya, dalam berkawan dengan awak, saya tak pernah menyangka yang perasaan ini akan timbul dalam hati saya. Mungkin ini satu perkara biasa apabila mereka yang berlainan jantina berkawan rapat. Rasa sayang dan cinta tiba tiba wujud dalam hati salah seorang dari hari ke sehari.

Saya tidak pernah meminta perasaan ini untuk muncul dalam hati saya lebih lebih lagi bila mendengar yang awak telah ada yang miliki. Namun Allah tetap memberi perasaan ini pada saya. Makin saya cuba buang, makin kuat ianya datang. Mungkin sebab awak seorang yang mudah didekati dan bersikap terbuka. Mungkin juga sebab senyuman awak. Yang pastinya perasaan saya lebih daripada perasaan suka pada seorang sahabat.

Untuk menyuarakan perasaan saya secara terbuka, saya memang tidak cukup berani. Saya akui saya takut. Saya takut hasrat saya di tolak kerana saya sedar siapa diri saya jika dibandingkan dengan awak yang sentiasa didampingi ramai. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menulis perasaan saya di dalam e-mel ini. Saya tidak memaksa. Semuanya terpulang pada awak. Lagi pun jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah. saya cuma berharap dan menggunakan sisa-sisa keberanian yang ada pada hari ini untuk meluahkan segalanya pada awak.

Sekiranya awak menolak, saya harap persahabatan kita masih dapat diteruskan seperti biasa. Kerana saya tak mahu kehilangan seorang sahabat semata mata kerana hal ini. Lagipun saya fahami perasaan cinta dan sayang tidak boleh dipaksa.
How lucky I am to have something that makes saying goodbye so hard..

Salam dari saya.

Saturday 29 December 2012

Dia


Bibir mengukir senyum.
Dia seumpama oksigen dan saya adalah seperti api yang tidak boleh hidup tanpanya.
Mimpi saya sentiasa ada dia.
Tempat yang ingin saya pergi adalah tempat dimana jua dia berada. Walau ianya sehangat gurun sahara atau sesejuk benua alaska, maupun di sebuah pulau yang tak berpenghuni.
Untuk membayangkan sahaja hidup tanpa dirinya, sudah cukup untuk membuat saya derita.
Dia ... sumber kekuatan saya.

Friday 28 December 2012

Sketsa Cinta


DIA & CINTA
Kata dia: Cinta itu adalah sesuatu yang amat remeh, leceh.
Bukan cara saya untuk turut berlakon dalam sandiwara dunia dengan bermain kata, melafaz ayat-ayat berbunga demi menzahirkan rasa cinta terhadap seseorang. Tanpa sebarang ucapan bersulam tujuh warna pelangi, sebuah ikatan perkahwinan yang tulus masih boleh dicipta, bukan? Bukti cinta seharusnya dilihat melalui perbuatan, dan bukan dari sebuah pengucapan yang belum tentu kebenarannya. Lidah manusia tidak bertulang. Lantas, bagaimana mahu percaya pada lidah yang bertindak hanya mengikut arahan akal?
SAYA & CINTA
Kata saya: Cinta itu perlu diucapkan, didengari. Bukan sebagai lisan tanpa makna tapi lebih sebagai halwa telinga dan jiwa, dilafaz dan diterima dari hati ke hati. Apatah lagi apabila hubungan telah dimetrai oleh sebuah ikatan. Adakala sukar untuk membaca hati dan perasaan seorang lelaki yang sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Satu ungkapan yang terkandung tiga perkataan itu amat besar ertinya.
Umpama pepohon yang mengharap ianya disiram dan dibajai selalu. Agar rasa cinta itu mekar dan subur sentiasa di taman hati. Seperti air jernihmengalir turun dari pergunungan, anugerah yang mendamaikan resah sekeping hati. Ucapkanlah cinta.

Thursday 27 December 2012

Hati Seorang Perempuan


Rabbishrah li sadri wa yassir li amri..
Tuhanku..bukakanlah pintu hatiku dan permudahkanlah segala pekerjaanku...
********************************
Kata dia : Hmm..hati seorang perempuan ni terlalu kompleks sebenarnya. Susah nak difahami. Diam dia ada seribu satu macam maksud. Mungkin diam tandanya dia setuju atau suka. Mungkin juga dia sedang merajuk atau mungkin memang dia tak ada 'mood' waktu tu..
Kalau dapat yang manja, lagi lah susah. Bila hati tersentuh sikit, muah saja mengalirkan airmata. Selalu inginkan lebih perhatian. Tak boleh terkasar sikit, hatinya cepat terasa, mudah terluka. Lagi satu, orang manja ni memang kuat nak melawan, terikut sangat kata hati dia, tak peduli dengan perasaan orang lain.
Kata saya: Hmm..lain macam aje bunyi tu. Rasa rasanya awak bukan bercakap tentang perempuan secara am. Tapi..tentang seseorang yang tertentu kan. Ini tentang Wani bukan? (senyum). Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan atau betina.
Kata dia: Mana awak tahu ye..? Hmm..betullah tu. Semalam kami bergaduh. Lebih tepat lagi, dia yang tiba-tiba cari gaduh. Tengah elok ketawa, tiba-tiba saja angin dia berubah. Terus nak balik. Saya langsung tak faham.
Kata saya: Mulut awak mengutuk, tapi hati awak tetap sayang pada dia kan. Orang lelaki pun aneh apa. Awak tak sensitif. Dia mungkin tak kata apa yang dia rasa, tapi kalau awak perhatikan reaksi dan tutur bahasa tubuh dia, pasti awak boleh cari apa yang bermain di fikiran dia. Kerana emosi kerap menyelinap masuk apabila dia berhadapan dengan orang yang penting dalam hidupnya, berhadapan orang yang rapat dengan nya dan bila berada dengan orang yang disayanginya.

Dia mungkin inginkan orang yang disayangi faham akan perasaan dan keinginannya. Dia mengharap bila seseorang dah rapat dengannya, orang tu dah mengenali dirinya sedalam dalam dan mampu membaca isyarat yang diberi. Bukankah itu tugas seorang teman dan orang yang tersayang?

Dia sebenarnya lupa yang sahabat, keluarga, teman atau kekasih juga manusia biasa yang tidak punya deria keenam untuk membaca fikiran dia. Dia mungkin terlupa yang orang yang disayanginya juga hanya manusia biasa yang ada masanya tenggelam dalam dunia pemikiran mereka sendiri. Isyarat boleh di salah tafsirkan. Kiasan boleh di salah fahami. Kata katanya juga boleh menikam hati orang lain. Dia terlupa bukan dia saja yang terluka.. Kalau awak sayangkan dia, pergilah meminta maaf walau bukan salah awak. 
Bukankah seorang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok? Jika di paksa dengan kekerasan untuk lurus, maka patahlah ia. Jika di lurut dengan lembut, maka luruslah ia sedikit.. :) Seorang perempuan itu marahnya seketika, rajuknya tidak lama andai dia dipujuk dan sayangnya akan mekar sepanjang zaman..
Kata dia: Mungkin awak betul. Terima kasih sebab sudi dengar masalah saya. Hmm.. awak tak nak jadi kakak ipar saya? Senang nanti nak mintak nasihat. kan, kan, kan?
***********
Dia memang nakal. Ketawanya masih terngiang ngiang di telinga. Tak habis habis dengan kerenah dia.
Tapi saya tak marah. Itu rencah asam garam kehidupan. Usik mengusik perkara biasa.
Saya sedar saya banyak kelemahan diri, masih memerlukan bimbingan dan kesabaran. Beri nasihat pada orang memang mudah, tapi bila tiba masa diri sendiri yang terkena, sukar untuk berfikir dengan tenang. Keputusan banyak bercampur dengan emosi. Sama saja dengan orang lain.
Hati ini..? Not available and not for sale.

Wednesday 26 December 2012

Di Pintu Syurga

Cinta di dunia hanya sementara
Cinta kepadaNya untuk selamanya

Sekukuh mana ikrar kasih kita
Setebal mana masih ada sempadannya
Akan tiba nanti…
harus ditempuhi
Apa daya kita melawan masa

Takdirnya dunia hanya sementara
Walau begitu cinta suci tuk selamanya
Ini realiti…
hilang tak berganti
Namun aku tahu kau dan aku
akhirnya kan kembali bersatu

Andainya ku pergi sebelum mu
Kaulah cinta pertama
dan terakhir untukku
Ku berjanji kan menantimu
Setia menunggu di pintu syurga

Di sana menanti gemilang cinta
Jadi lenyapkanlah titisan airmata
Tabahkanlah hati…mengharungi hari
Abadikanlah saat indah
kita kan tetap bersama
*******
(Elite v KRU)

Satu suara halus berbisik di telinga. Tubuhnya menggiggil. Jiwa bagai dirasuk. Adakah suara yang memanggil namanya muncul sekali lag? Tak mahu didengarinya suara misteri tersebut. Suara yang mengganggu ketenangannya lewat ini. Dicubanya menutup telinga sekedap mungkin. .
Namun suara kali ini bukan suara yang sama. Kedengaran seperti bacaan ayat-ayat suci al-Quran. Bisikan lembut itu seakan memberi kekuatan, menenangkan fikirannya. Di turunkan tangannya kebawah perlahan-lahan. Dibukanya deria pendengaran mencari arah datangnya bisikan itu.
Suara yang mendamaikan..

Tuesday 25 December 2012

Menunggu Bas


Dalam hidup ini ada 4 jenis orang yang menunggu bas.
1) Orang pertama: Seorang yang sentiasa menunggu tepat pada waktu dan tak pernah tersilap bas.
2) Orang kedua: Seorang yang sentiasa 'ter'naik bas yang salah.
3) Orang ketiga: Seorang yang tersedar dia di atas bas yang salah dan segera turun dari bas.
4) Orang keempat: Seorang yang berada di atas bas yang salah tapi masih tak menyedari. Terus duduk di atas bas sehingga ke penghujung destinasi.

Monday 24 December 2012

Ayat Ayat Cinta

Satu ketika dulu, saya paling tidak suka bila ada yang mengatakan saya terlalu lembut hati. Saya juga cukup tidak suka bila ada yang mentertawakan saya tanpa saya fahami apa yang menjadi bahan tawa.
Lalu saya mencuba untuk keraskan hati. Cuba untuk serius. Cuba untuk kelihatan lebih dewasa. Saya juga cuba untuk tidak terlalu mudah untuk rasa kasihan. Saya sangka saya telah berjaya. Namun tiba satu ketika, saya terpaksa mengaku kalah. Itu bukan diri saya sebenar.

Saya memang tidak pandai dan tidak tahu bagaimana hendak ikut rentak permainan hidup ini. Ada sesuatu yang tak mampu saya ubah: iaitu hati saya. Walau saya menukar cara saya bercakap, waima mengubah aspek luaran saya, saya tetap saya yang sama. Walau saya mampu sabar dan tidak melawan, waima saya kelihatan sedang ketawa, namun saya tidak sesekali mampu menipu diri sendiri tentang apa yang saya rasakan di dalam hati. Itulah yang jauh lebih menyeksakan.
Salah jangan dibiar, Silap jangan didiam..
Hati jangan sendiri, Kelak pasti memakan diri... 

Why is it that some people understands you better than those that are so close to you..?

Sunday 23 December 2012

Selepas Hujan Teduh



Andai ditanya banyak manakah airmata yang telah mengalir dari sepasang mata ini, pasti tidak akan ada jawapannya. Tidak akan tersukat. Yang nyata, jumlahnya pasti lebih banyak dari air hujan yang turun mencurah membasahi bumi. Mungkin juga lebih banyak dari air di Lautan Pasifik. Mengalir laju bersama seisi semesta yang bertasbih di penghujung malam..

Sesungguhnya Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Satu waktu diturunkan ujian yang amat hebat, hingga diri tertimbus di dalam selut. Seksanya mengumpul tenaga dan kekuatan jiwa untuk berenang ke atas, merangkak, bertatih dan berjalan semula.

Satu waktu yang lain pula, Tuhan hadiahkan matahari dan pelangi yang sangat indah hingga terhapus segala duka, terlerai segala bebanan. Roda kehidupan seakan berputar 360 darjah. Dari kepompong kesedihan, terbang keluar seekor rama rama dengan kepak pelbagai warna, hatinya penuh harapan, jiwanya penuh ketabahan. Dan kami ditemukan di satu selekoh kehidupan.

Andai hendak diukur berapa banyak cinta ini buat dirinya, pasti juga tidak akan terukur. Kerana cinta ini telah sebati. Rasa ini telah terpahat selama lamanya di hati. Pelbagai panorama kehidupan telah kami lihat dan lalui bersama. Tak mungkin akan goyah satu perasaan ini. Tidak mungkin juga akan terhapus oleh jarak dan waktu.

Mata memandang wajah sidia yang sedang memandu. Ada senyuman terlukis di bibir. Saya yakin pada dia..yakin juga pada perasaan saya padanya. Segalanya semakin nyata.

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat yang menggerunkan. Namun selepas hujan teduh, udara akan terasa lebih segar, flora dan fauna bangkit mekar dan harapan berbunga semula..
Dream..dream..dream..whenever I want you..All I need to do is dream..

Saturday 22 December 2012

Kekasih Hati..


Kini dalam hati telah ada seorang 'dia'.

Sedikit demi sedikit, dia memenuhi segala ruang di dalam hati. Dan semakin hubungan ini bertambah rapat, mendung hitam yang sarat dengan segala kisah duka seakan menipis. Warna warna pelangi, biarpun masih kabur mula kelihatan bayangannya di wajah.

Maaf.. kerana hati ini telah tidak sekuat suatu waktu dulu. Emosi adakala nya menjadi amat rapuh dan airmata pula menjadi murah sekali.

Terasa sayang pada si dia yang sebegitu sabar melayani segala kerenah dan rajuk yang sesekali hadir tanpa diundang. Bukan sengaja untuk merajuk, tapi pengalaman hidup yang lalu kerap menjenguk, membisikkan rasa ragu dan risau. Resah acapkali melanda jiwa dan itulah yang sukar ditenteramkan. Lebih lebih lagi kerana jarak dan waktu yang memisahkan.

Jika dia bertanya apa ertinya cinta, maka akan saya jawab: Cinta itu adalah segalanya berkaitan dengan awak.. dari saat kita bertemu hingga lah ke hari ini. Dan ianya tak pernah berkurang walau sedikit pun.

Benar..saya memang mencintai dirinya..

Friday 21 December 2012

Jauh Dan Semakin Jauh



Bintang itu jauh di langit tinggi, tak mungkin tergapai dek tangan.
********************************
Kata Yana: Susah susah sangat macam ni, apa kata kalau kita pergi jumpa dukun. Yana dengar ada seorang dukun tinggal kat kampung seberang sana. Yana tak pernah pergi . Namun ramai yang kata dia pandai buat minyak pengasih atau sesuatu untuk lembutkan hati.

Kata saya: Dukun? Maksud Yana bomoh? Yang macam kat TV kita selalu tengok cerita seram tu?

Kata Yana: Dukun macam tu lah. Pak Awang tu hebat dengar ceritanya. Ada kawan yang dah cuba, dia kata ubat Pak Awang tu berkesan. Suami dia yang selalu tak nampak bayang tu, lepas berubat, sekarang dok lekat kat rumah saja.

Kata saya: Hmm..Terima kasih le Yana. Sis tak nak buat cara tu.

Kata Yana: Kenapa pulak? Kita jumpa sekali saja. Lepas tu, kalau semua dah ok, tak payah le pergi situ lagi.

Kata saya: Yana tengok tak apa terjadi di akhir cerita dalam TV tu? Yana ingat penghabisan cerita tu macam mana?

Kata Yana: Itu cerita saja, sis. Orang TV saja tokok tambah untuk buat lagi seram. Pak Awang tu macam orang lain saja. Kalau takut, kita boleh pergi waktu siang.

Kata saya: Bab benda halus ni, minta maaflah ye, Yana. Sis tak setuju. Hanya disebabkan seorang lelaki, Yana nak sekutu dengan hantu dan setan? Bahagia nanti sekejap saja tapi lepas tu merana sampai mati dan sampai kiamat. Syaitan kan dah janji akan sesatkan manusia. Dosa yag ada ni pun tak tertanggung, inikan pula nak tambah lagi dengan bersekutu dengan syaitan. Maaf, tak boleh.

Kata Yana: Saya cuma cadangkan saja.

Kata saya: Sis faham. Dan tu sebabnya, sis tak marah Yana.
Adakala kita kena tapis apa yang orang katakan pada kita.
Dengan benda ghaib ni, kita tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Nak buat orang cintakan kita? Silap hari, Yana bukan bercinta dengan dia, tapi dengan setan yang masuk dalam badan dia.

Sis bukan baik sangat, Yana. Tapi Sis ni memang penakut. Sis tak mahu terpesong lebih jauh dari ajaran agama, walaupun untuk sesiapa sekalipun. Takut bila dah menyimpang jauh, nanti tak terjumpa jalan pulang.

Biarlah kalau ada yang sayang, sayang itu benar benar datang dari hati dia sendiri. Bukan dipaksa atau menggunakan tipu helah macam tu. Macam menipu dalam periksa: lulus tu pasti, tapi dalam hati terasa tak sama dengan bila lulus atas usaha sendiri.

Mungkin Yana rasa sis ni bodoh. Mungkin Yana betul. Mungkin sis ini seperti menunggu bintang yang tak akan jatuh dari langit. Sesuatu yang susah tapi tak mustahil.

Kata guru, kekadang kita perlu sabar dan yakin yang Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Pelajaran ni susah, apatah lagi buat sis yang memang bukan penyabar. Tapi bila sesuatu tu susah, lagi kita akan menghargainya kan?

Jom gi cari aiskrim, Yana. Sis belanja Yana ok? Tu lagi baik dari kita pergi buat benda benda tak berfaedah, kan.

Thursday 20 December 2012

Hati Yang Rapuh


Adakala hidup ini terasa amat sunyi sekali.

Mungkin telah tiba masanya kini untuk saya belajar semula menjadi kuat dan tabah.
Ia bukan kerana dia. Bukan juga kerana dia tidak mengendahkan saya. Malahan saya tahu yang dia sentiasa memikirkan dan menyayangi saya. Cuma, acapkali tiada berita darinya, saya akan berasa sunyi.

Saya tidak mahu bersedih. Saya tak mahu terlalu bergantung pada dia. Saya perlu menjaga hati dan diri saya sendiri, tanpa menyusahkan atau membuatkan dia risau. Sedari awal, saya memang tahu jalan yang saya pilih ini banyak onak dan duri. Akan ada masa-masanya, apabila perasaan sayang ini terlalu kuat, hati terasa seakan disiat-siat, perit menyapa kalbu. Adakala sukar untuk di sorokkan rasa ini dari dia.

Tuhan, kuatkanlah hati ini.
Mungkin dengan memenuhi ruang masa saya dengan pelbagai kerja, saya akan dapat mengikis rasa sunyi ini ke tepi. Memanjatkan doa, Tuhan, kuatkan lah hati yang rapuh ini. Saya amat merindui dan menyayangi dirinya.

Wednesday 19 December 2012

Hakikat Cinta


Kata orang, cinta itu lumrah. Keinginan untuk mengasihi dan ingin dikasihi.
Ada yang sanggup memburu, mengejar cinta hingga ke hujung dunia. Ada pula yang cuba melarikan diri dari cinta. Sedangkan ada segolongan lagi pula yang suka mempermainkan cinta untuk keseronokan sementara.

Kenapa mencari dan mengejar cinta?
Mungkin kerana hidup ini satu perjalanan yang panjang, penuh dengan pelbagai onak duri serta cabaran. Hati pula, walaupun kecil, mempunyai ruang yang teramat luas. Perjalanan yang sukar, pasti akan terasa lebih mudah bila ada teman yang memahami menemani diri. Kesepian pasti terisi. Luka dari onak duri ranjau perjalanan, ada yang akan mengubati. Sebegitu juga, akan ada yang sudi berkongsi suka dan duka. Hati jadi lebih ringan dan tabah.

Kata orang, cinta itu fitrah. Cinta itu menjanjikan keindahan, kepuasan dan kebahagiaan andai matlamatnya dicapai. Namun ada juga yang tersilap langkah, tewas dalam melayari alam percintaan. Mungkin kerana berlian dan kaca hampir sama kilauannya, lalu mata sukar untuk membezakan yang mana satu permata. Jauhari jadi buta.

Ada yang tidak sabar, memilih jalan mudah dengan segera mengambil batu yang paling bersinar dan paling menarik pandangan. Mereka lupa yang setiap sesuatu yang berharga itu amat payah diperolehi dan perlukan kesabaran serta pengorbanan. Tidak ada yang akan datang bergolek.

Cinta perlukan kesabaran dan kecekalan hati. Cinta itu juga harus ada yakin dan percaya. Adakalanya kita tidak faham cara mana Tuhan telah tentukan untuk kita. Kita tidak faham kenapa kita diketemukan dengan dia dan kenapa pada waktu kini. Adakala kita jadi lupa segala yang berlaku ada hikmah sebaliknya. Jodoh dan pertemuan di tangan Yang Maha Kuasa.

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi. Namun, ini bukan bererti tiada langsung peluang untuk kita gapai.

Inilah hakikat cinta.

Tuesday 18 December 2012

Tentang Dia II


Mereka memandang dia, ada yang iri, ada yang cemburu, ada yang ingin mendekati dia.
Saya memandang dia, kemudian saya mendengar dan cuba memahami perbualan mereka. Apa ada yang tidak kena pada dia? Kenapa dia dijadikan bahan perbualan negatif? Sedangkan ramai yang lain mendabik dada bercerita tentang kejayaan dan kekayaan mereka di dalam pertemuan itu.
Dia berbaju kemeja-T berwarna hitam dipadan dengan seluar jeans, kemas dan tidak berlebihan. Yang membuatkan dia berlainan mungkin senyumannya, tutur bicaranya yang lembut dan teratur serta perwatakannya yang tidak suka menonjolkan diri tanpa sebab. Sejuk mata memandang.
Tapi, dari desas-desus di belakang, nyata mereka tidak memandang dari segi itu. Kata mereka bajunya dari jenama terkemuka. Segalanya dari rambut hingga ke kaki malah kereta mewahnya semua dari jenama terkemuka. Tentu sekali mahal harganya. Ada yang mendekat, manalah tahu ada bahagian untuk mereka. Ada juga yang menjauh, berprasangka, mengatakan orang seperti dia hanya tahu membazirkan wang kerana banyak terlebih.
Nyata, dia yang saya kenali tidak sebegitu. Andai ada yang ingin bertanya terus kepadanya, pasti dia akan membidas apa yang mereka katakan. Dia hanya membelanjakan hasil usahanya sendiri. Menikmati apa yang telah diberikan Tuhan. Bukan bertujuan untuk menunjuk nunjuk tapi kerana keselesaan dan kemampuan dia. Padanya, barangan yang berjenama, tahan lebih lama dan berkualiti.
Isu pembaziran tidak wujud. Zakat harta pencarian tidak pernah sekali dia tinggalkan. Dia juga rajin menderma. Lantas apa salahnya dia menggunakan wang yang selebihnya untuk kepuasan sendiri? Siapa lagi yang nak menggunakannya? Tuhan telah memberikannya peluang untuk hidup serba mampu, jadi dia berhak untuk menikmatinya. 
Tiada istilah menunjuk nunjuk kerana dia sedar segala nikmat Tuhan boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja. Tiada istilah riak kerana dia membelanjakan wangnya bukan untuk perkara perkara yang haram. Bukan jua ke arah jalan yang tidak diredhai. 
Saya bertanya: "Mengapa tidak diterangkan pada yang lain seperti mana awak menerangkan kepada saya? Bukankah ianya dapat mengelakkan orang dari memandang serong dan berfikiran negatif pada awak?"
Kata dia, itu semua tidak perlu. Manusia boleh berkata apa sahaja, dia tahu siapa dirinya dan berpegang teguh dengan prinsip hidupnya. Untuk apa menjawab pada manusia, sedangkan Tuhan lebih Mengetahui apa yang ada di hati setiap insan. Dengan rendah diri, dia menyambung "Adakalanya Tuhan berikan seseorang kelebihan dari satu segi dan kekurangan dari satu segi yang lain untuk menguji hamba hamba Nya."
Saya terdiam.. Kagum dengan prinsip hidupnya. Walau saya tidak sesenang mana, saya juga tidak sesusah mana. Rezeki dan ujian Tuhan sentiasa ada, terpulang kepada cara penerimaan masing masing.

Hari ini satu lagi pelajaran telah saya perolehi. Walau saya tidak sesenang mana, saya juga tidak sesusah mana. Rezeki dan ujian Tuhan sentiasa ada, terpulang kepada cara penerimaan masing masing.
Tuhan, terima kasih atas segalanya. 

Monday 17 December 2012

Bawang


Adakala hidup ini seperti mengupas bawang
sewaktu kita mengupas selapisan demi lapisan
airmata kan mengalir deras.

Sunday 16 December 2012

Hati II


Apabila kita menggengam satu impian, mengejar satu mimpi dan memegang sebuah janji, jiwa menjadi kacau. Hati menjadi gundah. Airmata menjadi teman apabila keseorangan.
Namun, apabila kita menyerah kalah, membuang angan dan berhenti bermimpi, airmata menjadi kering. Tiada lagi tertumpah. Sakit tetap terasa, cinta yang telah terbina dengan berhati-hati, tidak mungkin boleh dilenyap dengan sekelip mata.
Hati berhenti membisikkan kata kata rindu, seakan simpati pada yang empunya diri. Atau juga mungkin hati telah terlalu lelah dengan segala permainan perasaan, lantas menjadi beku.
Adakah hati kini telah mengenal erti pasrah dan tunduk pada apa jua ketentuan Tuhan dengan sabar? Pasrah atau redha? Mungkin jiwa yang kosong sedang belajar bersabar dan cuba di isikan dengan mengingati Yang Maha Esa.
Hati tidak sekeras batu konkrit. Masih mampu berasa kasihan dan masih mampu terluka. Namun, hati ini juga tidak sekecil dulu. Ianya sedang berubah.
Adakalanya hati ini memang aneh.

Saturday 15 December 2012

Keteguhan Hati



Cinta sering menguji kekuatan hati dan emosi. Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan , maka kamu belum mengenali cinta dalam erti kata yang sebenar..
****************************
Dia kelihatan murung akhir akhir ini. Perlahan lahan saya duduk di sebelah dia.
Suasana sepi. Menunggu dengar sabar. Pasti dia sendiri akan bercerita bila dia telah bersedia. Cukuplah dia tahu yang saya ada di sini untuknya. Bukankah itu tugas seorang sahabat... berkongsi suka dan duka bersama.

Tiba tiba dia bersuara:
Saya tak mahu bercakap dengan dia lagi. Saya tak akan menelefon dia. Saya tak mahu lagi dengar suara dia sehingga nafas saya terhenti. Saya benci dia! Saya tak mahu lihat muka dia lagi..Jangan sebut nama dia depan saya lagi.

Saya tak akan meminta Tuhan untuk kuatkan hati saya. Hati saya memang sudah sedia kuat, tak akan goyah untuk seseorang seperti dia. Dia fikir saya akan menangis kerana dia? Tak mungkin! Dia bukan satu satunya lelaki dalam dunia ini. Maruah dan harga diri bukan sesuatu yang harus diperjudikan, bukan.

Dia diam seketika. Suasana sepi. Hanya kedengaran bunyi kenderaan yang bertali arus dari jalanraya menyedarkan kami akan realitinya kami tidak sendirian.

Perlahan dia bersuara kembali:
Cuma...ada sesuatu yang saya hairankan. Kenapa selama ini dia yang berusaha keras, tanpa mengenal jemu untuk meminta saya menyambut harapan dia dan kini dia yang akhiri semuanya secara tiba tiba. Kenapa selepas seluruh hati saya akhirnya terbuka untuk dia dan setelah saya memberi seluruh hati saya untuk dia , tiba tiba dia membisu, malah menjauhkan diri. 

Awak... Saya amat sayangkan dia.

Dia memeluk saya. Tangisan dan sedu sedannya memenuhi ruang. Saat ini tiada ucapan mahupun bicara dapat mengubat hatinya. Biarlah dia menangis semahunya dahulu, meluahkan segala rasa yang tersimpan. Walau kami sahabat, bukan hak saya untuk menuduh siapa benar atau siapa salah, kerana setiap situasi pasti punyai dua cerita dari dua sudut pandangan berbeza. Pasti ada sebab tertentu yang tak dapat dilihat hanya dari satu arah. Hanya bahu dan masa saya dapat saya hadiahkan buat seorang sahabat.

Dan Allah adalah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Friday 14 December 2012

Selama Ku Bisa Bertahan


Kata orang : Cinta pertama adalah cinta yang hadir dalam diri kita pada saat kita mula mengenal erti sayang dan rindu. Adakalanya ia bertahan, tapi acapkali ianya terlerai di tengah jalan. Hadir hanya untuk mendewasakan diri kita.
Cinta sejati pula adalah cinta yang unggul dan hadir mungkin sekali dalam seumur hidup. Tiba nya mungkin lewat namun datang dengan ikatan jiwa yang kukuh. Tak mungkin terlerai walau terpisah oleh jarak dan waktu.
Benarkah? 
************************************
Ku Ingin Kamu- My Chemical Romance-

demi semua yang aku jalani bersamamu
ku ingin kau jadi milikku
ku ingin kau disampingku..

tanpa dirimu
Ku hanya manusia tanpa cinta
dan hanya dirimu yang bisa
membawa syurga dalam hatiku

ku ingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani...

sentuhanmu
bagaikan tangan sang dewi cinta
yang berhiaskan bunga asmara
dan membuatku tak kuasa

ku ingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani...
di setiap arus gerak
tersimpan di hati kecilku
bahwa dirimu terindah untukku

ku ingin engkau menjadi milikku
aku akan mencintaimu
menjagamu selama hidupku
dan aku kan berjanji
hanya kaulah yang kusayangi
ku akan setia disini
menemani...
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas
selama tuhan masih mengizinkan
ku ingin selalu menjagamu
selama ku masih bisa bertahan
selama ku masih bisa bernafas..

Thursday 13 December 2012

Tag 1


1.Perasaan saya: menelan pilu, dangkal hatinya, buntu akalnya

2.Saya sedang mendengar : 'click' jemari pada papan kekunci 

3.Mungkin saya patut: mengikut saranan yang banyak saya sendiri berikan pada rakan

4.Saya suka: menulis, membaca sambil/tak sambil makan roti canai :) , minum tembikai laici :)

5.Sahabat-sahabat baik saya: sentiasa di hati dan di ingatan

6.Saya tak paham: banyak perkara, sangat-sangat banyak. Namun, sedang cuba mempelajarinya.

7.Saya kehilangan: diri, haluan dan senyuman saya pada satu ketika

8.Ramai yang berkata : memang ramai yang berkata-kata, mudah memberi nasihat seperti  memetik angin di udara. Namun, yang merasa tetap diri sendiri. Tiba masa membuktikan apa dikata dikota, tak ramai yang mampu melakukannya.

9. Ayat kegemaran saya: adakala :)

10. Cinta itu adalah : subjektif. 

11.Di suatu tempat: seseorang sedang berbual, ketawa, bahagia disamping keluarga, tanpa saya

12.Ayat 'SELAMANYA' membawa maksud : Berterusan. Tak berpenghujung.

13.Telefon bimbit saya: pembawa utusan rindu yang adakala melakar senyuman, adakala sepi tanpa kasihan

14.Bila saya terjaga dari tidur: jemari pantas menutup 'alarm' dan mata melirik waktu

15.Saya buntu: apabila semua jalan menemui jalan mati. tidak mampu bergerak.

16.Pesta/Parti adalah: seronok bila ada belon dan teman-teman yang rapat

17.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah : kura kura.. :)

18.Hari ini: terlalu pantas berlalu. terlalu perlahan hasilnya.

19.Malam ini saya akan: tidak melayan rasa. tidur selena mungkin.

20.Saya betul-betul inginkan: sesuatu...amin ...


Wednesday 12 December 2012

Jendela Rindu

Dia tentu dapat bayangkan apa yang saya lakukan saat ini. Memang telah jadi kebiasaan saya suka duduk di tepi jendela sambil membiarkan bayu malam menyapa pipi dengan lembut.

Mata masih memandang keindahan cahaya bulan sambil melayani persoalan hati..

Adakala malam seperti ini mendamaikan jiwa. Adakalanya malam seperti ini, mampu membuatkan diri jadi lemah. Terasa rindu tiba tiba menghimpit jiwa. Jauh. Dirinya amat jauh. Dan saya amat rindukan dia.

Rindu untuk mendengar usikan dia, rindu pada gelak dan tawa darinya, rindu pada senyumannya yang pasti akan mempamerkan sebarisan gigi putih beserta taringnya. Tersenyum bila membayangkan reaksinya setiap kali saya mengusik dia tentang 'siong' nya yang tajam. Bulan, adakah dia juga merindui saya saat ini?

Termalu sendiri bila memikirkan yang saya bercakap dengan bulan yang tidak bisa membalas kata. Saya mengalihkan pandangan ke laptop yang sedia terbuka. Jari menekan papan kekunci pantas dan dengan segera wajahnya muncul, dengan sebaris senyumannya.

Andai awak mampu mendengar keluhan hati saya,  ketahuilah ada seseorang yang amat merindukan awak di sini.

Kembalilah segera. Ke sisi.

Tuesday 11 December 2012

Biarlah


*******

Biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu..
Biarkanlah aku merindu untuk sekian lama..
Bukan maksud untuk membisu..
Sepi tanpa kata..

Mungkinkah bersama..
Dua jiwa ini..
Dalam mencari cinta sejati..
Mungkinkah segala derita dijiwa..
Akan terubat jua akhirnya..

**********
Kata orang mungkin ada hikmah di atas segala apa yang berlaku..
Kata orang lagi mungkin sudah tertulis di lohmahfuz yang segalanya akan terhenti di sini.
Namun airmata seakan tak mau berhenti mengalir
Bukankah hidup mesti diteruskan biar susah sekali manapun. Biar sedalam manapun luka
biar tak siapa pun bisa mengerti pedih yang tersimpan di hati
biar segala kesalahan tersandar di bahu
biarlah 

Monday 10 December 2012

Khatimah Cinta

Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam..
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi..

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu

Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi…

Sunday 9 December 2012

Rintihan Seorang Isteri II



Seorang isteri bercerita kepada saya:
Malam ini hati saya sebak seperti beratnya awan yang menanggung hujan. Malam ini saya ingin bercerita pada awak tentang rasa hati saya, tentang perasaan seorang isteri. Awak tak perlu berkata apa. Cuma dengarkan saja cerita saya.

Kalau awak nak tahu, saya menulis malam ini tanpa kebenaran dia. Tuan punya pc tidak tahu yang saya gunakan pc dia. Mudah zaman sekarang bukan, zaman teknologi maya. Apabila terasa hendak berbicara, cuma perlu 'on' kan internet dan cari sesiapa yang sedang online. Dan kebetulan malam ini awak ada. Maaf kerana saya memilih awak sebagai tempat luahan rasa.

Awak sedang buat apa? Oh, sedang menulis. Awak tentu pandai menulis. Saya, walaupun pelajar aliran sastera, memang tidak pandai menulis cerita. Kemampuan hanya setakat menilai hasil tulisan orang lain.

Awak tahu, dia seperti awak, suka menulis. Cuma sekarang ni saya jarang dapat melihat hasil tulisan dia. Bila ditanya apa yang dia tulis, dia akan marah. Buat apa nak marah. Bagi saya kalau marah marah maksudnya mesti ada sesuatu yang tak kena, betul tak?

Saya sebenarnya cuba berikan dia ruang untuk sendirian. Tidak terasak ke dinding.
Namun, saya tidak boleh terus berbuat demikian. Saya tak nak dia hanyut dalam dunia dia dan semakin jauh dari saya. Bukankah saya ada hak untuk tahu apa aktiviti dia? Bukankah saya sendiri tak pernah berahsia walau apa pun dengan dia. Kenapa dia pula yang harus berahsia?

Saya pernah tanya kepada dia apa yang dia tidak suka pada saya. Dia kata dia tak suka saya marah-marah. Dia idamkan suasana rumah yang tenang sentiasa. Namun, pernah kah dia ambil masa berfikir kenapa saya marah? Selalunya saya ni seorang yang sabar, tapi ada kalanya saya harus mengamuk untuk buat dia tersedar dari dunia dia. Dunia miliknya sendirian. Dunia dia yang sepatutnya adalah dunia saya juga.

Selalunya saya akan marah dalam diam.
Saya cuba tahankan dulu rasa marah saya sehingga anak-anak tidur. Namun, kerap kali bila anak anak telah tidur, waktu itu dia pun sudah tidur. Saya terpaksa diam dan simpan saja segala rasa tidak puas hati saya. Pendam dan terus pendam. Racun.
Hendak mendengar dia meminta maaf, memang amat sukar. Seolah-olah semuanya memang salah saya. Kadang kadang dia biarkan saya bercakap sendirian hingga air mata kekecewaan mengalir perlahan. Saya akan menangis semahu-mahu sehingga segala kesedihan terluah. Kosong. Akhirnya, saya yang akan memujuk diri saya sendiri.

Kadangkala bila perasaan menguasai diri, saya tidak mampu berbicara. Tidak mampu menyuarakan apa yang terpendam. Luput. Apa saya boleh buat adalah menulis dalam kertas dan meminta jawapan darinya. Apabila dia jawab, saya akan kupas jawapan yang dia berikan dan tulis pendapat saya pula.

Cebisan-cebisan kertas jadi pengantara. Awak mesti ketawa sebab semua ni seperti cerita zaman dulu-dulu. Dia pun mungkin juga sedang gelakkan saya dalam hati dia. Maklumlah saya ni buta IT dan walau sudah lama berkahwin masih tidak mampu memahami dia.

Saya cuma ingin dia bukakan hati dan jiwa dia untuk saya. Bukan dengan orang lain. Saya sangat sayangkan dia sehingga saat ini. Tolonglah awak. Khabarkanlah pada saya bagaimana saya boleh fahami dia dan buat dia cintakan saya..
***********************
Saya diam terpaku seketika. Fikiran terasa kosong. Menarik nafas dan melepaskannya perlahan lahan.

Angin malam menyapa dari celah jeriji besi tingkap. Sejuk...malam ini pasti hujan akan turun lebat. Panas terasa kepala.. jari menaip pantas menekan butang 'publish'. Saya tak mampu memberi jawapan, hanya mampu menyampaikan cerita. Mungkin ianya kan tiba pada yang ditujukan.. 

Saturday 8 December 2012

Sesekali


Sesekali
jadilah kawan yang mendengar
dari kawan yang hanya bercerita
ambillah masa
untuk memahami hati dan perasaannya

Adakala
dia juga seorang insan
 ada rasa takut
ada rasa bimbang
ada rasa sedih dan kecewa

Dia juga ada kelemahan
 ada masanya memerlukan kawan
 untuk memberinya kekuatan
serta membantu dia melawan kesedihan

Dia tertawa riang
namun sesekali dia juga tak setabah yang kita sangkakan
di sebalik senyuman
mungkin ada cerita sedih yang ingin diluahkan
di sebalik damai wajah
mungkin tersimpan seribu kekalutan

Adakala
kita perlu jadi sahabat
yang bersedia mendengar seperti dirinya

Friday 7 December 2012

Gelisah


Jam tangan sudah menunjukkan pukul 7.30 malam. Terlalu pantas rasanya masa berlalu.
Tap tup tap tup. Akhirnya, hari Sabtu tiba juga. Dia menatap wajahnya di cermin. Rambutnya sudah hampir menutup telinga. Kerana terlalu menghitung hari untuk bertemu Laila, dia jadi terlupa untuk ke kedai gunting rambut. Harap-harap Laila tidak perasan.

Kali ini walau apa pun terjadi, dia nekad tidak akan lari. Ini janji dia pada dirinya dan kawan- kawan alam maya di muka bukanya. Setelah makan malam ini selesai, dia akan balik dan kongsi setiap detik pertemuan antara dia dan Laila dengan mereka. Pasti mereka ternanti-nanti kepulangannya untuk mendengar episod berikutnya. Diari perjalanan cinta seorang dia.

'Maafkan saya. Saya harap saya tak terlewat', satu suara halus lembut menegur, memutuskan angannya. Gugur jantung dia bila mendengar suara halus Laila menyapa dari belakang. Laila! Laila sudah tiba. Dup dap, dup dap. Jantung seakan belum berhenti berlari. Dia menoleh perlahan lahan.

Ceh..itu bukan Laila. Seorang gadis berambut pendek tersenyum riang menyapa lelaki yang berada di belakang dia. Mana Laila? Jangan-jangan Laila tidak jadi datang.

Tidak! Tidak! Laila pasti akan datang. Bukankah masih awal lagi. Hmm..sudah pukul berapa ye. Dia memandang jam tangannya. Oh! Sudah lebih 5 minit. Ah! Dia memang lelaki malang. Nampaknya Laila tidak datang. Senyuman bertukar muram.
Dia memandang ke arah gadis berambut pendek tadi yang kini rancak berbual bersama teman lelakinya. Usik mengusik, manja. Alangkah bagusnya kalau dia dan Laila berada di tempat mereka itu.

'Cantik sungguh cuaca malam ini bukan.' kata teman lelaki gadis berambut pendek. ' Awak tengok sana tu. Bulan mengambang penuh dikelilingi serangkaian bintang. Lama tidak lihat pemandangan seperti ini'

Dia turut mengalihkan pandangan melihat ke arah langit. Benar. Cantik sekali langit malam ni. Hampir sebulan, cuaca sentiasa mendung apabila tiba waktu malam. Langit gelap pekat dan udara terasa sejuk hingga ke tulang putih. Namun malam ni suasana begitu lain sekali. Indah.

Tiba tiba pandangan dia tertumpu pada sesosok tubuh yang menghampiri. Rambut yang panjang ditiup mesra, terbuai oleh bayu malam. Semakin hampir. Sebuah senyuman manis yang semakin menyerikan satu wajah itu. Laila.

'Hai, awak. Maafkan lah saya kerana terlambat. Ada kawan datang ke rumah saya tadi.' suara lembut Laila menghilangkan segala keresahan dan menyejukkan jiwa. Hilang gelisah. Tidak mengapa Laila, seribu tahun pun sanggup ditunggu semata-mata untuk melihat senyuman dan mendengar suaramu.

Sesaat fikiran menjadi kosong-sekosongnya. Tenang bagaikan air ditasik.
Laila, Maafkan saya. Saya rasa saya benar-benar telah jatuh cinta padamu, Laila.

Thursday 6 December 2012

Selamat Malam Alam..


Selamat tidur pohon pohon hijau
Kerana malam telah lewat
Rapatkanlah daun daunmu
agar dapat menyelimutimu dari kesejukan malam..
Dan biarkan lah ranting ranting dahanmu istirehat..

Supaya esok.
Dirimu bisa bangun
Dan bersedia hadapi sinaran mentari
Dan tegak menahan diri
Menentang pembangunan yang kian menjadi jadi

-Marzukie Ali-

Wednesday 5 December 2012

Hati IV


Hati seakan bongkah salji yang mencair.
Bermula dengan rekahan kecil, perlahan-lahan meretak, menitis, sehingga akhirnya mengalir deras seperti sungai. Melimpah, menenggelami, membanjiri seluruh jiwa dan jasad. Membasuh bersih segala kesedihan. Damai.
Hati tidak lagi beku. 

Tuesday 4 December 2012

Baik



Saya tunduk dan diam sebentar.
Tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-kata pujian dia tadi.
Memang saya senang bila berbual dengannya. Terasa dekat dan hampir dengannya
Namun,  pada masa yang sama wujud perasaan tidak selesa. Tak tahu bagaimana hendak diterjemahkan satu rasa ini. Mungkinkah ianya adalah rasa malu?
Rasanya seperti bila seseorang memuji kita dikhalayak ramai. Atau mungkin juga saya takut seandainya saya sebenarnya bukan seperti apa yang dia sangkakan.
Saya tidak sebaik itu ...

Monday 3 December 2012

Umpama Mimpi Dalam Mimpi


Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalir darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara..

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu
Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi
Umpama mimpi dalam mimpi...

Sunday 2 December 2012

Bayangan Mu


Sejauh mana dapat kita berlari
Sejauh mana dapat menghindari
Dari kerinduan bila berjauhan
Sering datang di mataku

Deburan ombak mengganti suaramu
Nyanyian camar lagu untukmu
Tapi aku sepi hilang pengganti
Hanya tinggal dalam penantian abadi

Kasih sayang tiada erti
Bila membakar diri sendiri
Apalah kerinduan andai tiada..
Kesetiaan

Di batas ini kita berdiri
Basah matamu mengharu hati
Ini pengorbanan ini ketentuan
Apa yang kini ku miliki bayangmu

Kasih sayang tiada erti
Bila membakar diri sendiri

Saturday 1 December 2012

Cermin 7


Bermula dari saat itu, setiap malam kami akan berjumpa selepas semua orang telah pulang ke rumah masing-masing. Ada saja topik perbualan yang dimulakannya. Adakala dia berkongsi tentang pengalaman dan cabaran yang dia hadapi sepanjang hidupnya. Adakalanya pula, dia akan membuka topik tentang sejarah negara atau paling tidak tentang lagu dan muzik. Tak ada satu saat pun dia akan biarkan waktu berlalu dengan sia-sia.

Ada waktu nya juga, seperti pada malam ini, dia mengajar saya tentang kereta. Saya tidak langsung diberi peluang untuk memilih topik. Dan saya juga tidak kisah. Kata dia, saya akan faham tujuannya memilih topik tersebut bila tiba masa sesuai nanti. Pada saya, semua itu tidak penting. Saya cuma suka waktu yang saya habiskan bersama dia.

Malam ini, kami pergi ke workshop kawannya, tidak jauh dari tempat saya bekerja. Tujuannya, belajar cara cara membersihkan enjin dan kenal bahagian bahagian yang ada di dalam sebuah kereta. Susahnya. Kata dia, orang perempuan hanya tahu bawa kereta saja, tapi tak pernah nak ambil tahu cara untuk menjaga kereta. Ceh.

Dalam mendengar segala apa yang dia ajar, saya memandang wajahnya. Dia memang kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila dia senyum. Adakalanya pula dia  nampak berusia. Hidup dia pasti banyak dugaannya juga. Saat seperti ini, saya jadi risau dan bimbang tentang dia. Tuhan, panjangkanlah umur dia. Bukan kerana saya takut tidak habis belajar lagi dengan.

Namun, kerana dia satu satunya insan yang paling rapat dengan saya waktu ini. Saya takut saya juga akan kehilangan dia sebagaimana semua orang yang rapat dengan saya telah pergi dari hidup saya. Tidak, perasaan ini bukan cinta.

Saya sayangkan dia seperti sayang seorang murid pada seorang cikgu, sayang seorang adik kepada seorang abang. Tidak salah, bukan?

Tiba tiba dia menoleh dan memandang saya dengan pandangan yang sukar saya tafsirkan. Di campakkan sehelai kain pengelap ke arah saya. Dia tersenyum 'Jangan fikir yang bukan-bukan. Saya tidak akan ke mana-mana. Mari sini dan lap bahagian enjin sebelah kiri sana. Kita ada 15 minit saja lagi'.

Saya balas senyuman dia. Ah, dia seperti tahu saja apa yang saya fikirkan. Yang nyatanya dia mengajar saya kembali menjadi diri saya yang dulu. Saya tidak menangis lagi dan setiap malam, saya kini mampu tidur lena tanpa perlu pertolongan sebarang pil.

Hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk kita berhenti hidup.
Biarlah hati terus berbicara tentang rindu, tentang sabar dan tentang hari esok.

Friday 30 November 2012

Maafkan Saya



Dalam meniti hidup ini
adakalanya terasa buntu dengan segala masalah..
namun diri merasa beruntung kerana..
masih ada yang sudi memahami.
sebagaimana saya mengharapkan keikhlasan dan kejujuran darinya,
begitulah juga dengan dia.

Tapi ada kala saya alpa
saya cuma mengambil kira tentang perasaan saya
saya merajuk bila dia tidak menepati janjinya
tanpa memberi dia peluang untuk menerangkan keadaan sebenar.

Saya sering terlupa
saya juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
saya juga ada janji yang tidak dapat saya tepati
saya juga pernah tidak menjawab soalan-soalannya
membiarkan dia risau dan tertanya tanya
waktu itu, saya terlupa yang dia juga terasa
seperti saya, dia tentu ada rasa kecewa, rasa berduka.

Saya ada waktunya terlupa
dia sentiasa berada di sisi sewaktu saya memerlukannya
dia sentiasa bersedia mendengar luahan rasa saya
segala rasa kecewa, rasa takut, resah yang bersarang
segala harapan dan impian yang saya luahkan
malah dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
selalunya bila terlalu asyik menceritakan tentang diri saya
adakala terlupa sahabat saya juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama.

Apabila dia tersilap kata, tersilap bicara
saya mudah merajuk, sukar untuk cuba berada ditempatnya.

Maafkan saya
kerana adakala terlalu mengikut kata hati
hingga terlupa menjaga hati seorang teman.
Maafkan saya sekali lagi.

Thursday 29 November 2012

Sepinggan Nasi

Jika
sewaktu terasa lapar
kita diberi sepinggan nasi
yang kita pasti baik untuk diri kita
mengenyangkan
berkhasiat.

Mengapa
kita masih berlengah
cuba mencari alternatif yang lain

Takut
kerana
terlalu ingin mengejar kelazatan lain
kelak, nasi itu akan basi
dan kita tidak boleh memakannya
dan perut terus kelaparan

Wednesday 28 November 2012

Tak Mungkin Kerna Sayang


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Tuesday 27 November 2012

Lebarkan Sayapmu


Cemburu itu perlu tapi jangan hingga keterlaluan.
Cemburu yang keterlaluan akan membuat kita mengawal setiap pergerakan dan tingkah laku dia. Bibir dengan mudah akan mengeluarkan undang undang dan larangan. Ibarat burung yang terkurung didalam sangkar: tubuhnya ada, semangatnya hilang. Jika terlepas bebas, pastinya akan dilebarkan sayapnya dan tidak mahu kembali lagi.

Andai sebaliknya dia diberi kasih, sayang, perhatian dan kepercayaan, walau sayap kecilnya mampu membawa dia terbang hingga ke hujung dunia sekalipun, hatinya kan kekal milik kita. Dia kan pulang menunaikan janji semalam..

ADA UNTUKMU..
Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Tanpa janji yang puitis
Untuk persembakan

Hanya ketulusan
Sekeping hati suci
Aku kan berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku

Aku…kan berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku…kan sayang dirimu
Biarpun nafas ku sampai terhenti
Akan ku kota janji kita
Mendirikan Tajmahal cinta
Seteguh kasih..
Shah Jehan kepada Mumtaznya..
Terasa indah pabila berdua

Aku..kan berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku..kan berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku..Sayang padamu
Biarpun nafas ku sampai terhenti..

Akanku kota janji kita
Mendirikan Taj mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya
Itu lah janjiku..

Monday 26 November 2012

Sejiwa



Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang

Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa

Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu

Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu

Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya

Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya

Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa


-Spring-

Sunday 25 November 2012

Pengertian Hidup

kekosongan melanda..meresap angan di dinding hati
****************************************
Kata A: Dia pergi dulu bukan sebab dia tak sayangkan awak, namun kerana Tuhan lebih sayangkan dia. Lebih dari kita semua sayangkan dia. Lagipun, lambat laun kita pasti akan berjumpa dengan dia semula. Sebab itu, kita kena selalu doakan agar dia lepas dari azab kubur, lepas dari azab Masyar, lepas dari azab neraka. Sementara tu, kita kena teruskan hidup kita.

Kata saya: Bercakap memang senang. Awak tidak berada di tempat saya.

Kata A: Ini kenyataan. Hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk hidup ini turut terhenti. Mengalah, menangis, merintih dan tak bercampur orang. Kita hidup di dunia ni pun bukan untuk selama lamanya. Entah esok lusa, giliran kita pula untuk kembali kepada Tuhan. Awak ingin orang lain pula menangis dan merintih merindukan awak seperti apa yang lakukan sekarang?

Sebenarnya kehidupan dan kematian tak sejauh yang kita bayangkan, hanya terpisah oleh satu garisan saja. Senyumlah. Masih ada yang sayangkan awak di sini.

Saturday 24 November 2012

Kerana Laila


Kring..kring..kring..
Dap.dup..dap..dup..
Kring..kring..

Angkatlah, angkatlah. Oh. Sudah pukul 11.00 malam. Mungkin dia sudah tidur. Hampa.
'Hello..' tiba-tiba satu suara halus lembut kedengaran. Hampir sahaja terlepas peganganku di telefon.
'Hello', Maaf sebab saya telefon awak lewat malam sebegini.' Dup. Jantung seakan gugur serentak dengan ayat yang terkeluar lancar dari mulutku.

'Mmm. Maaf sekali lagi kalau saya mengganggu awak sedang tidur. Sebenarnya, saya cuma nak  mm... saya ingat ... saya nak ajak awak keluar makan malam dengan saya hari Sabtu depan ni. Itupun kalau awak sudi.' Tiba-tiba saja mulut aku ni jadi lancar. Ajaib sungguh.

Laila masih tak bersuara. Diam.

Aku cuba bertenang, dan meneruskan kata kata : 'Awak tak perlu bimbang. Saya uruskan semuanya. Awak cuma perlu kata yang awak setuju saja.' .

'Baiklah. Saya setuju..' suara merdunya kedengaran menjawab sambil tertawa kecil.

'Ok. Kalau begitu, kita jumpa hari Sabtu nanti ye. Nanti saya ambil awak pukul 8.00 malam  depan stesen LRT yang kita jumpa selalu tu'. Kataku keriangan. Ye, dia setuju!

Pantas aku bergerak ke meja komputer. Tak sabar rasanya nak beritahu Lan dan Amin yang memang online menunggu berita dariku dengan setia. Tangan ku segera menaip pantas di papan keybord.

BARU SAJA HABIS BERCAKAP DENGAN LAILA DI TELEFON SEBENTAR TADI. DIA SETUJU KELUAR SABTU DEPAN! HUH..HUH..HUH.. JANTUNG NI MASIH BERDEGUP KUAT. RASA MACAM TAK PERCAYA !

Dan aku terus menceritakan segala perbualan kami tadi pada rakan rakan alam mayaku. Reaksi mereka berbagai: terkejut dan mungkin tidak percaya pada keberanianku serta turut gembira untuk aku. Terima kasih semua. Terima kasih sangat-sangat. Pelik, dengan hanya membaca kata-kata dari mereka, aku seperti mendapat semangat dan kekuatan baru.

MACAM TAK PERCAYA SAJA KAN. ORANG YANG SETERUK AKU NI AKAN KELUAR MAKAN MALAM DENGAN SEORANG PEREMPUAN SECANTIK LAILA. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN SEMUA. TANPA KAMU, PASTI SEMUA INI TAK AKAN JADI KENYATAAN.

KALAU KAMU NAK TAU, SECARA JUJURNYA, AKU SEBENARNYA TAK RASA YANG MAKAN MALAM SABTU INI SATU TEMU JANJI. RASANYA LAILA HANYA SETUJU KELUAR DENGAN AKU HANYA SEBAGAI MEMBALAS BUDIKU TEMPOH HARI. AKU MEMANG  SUKA SANGAT PADA LAILA.
TADI SEMASA KAMI BERBUAL, BIAR HANYA MENDENGAR SUARA LAILA, AKU RASA SEGALA KERESAHAN TERBANG, HILANG. AKU RASA KALAU KAMI BERTEMU SEKALI LAGI, AKU PASTI AKAN BETUL-BETUL JATUH CINTA PADA LAILA. TIADA U-TURN.
MUNGKIN MALAM TU NANTI, LAILA AKAN KATAKAN YANG DIA TELAH ADA TEMAN LELAKI. KALAULAH AKU BENAR BENAR DAH JATUH CINTA DENGAN DIA, AKU PASTI AKAN KECEWA. WALAUPUN SEMUA NI HANYA SATU KEBARANGKALIAN SAJA, TAPI AKU BOLEH BAYANGKAN SEKARANG NI BAGAIMANA SAKIT NYA PERASAAN KALAU APA YANG AKU BAYANGKAN BENAR-BENAR JADI.

Alangkah anehnya perasaan ni. Sekejap gembira, sekejap sedih, sekejap ragu ragu. Ini semua kerana seorang Laila.

Friday 23 November 2012

Bidadari


Aku terasa ingin saja bangun dan menumbuk muka orang yang mabuk itu kerana melanggar gadis tu hingga terjatuh. Tidak! Aku tidak boleh buat begitu! Aku seorang yang pasif. Aku tidak suka bergaduh! Aku juga tidak suka mencampuri hal orang lain.
Si pemabuk tiba tiba bangun dari kerusi, perlahan lahan dan terhoyong hayang merapati gadis tersebut. Di marahinya si gadis dengan kata kata kesat. Uhh... dari sini saja aku boleh terbau betapa busuknya nafas pemabuk itu. Tentu saja lagi teruk baunya pada sigadis kerana dia berada paling rapat. Si gadis terbatuk batuk halus.

Aku tak tahan lagi. Tanpa aku sedari aku bangun dari tempat dudukku dan berjalan ke arah mereka. Aku terus memegang tangan si pemabuk yang seakan mahu menampar si gadis. Aku benci pada orang yang suka membawa masalah! 'Hentikan!' jeritku. Suasana menjadi sepi seketika. Apa! Akukah ini yang begitu berani mencampuri urusan orang lain? Aku sendiri tidak percaya!

'Lepaskan!' bentak si pemabuk. ' Tidak! Aku tak akan lepaskan' jeritku. Sudah gila agaknya aku. Aku masih memegang kuat tangannya. Dia umpama gergasi dan aku hanya aku yang 2 kali ganda lebih kecil saiz darinya. Seperti dalam cerita kartun, sekali jika dia tumbuk aku, pasti aku akan terpelanting kuat ke dinding.
Aku cuba mengukuhkan pegangan pada tangan kanannya. "Hentikan! Hentikan' jeritku lagi. Si pemabuk semakin berang, dicubanya memukul aku. Aku mengelak sambil cuba bertahan.

Si pemabuk menghayun tangan kirinya ke atas, ingin memukulku dengan segala upayanya. Malangnya, hayunannya telah kali ini terkena pada kepala gadis cantik itu. Aku terus melepaskan tangan si pemabuk dan bertanya pada si gadis:  'Awak tak apa apa?tanyaku. Pandangan si gadis amat lembut seumpama bidadari. Tidak ada walau segaris kemarahan pada wajahnya.

'Kau!' suara seperti halilintar itu mengejutkan aku. Oppss.. alamak! aku telah terlupa pada gergasi mabuk tadi. Aku menoleh.. lututku menggigil. Dia mengangkat tangan hendak memukulku. Aku terus menutup mata rapat rapat. Menunggu tangannya menghentam pipiku. Matilah aku kali ini. Mati sebelum aku sempat mengenali bidadariku.

Thursday 22 November 2012

Hero 0.5



'Sebenarnya ini bukan seperti kamu semua sangkakan. Buat pertama kalinya, seorang gadis cantik mengucapkan terima kasih pada saya. Bagi saya, inilah saat yang paling bahagia dalam hidup saya.

Saya seorang lelaki yang tak pandai hendak meluahkan perasaan melalui percakapan maupun tulisan. Tapi kali ini biarlah saya cuba jelaskan pada kamu apa yang saya rasa..

Semuanya bermula sewaktu saya ke Bandar X untuk mencari software tambahan untuk komputer saya. Dalam perjalanan pulang, ketika didalam LRT, seorang lelaki tua yang kelihatan mabuk telah naik sama dan mula bercakap merapu.

Ketika terhuyung hayang berjalan sambil mencari tempat duduk, tangannya telah terpukul kepala seorang gadis. Bukan di minta maaf, malah di tengkingnya pula gadis tersebut dengan kata kata kesat. Tiba tiba saya jadi berang dan tanpa saya sedari, saya bergerak ke arah mereka dan terus memegang tangan si pemabuk...'


Aku terus menulis dan menulis tentang segala yang berlaku. Bila aku selesai menulis, jam di dinding menunjukkan 11.55 pm. Rasanya seperti terlampau banyak perkara yang berlaku 'buat kali pertamanya' pada diri aku hari ini.

Tuhan, baru kini aku terasa sangat penat. Dalam pada itu, hari ini juga adalah hari paling indah dalam hidupku. 

Wednesday 21 November 2012

Dua Insan -M Nasir

Yunizar:
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh! sayang

M. Nasir:
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu

Walau duri halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Yunizar:
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Duet:
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Yunizar:
Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Tentu jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

M. Nasir:
Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai
Dalam Syurga

Yunizar:
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh! sayang

Duet:
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Tuesday 20 November 2012

Emosional



Kata orang, susah kalau dapat seorang teman wanita yang emosional. Hatinya mudah tersentuh, mudah untuk merajuk.

Tapi kalau kena dengan caranya, wanita emosional adalah antara yang istimewa untuk dicintai kerana dalam rajuknya ada sayang dan ada manjanya. Layanilah dia dengan lembut dan penuh kasih sayang, kerana bila dia sudah menyayangi seseorang, sukar untuk dia beralih arah pada cinta yang lain.

Memang adakalanya dia sangat kuat merajuk, malah sangat mudah juga untuk menitiskan airmata bila perasaannya tersentuh, namun si dia ini berani dan tidak jemu untuk meluahkan rasa cintanya pada orang yang disayangi.

Si dia ini juga mempunyai kelebihan dari segi gerak hati. Dia mampu membaca perasaan orang disekelilingnya dengan tepat..sama ada orang yang disayangi sedang gembira, bersedih, tensyen atau risau tentang sesuatu.

Kelemahan wanita emosional ini ialah pada situasi situasi yang membabitkan soal peribadi, dia langsung tidak yakin pada dirinya. Sering teragak agak terutama sekali bila dia perlu buat keputusan tentang masa depannya. Dia ada kalanya mudah merasa rendah diri dan terasing bila berada dikelompok orang ramai yang tidak dikenali.

Sensitif, kaya perasaan dan mudah mengalirkan air mata menyebabkan dia mudah dipengaruhi oleh orang orang yang sedar akan kelemahannya. Dia mudah menyalahkan dirinya sendiri kerana perasaannya senang tersentuh dan rasa bersalah. Ini menyebabkan si dia juga lebih suka bersendiri. Hanya orang orang yang memahami si dia dan boleh bersabar, yang akan dapat rapat dengannya.
Berbaloi, bukan?