Sunday 23 May 2010

Semangat Yang Hilang II



Andai masanya telah tiba, Tuhan akan bukakan hati seseorang itu untuk bersedia menerima cinta. Hijab yang selama ini labuh melindungi hati dari panahan cinta, akhirnya akan tersingkap..
******************************
Di ruang depan bilik tamu, kelihatan jenazah terbaring dengan diselimuti kain batik lepas. Memberi ruang kepada keluarga, sahabat dan taulan untuk melihat wajah jenazah sebelum dia diusung ke tanah perkuburan. Sesekali terdengar suara esak dan tangis bersulam bacaan surah yasin. Kematian...kesedihan bagi mereka yang ditinggalkan.

Dengan langkah yang longlai dan lutut yang seakan tidak mampu menampung tubuh, saya bergerak menghampiri jenazah. Mengalihkan dengan perlahan lahan kain batik yang menutup wajahnya. Luruh terasa jantung. Dia kelihatan seakan sedang tidur..Yang membezakan hanya wajah yang pucat tanpa darah, dan hidung yang telah ditutup dengan kapas sebagai bukti yang dia telah tiada.

Airmata mengalir tanpa dapat ditampung lagi. Deras dan laju seperti aliran air sungai selepas hujan lebat.
'Bangun..bangunlah awak. Bukankah awak telah berjanji tidak akan tinggalkan saya sendirian.. Bukalah mata awak..' Dan saya terus memeluk sebujur tubuh yang tak bernyawa itu lagi.
Saya tidak ingin hidup tanpa dia.. Tuhan, saya benar benar tidak ingin meneruskan perjalanan ini tanpa dia..

Sunday 16 May 2010

Warkah Terakhir




Awak..
Saya tahu awak sayang saya..dan saya pun sayang sangat kat awak
Saya tahu, saya selalu tanya kat awak,"awak, awak sayang saya tak?". Dan saya gembira setiap kali awak bila awak jawab ye. Awak tahu kenapa saya suka tanya soalan ni? Sebab.. awak jauh dan.. saya ingin sangat rasakan yang hati awak masih tetap seperti selalu, tak akan pernah berubah..

Awak tahu,
Setiap kali saya teringat kat awak, semua kenangan kita berdua pasti akan muncul kembali.
Ada kenangan yang akan buat saya tersenyum dan ketawa, dan ada juga yang buat saya sedih. Tapi..secara keseuruhannya saya bahagia dengan awak..Walaupun kadang-kadang ada perselisihan faham antara kita, tapi kita tahu macam mana nak selesaikan masalah timbul. Rasanya itulah yang buat kita dapat bertahan..

Awak, awak tahu..
saya banyak berfikir akhir akhir ni..hidup ni memang bukan macam novel yang akhir ceritanya ada ayat 'they live happily ever after. Hidup ini memang tak selalunya indah.. tapi inilah saja kehidupan yang saya ada. Dan kehidupan ni terasa lebih bermakna sejak awak ada.

Hari ni hati saya terasa sedih ..
terasa sangat sangat sedih.
Izinkan saya minta maaf kat awak.
Saya rasa nak menangis lagi tapi saya akan cuba tahan.
Tak ada siapa untuk saya ceritakan segala rasa yang terpendam: sakit , sedih, rindu, sayu ini.. saya terasa yang saya tak mampu jadi sesempurna yang awak inginkan.

Awak tahu..
Saya ingin awak selalu ada dengan saya. Saya tak mahu awak jauh. Tapi..saya tak mampu buat awak memilih saya....

Awak,
andai ini memang penghabisan cerita kita, saya nak awak tahu yang awak memang..yang terbaik dan teristimewa. Tapi bila awak terasa hati..hingga tak mahu bercakap dengan saya, saya benar benar terasa yang saya selalu sangat menyusahkan awak. Sentiasa buat perkara yang silap...kan.

Jika saya boleh memilih, tentunya saya inginkan hubungan kita kekal selama-lamanya. Tapi.. saya tak mahu susahhkan awak lagi.

Seharian saya menangis.. dan saya tak mampu lagi nak menangis.
Saya tak mahu lagi merasa.. kerana saya sedar sekarang ini..awak sebenarnya bagaikan bulan.. susah untuk saya capai dengan tangan...

Mungkin saya patut berhenti bermimpi agar hati saya tidak terus retak.. Saya sayang awak sangat sangat... tapi bila ada selisih faham, awak terus menghukum saya...

Saya cuma ingin awak tahu..,
yang saya terlalu berharap awak menjadi sebahagian daripada hidup saya kerana tiada yang lain selain awak.
Saya juga ingin awak tahu, selama ini awak adalah nadi kekuatan saya. Awak adalah yang terbaik untuk saya. Saya sayang awak.. tapi hari ni saya jadi langsung tak kuat.. bila kita gaduh sekali lagi..

Awak pernah kata saya seorang yang tabah dan kuat..tapi sekuat manakah saya sebenarnya..?
Adakalanya kita harus melangkah pergi bila kehadiran kita hanya mengganggu kebahagiaan orang lain..

Friday 14 May 2010

Harapan



setianya cinta bila hati dibaja,
setianya sayang, bila hati tak bergoyang...
****************************
Kata pujangga: Seorang wanita tertawa bila ia mampu dan menangis bila dia inginkan sesuatu dan tidak memperolehinya. Apabila dia memiliki apa yang dia hasratkan, dia ingin pula memiliki segala galanya. Hmmm..

Yang nyatanya ramai wanita yang anggap alam perkahwinan ini pengakhirannya seperti dalam kisah kisah dongeng: setelah berkahwin dengan orang yang dicintai, segalanya akan berakhir dengan bahagia. Pada saat akad nikah dilafazkan, seorang wanita menyimpan impian yang tinggi menggunung. Mendambakan seorang suami yang sentiasa membelai, menyayangi dan memanjakan dirinya. Ternyata impian dan kenyataan adalah dua perkara berbeza.

Semua pasangan yang berkahwin pasti ada masa suramnya. Bila tiba saat suram, yang penting harus sabar kerana manusia ini masing masing ada hati , perasaan dan kebiasaan yang dibawa dari zaman sebelum berkahwin. Yang penting jangan mudah meyerah kalah dalam mencari penyelesaian pada masalah yang dihadapi.

Bukankah perkahwinan itu satu lagi pelajaran dalam kehidupan yang hanya Allah saja mengetahui penamatnya?