Sunday 18 November 2012

Mimpi


Kebelakangan ini, semangatnya terasa lumpuh. Tidur malamnya juga sentiasa terganggu. Malam tadi dia telah cuba untuk tidur awal. Namun tepat jam dua pagi, tiba tiba dia tersedar, dikejutkan oleh sebuah lagi mimpi yang menakutkan. Kata orang tua-tua mimpi sedemikian itu tandanya sesuatu yang tidak baik akan menimpa.

Dia bermimpi memegang sebuah balang kaca. Balang tersebut terlepas dari pegangan tangannya dan jatuh ke lantai. Pecah berderai. Apa kah ini satu lagi petanda buruk menghampiri dirinya?

Namun bukankah mimpi hanya sekadar mainan tidur. Dia tak mahu terlalu percaya. Mungkin ini semua disebabkan kerisauan yang mengganggu fikirannya, maka minda di bawah sedarnya telah mewujudkan mimpi-mimpi sebegitu.

Namun bukankah adakalanya, mimpi menjadi kenyataan? Jantungnya berdegup deras. Fikirannya berbolak-balik antara percaya dan tidak. Cacamarba.

No comments:

Post a Comment