Wednesday 7 November 2012

Kerana Cinta



Sampai saja di rumah, perkara pertama yang aku lakukan ialah menghidupkan computer sambil tangan pantas membuka dan melemparkan kemeja yang ku pakai tadi ke sudut bilik seraya menyarungkan t-shirt hitam yang tergantung di belakang pintu.

Tangan ku pantas menaip ID dan kata laluan. Aku ingin bercerita pada seseorang tentang apa yang terjadi padaku sepanjang hari ini! Tapi pada siapa ye..? Hati berdegup kuat seolah saja ingin meletup jika tidak dapat diluahkan dengan segera.

Sebenarnya..aku tidak punya sebarang rakan rapat untuk aku kongsikan cerita aku. Aku juga tidak punya laman web atau blog sendiri yang mana aku bebas menulis apa saja yang aku mahu.
Jadi, aku telah sertai satu forum di laman web yang aku percayai dan yang selalu aku layari: forum Mxx , khusus untuk mereka yang single dan tidak mempunyai teman istimewa. Disini kami bebas berbicara apa saja dari soal yang remeh kepada soal yang berat. Tidak perlu mengenalkan diri kami yang sebenar. Semua orang menggunakan kod saja untuk gantikan nama.

Mungkin juga tekanan dan keseronokan yang aku rasai hari ini membuat aku ingin berkongsi cerita di forum tersebut. Aku mula menulis. Tanganku masih lagi menggigil.

'Hai semua. Maafkan saya kerana hari ini saya rasa saya akan melanggar peraturan utama jadi ahli forum ini. Susah untuk saya jelaskan, tapi saya memang tidak ada teman lain yang rapat selain kamu semua. Malah kamu semua lebih dari keluarga saya sendiri. Oleh itu..saya sangat berharap yang kamu semua akan faham dan sudi mendengar cerita saya..'

Benarlah kata orang, "Cinta mampu membuatkan seorang pendiam seperti aku menjadi seorang penulis yang mempunyai ribuan kosa kata." Aku sendiri tidak tahu yang aku boleh menulis sebegitu panjang sekali.

No comments:

Post a Comment