Friday 9 November 2012

Topeng


Kata dia : Dalam zaman sekarang ni, kita tidak boleh percaya pada semua orang. Ramai manusia bertopengkan kebaikan tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat. Lebih bahaya berbual dengan orang yang zahirnya nampak warak daripada bercakap dengan orang yang terus terang kita memang tahu dia jahat. Sekurang kurangnya dengan jenis orang yang kedua tu, kita telah bersedia dan sentiasa berjaga jaga.

Orang sekarang belajar agama bukan nya semua ada niat untuk mendalami agama dan dekatkan diri pada Tuhan. Ada yang belajar untuk kepentingan sendiri.

Saya tekankan di sini: Saya tidak kata semua, tapi kebanyakannya. Ada yang belajar semata mata untuk tahu bab agama supaya dia boleh lepaskan diri untuk berbuat salah. Menghafal hadis sebagai alat untuk menyokong apa yang dia kata dan untuk menutup kejahatan yang dia lakukan. Untuk meyakinkan orang yang dia berada di pihak yang benar. Atau pun untuk yakinkan diri sendiri yang apa dia buat tu tidak salah. Saya harap awak akan berhati hati..

Awak tentu pernah dengar bukan, ada orang berkata yang salah dia lagi kecik kalau nak di bandingkan dengan orang lain dan dia masih boleh mintak ampun dari Tuhan. Pelik kenapa mesti nak bandingkan dengan orang lain? Sedangkan setiap orang di adili atas perbuatan masing masing. Ada juga AJK Masjid yang bergaduh rebutkan jawatan tertinggi di kampung. Ini baru peringat rendah, apatah lagi yang di peringkat atas. Itu sebab timbulnya ajaran sesat, masing-masing berebut kuasa, hendak jadi nombor satu, nak dihormati. Nak jadi imam masjid pun, sampai berkempen kempen.

Kata saya: Bagaimana pula dengan awak. Bagaimana saya nak tahu sejauh mana kejujuran awak ye?

Kata dia: (senyum). Terpulang pada awak.
Cuma, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Lihat dan nilai: pastikan percakapan hendaklah selari dengan perbuatan. Ada yang menyeru kepada kebaikan tapi dalam pada itu menghasut dan memburuk-burukkan orang lain, membuka keaiban pihak lain depan orang ramai. Memulaukan orang semata mata kerana parti politik berlainan.

Percayalah. Apabila tiba masa yang sesuai, Tuhan akan ketemukan guru dan anak murid, anak murid dengan guru. Awak pasti akan berjumpa dengan seseorang yang awak boleh percayai.

********
Mmm..susah hendak memahami. Seperti teka teki. And I am really not good at reading between the lines.

No comments:

Post a Comment