Wednesday 27 February 2013

Persoalan



Dalam perjalanan ini
Mencari erti
Cuba mengenali hakikat diri
Siapa aku sebenarnya
Tika dan waktu suatu suratan tiba, akan ketemukah segala jawapan 

*******************************************
Hampir tersedak dibuatnya. Apa..apa betul bicara yang saya dengar tadi? 
Saya memandang dia dengan mata yang penuh dengan seribu satu pertanyaan. Dahi berkerut dan dengan perlahan sudu dan garpu saya letakkan di atas pinggan. Terputus terus selera walau tadinya perut sudah berkeroncong dengan pelbagai irama dan lagu.

Kata dia: Kenapa tak diteruskan makan? Sedap ayam tu. Lagipun awak memang suka makanan di sini kan?

Saya membisu seribu bahasa. Tidak ingin menjawab, apatah lagi memberinya peluang menukar tajuk perbualan. Sesungguhnya saya tidak gemar berteka teki. Saya tidak suka pada ayat ayat yang tiada hujung atau pangkalnya. Tapi..saya juga tidak mahu mendengar sekali lagi apa yang telah diucapkan sebentar tadi.

Akhirnya dia juga turut meletakkan sudu garpunya di atas pinggan. Perlahan.
Tertibnya dia hari ini hanya menambah kekacauan fikiran.

No comments:

Post a Comment