Waktu menguji kita..bila ada keraguan dihatimu..
******************************
Saya terdiam seketika bila membaca coretan dari seorang teman.
Katanya saya bukan sahabat yang baik seperti yang disangkakan. Malah, saya bukan lagi seorang yang patut dipanggil sahabat. Katanya lagi, sahabat sebenar tidak akan membuang sahabat yang lain setiap kali bila ditimpa masalah. Apa guna 'persahabatan' andai tidak diberikan kepercayaan untuk bersama dalam senang dan susah. Seandainya saya merasakan saya menyusahkan dia, adakah saya juga selama ini merasakan dia menyusahkan saya apabila dia berkongsi masalahnya dengan saya?
Berat terasa tuduhan tersebut. Sakit, pedih, berdarah.
Bagaimana dapat saya menerangkan agar dia faham bahawa saya sememangnya tidak mahu menyusahkan dia. Pada saya, masalah yang tiba dengan bertali arus itu sesuatu yang saya perlu selesaikan sendiri kerana ianya tiada kena mengena dengan dirinya.
Bila masalah terlalu berat untuk saya pikul, maka saya memilih untuk menyepi.Saya memilih untuk mendiamkan diri. Malah saya memilih untuk lari jauh darinya sehingga segalanya selesai. Egokah saya kerana ingin selesaikan segalanya sendiri? Tidak. Saya hanya seorang yang bertindak mengikut emosi dan bukan rasional fikiran. Betul kata orang, ikutkan rasa, binasa. Ikutkan hati, kelak akan mati.
Andai saya dapat berbicara dengannya, akan saya khabarkan padanya bahawa saya hanya ingin memulihkan semangat yang hilang. Bukan membuang rakan. Saya mencuba setiap pintu yang ada di ruang sempit ini. Siapa tahu salah satu pintu akhirnya mungkin akan terbuka.
Selamat tinggalAku bermohon pergi dahuluTerima kasih seruan kuJasa mu untuk diri kuKe timur atau ke utaraTak tentu dimana nak tujukanSetitik airmataDititiskan dibuang janganSekiranya aku masihBerada nun jauh di balik awanSalam yang bahagiaKhabar yang gembira ku kirimkanInikah akhir bertemuBila nian kan berjumpa lagiIngatlah pesanankuJaga baik dirimu sendiri.

No comments:
Post a Comment