Tuesday 19 February 2013

Mencari Cinta



Kita manusia ini sentiasa diingatkan supaya mencintai Allah lebih dari segalanya.
Tapi.. Macam mana hendak dapatkan rasa cinta pada Tuhan?

Saya tahu tentang cinta pada manusia.
Saya sangat sayang pada dia kerana disebabkan dia saya telah kenal apa itu erti bahagia dalam  mencintai seorang insan.. Namun..dalam pada itu terasa seperti masih ada yang kekurangan dalam jiwa saya. Seperti masih ada ruang kosong yang belum terisi. Resah...
Di celah kesunyian malam..dalam lena di buai mimpi, saya tiba tiba terjaga. Seolah ada yang memanggil nama saya. Memandang ke kiri, terlihat siaran televisyen yang belum dipadam. Suara bacaan ayat ayat suci Al Quran menandakan akhirnya siaran. Terpaku sebentar..dan airmata tiba tiba mengalir deras tanpa sebab. Tuhan..
Dan malam itu saya temui jawapan kepada kekosongan di hati saya...Saya ingin mengenal cinta kepada Tuhan sebagaimana saya telah kenal erti cinta kepada manusia.. Terimalah hamba Mu ini Tuhanku..

Kata dia:
Cinta Allah bergantung pada hidayahnya.Jika Allah ingin beri, sudah tentu Dia akan berikan.
jika kita inginkan Cinta Allah, kita kena berusaha. Berdoa dan memohon supaya diberikan hidayah agar kita dapat merasakan nikmatnya iman. Macam juga cinta pada manusia. Jika kita tak cari dan kejar cinta itu, kita pasti tak akan dapatkannya.
Bercinta dengan Tuhan itu tidak susah. Malahan, bercinta dengan manusia itu lebih payah.
Dengan Tuhan, cinta Nya tak bersyarat. Dia menerima cinta setiap hamba Nya. Dia tak akan berkata, "Kalau kau ingin cintai Aku, kau mesti ada banyak duit". Sebaliknya, Allah berfirman: 'Selangkah kau datang pada Aku, seribu langkah Aku akan datang pada kamu'. Ingatlah, Allah sayangkan kita.
-Ustaz Mohd Zawawi-

No comments:

Post a Comment