Tuesday 26 February 2013

Berlari Ke Langit II



Kata Dia: Awak tak boleh berlari lagi. Saya harap awak faham. Kecederaan pada tulang belakang awak akibat kemalangan dahulu, walaupun tak begitu teruk, tak membenarkan awak untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal lasak. 
Kata saya: Tapi..saya hanya berlari. Berlari termasuk dalam senarai aktiviti lasak?
Kata Dia sambil menggeleng kepala: Bergantung pada kecederaan individu. Bila ianya membabitkan soal tulang belakang, berlari memang dikira sebagai aktiviti lasak. Setiap hentakan kaki pada permukaan tanah atau jalan raya menghasilkan gegaran pada tulang. Risiko terjatuh atau terlanggar sesuatu adalah besar.
Semalam, awak bernasib baik kerana cuma alami bengkak pada otot sekeliling tulang. Itupun, awak sudah tak tahan dengan rasa sakit tersebut. Bagaimana kalau hari esok kecederaan pada otot, tulang atau saraf yang lebih serius berlaku dan awak langsung tidak boleh bergerak? 
Saya diam. Memandang ke lukisan pemandangan sawah padi yang berada di belakang dia. Pemandangan yang sepatutnya mendamaikan perasaan tapi tidak terasa kesannya di saat ini. Satu keluhan berat terlepas dari bibir. Dia tidak faham. Tiada siapa pun yang mungkin mengerti. Saya perlu berlari. 
Saya berlari bukan untuk menyertai marathon atau untuk menyertai mana mana acara sukan. Heh..andai itu terjadi, pasti saya akan menjadi peserta ter'corot' atau orang yang terakhir sekali tiba di garisan penamat. Jauh sekali timbul niat untuk bersaing dengan jaguh jaguh pecut kebangsaan seperti Mohd Zabidi Ghazali atau Zabidi Ahmad. Itu bukan matlamat saya.
Saya hanya ingin berlari ...

No comments:

Post a Comment