Wednesday 20 February 2013

Diari Hati



Datangnya dengan satu huluran salam bersulam sebuah senyuman.
Hadirannya membawa selembar hamparan ditenun indah dengan pelbagai corak warna impian dan harapan.
Yang tersimpul kini terurai. Yang terpendam, telah terluahkan. Jerebu kiasan dan keraguan telah disuling sehingga sejernih embun yang meniti dihujung daun. 
Mesra disemai
rindu berputik
kasih bercambah
cinta berkembang mekar
mengharum di ranting hati

Dua insan, satu hati, menapak seiring cipta keserasian.
Moga pepohon cinta akan subur merimbun dan mekar mewangi.

No comments:

Post a Comment