Sunday 19 February 2012

Rahsia Hati 3


Kata orang: Tuhan bagi kita anggota semuanya berpasangan: 2 mata, 2 telinga, 2 tangan, 2 kaki. Tapi kenapa Tuhan jadikan setiap kita hanya ada sekeping hati saja? Mungkin juga kerana sekeping hati lagi diberikan kepada seorang yang telah ditentukan jodohnya dengan kita. Bila bertemu, sepasang hati, kan menjadi satu.. Itu lah mungkin apa yang dinamakan 'soulmate'.
******
A lifetime of secrets.. rahsia yang tersimpan kemas, tak akan terluah hingga ke akhir hayat.
Memeluk bantal sambil mencuba untuk melelapkan mata..tapi otak memang degil.. masih berjalan.
Memutarkan kembali setiap adegan, setiap kata kata yang terlepas tanpa boleh ditarik kembali, setiap bilah kata yang menghiris hati ke pecahan pecahan halus..

Keluhan dilepaskan berat.
Memori, harapan, impian, kesetiaan, kebahagiaan..kegagalan...Siapa yang ingin semuanya berakhir dengan keretakan. Tak pernah terlintas di hati nya untuk menyakiti hati sesiapa. Apatah lagi mereka yang rapat dengannya..tapi dia tak mampu melakukan yang sebaliknya. Dia telah cuba bertahan dan keputusannya bukan ber dasarkan emosi semata..

Jika ada yang menuding jari, menuduhnya dengan pelbagai perkataan yang menyakitkan telinga, dia hanya mampu berdiam tanpa membela dirinya. Mampukah mereka itu bertindak sebaliknya seandainya mereka berada di tempat dia? Membuat satu keputusan yang amat memerlukan kekuatan mental dan emosi...

Ada saat saatnya dia tidak punya kekuatan diri. Dia kehabisan bekalan senyuman dan tak lagi mampu berpura pura riang. Kepala berdenyut, sakit terasa kembali. Kalau boleh dia ingin menutup mata untuk selama lamanya sekarang juga. Dia sudah letih. Letih seletih letihnya. Namun masanya untuk pergi belum tiba lagi. Tuhan masih inginkan dia bernafas di atas bumi ini untuk sedetik lebih lagi.

Dia menekup wajahnya, membiarkan airmata mengalir membasahi bantal. Hanya satu  yang dia inginkan saat ini: Ketenangan.

Mencari jalan pulang memang tidak mudah...

No comments:

Post a Comment