Wednesday 1 February 2012

Delima Ratu


Keringkan lah pipimu, ratnaku,.. Cubalah untuk senyum..
Kerana airmatamu hanya kan menambah dukaku...
*************************************

Kata penjual cincin : Saya lihat encik kerap datang ke sini melihat cincin yang kami pamerkan ini. Pilihan encik memang tepat. Cincin ini bergelar cincin 'Delima Ratu'. Ia nya boleh membawa tuah kepada pemiliknya. Potongan cincin ini juga unik, replika kepada cincin yang diberikan oleh Maharaja England kepada permaisurinya. Lagipun, Encik lihatlah saja kilauan batu ni, pasti isteri encik akan gembira jika encik hadiahkan padanya.

Kata dia: Isteri saya telah meninggal dunia dua bulan yang lepas..
Dia terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dia seorang isteri yang baik. Semua kerja rumah dibuatnya dengan kemas dan teratur. Tak pernah dia mengeluh walau sekali dalam hidupnya. Malah, sepenat manapun dia, dia tetap akan tersenyum menyambut kepulangan saya. Dia sangat sayangkan saya.

Sebelum dia meninggal dunia, kami telah pergi ke kedai ini untuk baiki tali rantainya yang putus. Dia terpandang cincin yang kamu pamerkan ini. Saya sangat kesal..Dia tidak pernah meminta apa apa pun dari saya semenjak kami kahwin dan inilah permintaan dia yang pertama...untuk saya belikan cincin ini.

Tapi waktu itu, saya tidak berikan perhatian sangat. Saya mahu segera kembali semula ke pejabat kerana ada kecemasan. Dia kelihatan kecewa dengan jawapan saya dan masih lagi memandang cincin ini. Saya janji pada dia untuk belikan cincin itu hari esoknya. Tapi dari hari ke sehari, saya sangat sibuk dan saya terlupa janji saya pada dia.

Sekarang saya telah kehilangan dia. Walaupun saya beli cincin ini sekarang, saya tak akan dapat menyarungkan ianya pada jari isteri saya. Kita hanya sedar betapa pentingnya seseorang itu dalam hidup kita bila semuanya telah terlambat..bila kita telah kehilangan orang tersebut. Dia tentu akan gembira jika dia dapat memakai cincin ini...

kamu tahu..tak kira betapa unik dan cantiknya cincin ini, ia tetap tak mampu kembalikan isteri saya. Saya tak akan dapat melihat senyuman dia lagi. Setiap hari, saya datang ke kedai ini untuk melihat cincin tersebut..kerana ia mengingatkan saya pada isteri saya. Hari esok, saya akan berpindah mengikut anak saya ke Bandar X.. dan saya hanya ke sini untuk melihat cincin ini buat kali terakhir..

dia yang telah hilang takkan mungkin kembali...



No comments:

Post a Comment