Sunday 7 March 2010

Kesempurnaan




Sebuah artikel dalam sebuah majalah bercerita tentang perbualan sepasang suami isteri:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dalam perkahwinan kita", kata sang suami sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kena catatkan apa yang kurang kita sukai tentang pasangannya. Kemudian, kita akan bacakan dan teliti bagaimana kita boleh ubah perkara perkara yang kita tidak suka dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan masing masing mula memikirkan perangai pasangannya tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan
tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk tidur berasingan dan menulis apa yang terlintas dalam benak masing-masing. Esok paginya ketika sarapan, mereka mula membincangkannya.

"Abang akan mulai dulu ya", kata sang suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu perkara yang tidak dia sukai pada isterinya, dia ternampak airmata isterinya mulai mengalir ... "Maaf, sayang mahu abang berhenti ?" tanyanya.

"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya. Lalu si suami terus membaca semua yang tersenarai sehingga selesai. Kemudian dia melipat kertas tersebut dan meletakkannya di atas meja. 'Sekarang giliran sayang pula untuk baca senarai yang saya tulis".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Saya tak ada tulis apa apa pun atas kertas saya. Pada saya.. abang sudah cukup sempurna, dan saya tidak ingin ubah satu apa pun pada diri abang. Pada saya, abang kacak dan baik . Tiada satupun yang kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya dengan ungkapan dan perasaan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.

*************************************

Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup sempurna?

No comments:

Post a Comment