Wednesday 31 March 2010

Rahsia Hati


         
Letih terasa. Akhirnya selesai segala acara.

Saya memandang ke kanan. Oh..itu dia.. Dia juga sedang membuka pintu keretanya.
Dap..dup..dap dup.. getaran di hati semakin pantas. Saya sangat ingin menyapanya, tapi perasaan malu bercampur takut tiba tiba muncul.

Aneh rasanya..
Dia bukan raksasa bertaring panjang dan berwajah bengis. Dia juga bukan singa atau harimau ganas yang sedang lapar. Dia hanya lah...dia. Kenapa mesti ada perasaan ini..?

Saya mengangkat wajah memandang dia sekali lagi. Dia sedang memandang ke arah saya juga seraya tersenyum. Tuhan, terasa luruh jantung melihat satu senyuman itu. Apa yang saya harus katakan pada dia? Kuatkan semangat..ayuh!

'Awak dah nak balik? Mmm..awak nak tak kalau...mmm..maksud saya..awak ada masa sekarang ni? Nak tak.. kita pergi minum dan bual seketika..? tanya saya sedikit gugup.

'Boleh juga. Saya tak ada apa apa program sekarang ni. Kat mana ye?' jawab dia pantas sambil tersenyum.

'Betul ni? Maksud saya..awak pasti? Saya tak paksa..kalau awak tak ada masa..'

'Betul.' jawabnya sambil tersenyum. 'Sebenarnya saya pun nak ajak awak singgah kat mana mana sekejap. Tapi awak dah hilang sebaik saja sessi tadi selesai. Kebetulan kita letak kereta sebelah sebelah. Saya tengah fikir macam mana nak mulakan..tiba tiba awak menegur saya. Jadi, saya biarkan saja awak bercakap dahulu.. saya suka tengok awak gelabah.'

'Apa? Awak pun.. .' ayat saya terhenti seraya wajah merona merah. Tak tau sama ada saya nak marah kerana dia biarkan saya memalukan diri saya.. atau .. sama ada hendak sorokkan senyuman yang mula menguntum di bibir.

Tuhan, terima kasih untuk hari ini yang cerah.

No comments:

Post a Comment