Sunday 23 May 2010

Semangat Yang Hilang II



Andai masanya telah tiba, Tuhan akan bukakan hati seseorang itu untuk bersedia menerima cinta. Hijab yang selama ini labuh melindungi hati dari panahan cinta, akhirnya akan tersingkap..
******************************
Di ruang depan bilik tamu, kelihatan jenazah terbaring dengan diselimuti kain batik lepas. Memberi ruang kepada keluarga, sahabat dan taulan untuk melihat wajah jenazah sebelum dia diusung ke tanah perkuburan. Sesekali terdengar suara esak dan tangis bersulam bacaan surah yasin. Kematian...kesedihan bagi mereka yang ditinggalkan.

Dengan langkah yang longlai dan lutut yang seakan tidak mampu menampung tubuh, saya bergerak menghampiri jenazah. Mengalihkan dengan perlahan lahan kain batik yang menutup wajahnya. Luruh terasa jantung. Dia kelihatan seakan sedang tidur..Yang membezakan hanya wajah yang pucat tanpa darah, dan hidung yang telah ditutup dengan kapas sebagai bukti yang dia telah tiada.

Airmata mengalir tanpa dapat ditampung lagi. Deras dan laju seperti aliran air sungai selepas hujan lebat.
'Bangun..bangunlah awak. Bukankah awak telah berjanji tidak akan tinggalkan saya sendirian.. Bukalah mata awak..' Dan saya terus memeluk sebujur tubuh yang tak bernyawa itu lagi.
Saya tidak ingin hidup tanpa dia.. Tuhan, saya benar benar tidak ingin meneruskan perjalanan ini tanpa dia..

No comments:

Post a Comment