Saturday 21 January 2012

Sekalung Budi


Hidup ini satu proses pembelajaran yang tidak pernah selesai. Pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis cerita dan pelbagai jenis ragam.. Berselisih dalam keretapi kehidupan, ada yang menjadi sahabat, ada yang kekal wajah tanpa nama.. dan ada yang tersemat di hati sampai bila bila..
*****
Suasana sepi seketika. Kami saling berpandangan.

Tanya saya: Apa yang awak ingin lakukan selepas ini..?

Kata dia : Entahlah. Saya sendiri belum buat keputusan lagi. Ada banyak jalan dan simpang dalam peta kehidupan saya. Sata tak mahu tergesa gesa. Saya nak berjalan dan terus berjalan mengikut langkah kaki hinggalah saya yakin arah yang akan saya ambil.

Kata saya:
Dunia ni amat luas. Tak ke awak takut sekiranya awak tersesat? Bagaimana jika jalan yang awak pilih tu salah..? Dan..susah untuk awak berpatah balik..?

Dia tersenyum. Kata dia :
Dalam hidup ini tak ada satu yang pasti. Bila awak tersesat atau tiba tiba tersedar yang awak berada di jalan mati, maka duduk dan ambil masa sebentar untuk berfikir atau berehat. Tengok laut, tengok ombak, makan, berborak dengan kawan.

Kalau awak rasa awak nak nangis, nangis lah sepuas puasnya. Dalam hidup ni, pasti akan ada hari hari macam tu. Semua orang pasti akan buat kesilapan. Tak perlu takut..kita belajar dari kesilapan tersebut.

Lepas tu, lap airmata awak. Bangun dan perlahan lahan mulakan semula perjalanan.
Jangan hilangkan diri. Kerana saat saat tu, awak perlukan seseorang untuk memberi sokongan dan kata kata semangat. Awak perlukan seseorang untuk memegang tangan awak supaya awak tak lagi takut.

Itulah hakikat kehidupan. Awak tahu..setiap hari, kita menangis, kita risau, kita ketawa, dan kita juga bergurau. Tapi..kita masih berpijak di bumi Tuhan.

Hidup perlu diteruskan. Tarik nafas dan lepaskan ianya perlahan lahan. One day at a time. Saya percaya yang awak cukup kuat..

****

Kami berpisah di persimpangan jalan. Dia berjalan tanpa berpaling ke belakang.

Dia ke utara , sementara saya pula memilih untuk ke selatan. Destinasi kami nyata berbeza, namun siapa tahu suatu hari nanti kami akan bertemu kembali dan bertukar cerita.

Atau mungkin.. siapa tahu, bila masanya tiba nanti, kami lebih memilih untuk mendiamkan diri, berselisih bahu tanpa sebarang kata...kerana saat yang sepatutnya digunakan untuk berbicara telah berlalu pergi bersama masa..

No comments:

Post a Comment