Monday 23 January 2012

Merajuk Pada Yang Sudi


*******************************
Ada apa dengan saya? Tak ada apa apa. Betul, saya ok..
Hmm.. Oklah, jika awak nak tahu juga, hari tu.. saya amat terasa hati dengan awak.
Itu saja.. Dalam sebulan mesti ada satu masa yang hati jadi terlebih sensitif. Dan time time ni le, saya akan katakan apa saja yang terlintas dalam minda tanpa berfikir dulu. Awak tentu dah kenal saya bukan..

Dan hari ini, saya minta maaf kat awak sebab minda saya kata saya tak sepatutnya merajuk dengan awak. Saya sebenarnya tak berhak pun nak paksa awak beri perhatian yang lebih pada saya kan..

Saya tahu tiada paksaan dalam soal hati. Walau sayang macam mana pun, walau bagaimana serasinya kita sekali pun, setiap orang masih dua individu berbeza. Masing masing punya kepentingan dan ego sendiri.

Lagi pun, ini cuma satu dugaan kecil kalau nak dibandingkan dengan dugaan dugaan lain kan. Contohnya seperti cuaca. Kalau dalam 365 hari setahun, ada 7 hari hujan lebat.. tak kan kita nak biarkan 7 hari suram tu mencacatkan cuaca baik yang kita nikmati pada hari hari yang selebihnya tu? Betul tak?

Hmm..mudahnya bila berkata kan. Itu semua teori tapi sebenarnya bila saya bercakap dengan hati, hati berkata lain dari minda. Hati tetap merajuk. Hati yang terusik, mula bertanya dimana tempat saya dalam hati awak. Kalau awak sibuk, saya tentu faham. Tapi bila hati orang lain didahulukan, hati saya di letakkan di tepi, saya benar benar terasa hati.

Mungkin awak ada sebab sebab tertentu..cuma kalau awak tidak terangkan pada saya awal awal, hati saya akan mula berbisik macam macam. Dan saya tak terjawab semua persoalan dari hati saya.

Saya lebih suka berterus terang. Dan saya lebih suka bila awak terangkan pada saya dengan jelas bila sesuatu perselisihan timbul. Sekurang kurangnya tidak wujud sebarang salah faham antara kita. Tapi tu le kan.. saya tak boleh nak paksa awak ikut cara saya. Rambut sama hitam, hati lain lain.

Biarlah saya mengalah. Lagi pun buat apa merajuk, bila tiada yang nak memujuk. Baik tolak ke tepi semua soal hati, pasti nya saya masih boleh tersenyum.

Kata orang.. Sayang dan hargailah diri sendiri sebelum sayangi orang lain. Mungkin ada kebenarannya. Merajuk pada yang sudi, Sayang pada yang kasih.. Manja pada yang memahami..

Bagaimana jika hati tidak cukup kuat untuk terus mengalah..? Bagaimana jika retak di hati terus terbelah dua..dan airmata tidak mahu henti mengalir..?

No comments:

Post a Comment