Friday 20 July 2012

Salam Ramadhan


Ramadhan tiba lagi..
Sedar tak sedar, terasa alangkah cepatnya masa berlalu.
Merenung bulan..berbicara dengan hati. Apa bezanya kita di Ramadhan tahun ini berbanding dengan Ramadhan tahun lepas? Adakah harus bermula semula dari 'kosong' atau mungkin hanya perlu menambahkan sedikit lagi kebaikan yang telah tersemai dari Ramadhan yang lepas?

Soalan ini sebenarnya untuk diri saya juga.
Biasanya bila Ramadhan tiba, pelbagai azam dan rasa insaf menusuk di kalbu. Kata orang, mungkin sebab syaitan telah diikat, lalu hati menjadi putih sedikit (bergantung juga pada betapa tebalnya tahap kehitaman pada hati seseorang. Kalau tebal hitamnya, mungkin perlukan tindakan yang lebih drastik untuk putihkannya. Contoh..mungkin perlu gunakan Clorox..?).
Ada sesetengah perkara dalam diri yang telah diubah, namun ada banyak lagi yang perlu dipelajari dan diperbaiki.

Melankolik? Hanya bila sendirian.
Mudah merajuk dan mudah terasa hati...itu memang tak dinafikan. Tapi sudah dikurangkan..
walaupun ianya masih di tahap lesen 'P'. Ada kalanya bila saya terlalu di'cuba', hati terguris hingga tahap paling maksimum, maka terkeluar juga kata kata yang tak sepatutnya diucapkan..dan akhirnya airmata mengalir tanpa henti.

Saat ini..masih ada waktu waktunya sedih menyelubungi jiwa, diri terasa bagai tak mampu  memahami apa yang berlaku. Dan ada waktunya perasaan sayu datang menyapa.

Susah juga bukan...terutamanya bila perasaan mengatasi fikiran. Perempuan dengan 99 nafsu nya.. mudah membuat kesimpulan. Tapi..susah tak bererti tak boleh.. betul kan awak..?

Kelemahan saya memang dalam bab sabar. Semuanya kalau boleh nak diselesaikan dengan cepat. Nak cepat pandai, cepat tiba, cepat membuat kerja.. hingga kadang kadang saya akui saya terlupa menjaga perasaan orang lain.

Saya sukar hendak faham sesuatu jika ianya tidak dinyatakan dengan jelas. Saya takut apa yang saya faham, berlainan dari apa yang orang lain faham. Adakalnya terkeliru..nampak apa yang orang buat pada saya, tapi tak nampak yang kadang kadang perbuatan saya sendiri juga ada menyentuh hati orang lain.

Punca kesilapan adakalanya datang dari diri sendiri...
Ramadhan tahun ni, selain dari memohon ampun dari Tuhan, saya juga ingin meminta maaf atas segala salah dan silap saya sama ada dari segi perbualan, perbuatan atau tulisan saya. Maafkan saya..

Ramadhan Al-Mubarak 2012

1 comment:

  1. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang yang membaca al-Quran dengan mahir sekali, kelak dia akan bersama-sama golongan yang mulia dan baik (rasul-rasul atau malaikat). Manakala orang yang membaca al-Quran tetapi tidak mahir, tergagap-gagap dan berasa sungguh payah, maka dia akan mendapat pahala dua kali ganda." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete