Wednesday, 2 August 2017

Cerita Kita

Hidup ini penuh cerita..
ada yang dikongsi bersama..
ada yang kekal rapi tersimpan di sudut hati.

Cerita Kita.

Friday, 12 May 2017

Tudung

Dalam begitu banyak helaian tudung di almari,  tudung yang satu tu juga yang dipakai berkali kali, tanpa henti.

Cuci,  kering,  pakai semula. 
Sampai bila..?  Hingga ianya lusuh atau carik.  :)

Soal hati.

Sunday, 29 January 2017

Siapa Yang Faham

Rajuk
Tangis
Hati yang terguris..

Siapa mampu faham..
Melainkan berada dalam jasad ini..

Jadi diri ini. 

Thursday, 29 December 2016

Lihat Awan

Jom, 
duduk sebentar sebelah saya
tanpa perlu kata apa apa
kita biar jari bertaut
mata memandang arah yang sama
awan dan langit indah

Jom,
temani seketika
sebelum saya menutup mata..

Tuesday, 27 December 2016

Melupakan

Sekian lama berkawan dan sekian lama bercinta,  bukanlah sesuatu yang mudah untuk melupakan apa yang

kita pernah ada
kita pernah lalui
bersama.

Bohong
seandainya lidah berkata bahawa saya dah boleh lupakan awak

Tipu
seandainya bibir ucapkan bahawa saya langsung tak ingat pada awak

Sampai bila-bila. 

Tuesday, 29 December 2015

Hati

Berhentilah. Telah lelah sembunyikan luka, setiap langkah hanya menambah pilu. Cuba menahan sendu agar tiada siapa yang tahu. Mengertilah.

Bila bersendiri tak dapat menipu. Roh dan jasad bersatu, sepakat mengeluarkan segala kesakitan dan kedukaan melalui tangisan.

Hati, andai ingin berhenti berdenyut, berhentilah. Tidak akan dihalang lagi. Berhentilah andai sudah terlalu lelah. Berhentilah.
Berhentilah.
Berhentilah.

Saturday, 24 January 2015

Jin Dalam Botol


Kisah ini adalah kesinambungan dari kisah 'Aladdin' di dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Kisah Jin Lampu yang setia berkhidmat untuk Tuan Aladdin. Kisah Jin Lampu yang suatu ketika telah jatuh cinta dengan seorang Gadis miskin yang tinggal di hujung kota. Gadis yang hidup sebatang kara, hidup setakat cukup makan sekadarnya. Takdir hadir, mereka bertemu, mereka mengalun melodi cinta serta mengimpi bahagia.
Kata Jin:
Mintalah apa sahaja, Gadis. Akan saya tunaikan apa sahaja permintaan Gadis selagi dalam kemampuan saya. Hati akan rasa gembira andai terlaksananya segala hajat orang yang amat saya sayangi. Saya ingin lihat Gadis tersenyum ria, tiada lagi tumpahan airmata. Mintalah, Gadis. Mintalah apa sahaja.
Gadis tersipu malu. Tiada apa yang dia ingini kecuali bahagia bersama Jin. Namun untuk tidak menghampakan Jin, dia membuat senarai permintaan. Sesuatu yang biasa mungkin bagi orang lain namun amat istimewa buat Gadis:
Saya ingin makan pizza 'Dominos' (dengan awak)*
Saya ingin makan aiskrim 'Cornetto' (dengan awak)*
Saya ingin pergi ke I-City Shah Alam (dengan awak)*
Saya ingin rasai 'candle light' dinner di sebuah restoran di hujung kota (dengan awak)*
Saya ingin sepasang baju kurung berwarna biru laut. (pilihan awak)*
Saya ingin patung beruang sebesar awak (agar saya dapat memeluknya waktu ketiadaan awak)*
*diucapkan di dalam hati.
Jin tersenyum:
Jika itu sahaja permintaan Gadis, sudah tentunya lebih dari boleh. Terlalu mudah bagi 'magis' saya. Namun saya ingin meminta Gadis bersabar buat sementara kerana janji saya pada Tuan Aladdin harus didahulukan dan diutamakan. Setelah tamat tempoh perkhidmatan saya pada Tuan Aladin dan saya dibebaskan, saya akan tunaikan segala permintaan Gadis. Boleh ye Gadis?
Gadis mengangguk, tanda bersetuju dengan rela. Gadis mula menganyam mimpi bahagia di kala tidur berbekalkan kata-kata pengikat jiwa berulam mesra oleh Jin. Cinta.
Sehari berganti seabad bertukar sedekad. Dua tahun bukan satu masa yang singkat dalam sebuah penantian yang tiada berpenghujung. Tiada janji terpateri, hanya sebak bertambah di hati.
Gadis masih menanti. Hati semakin sebak, rabak. Masih menanti permintaan yang belum pernah dipenuhi dan bahagia yang diidami. Adakah Jin di dalam botol juga sama seperti manusia di dunia realiti? Lepaskan lah Gadis pergi..