Saya lebih suka sendirian kebelakangan ini.
Terasa letih untuk menulis walau bertali arus perkataan bermain di fikiran. Jari jemari terasa tidak mampu untuk menzahirkan apa yang tersirat di hati. Terasa segalanya sia-sia kerana bicara hati kini sepi. Tidak ada siapa lagi yang membaca. Tiada siapa lagi yang menyapa.
Saya lebih suka sendirian kebelakangan ini.
Memandang langit yang luas, memuji keindahan alam ciptaan Tuhan. Sepi menyapa lembut, datang sebagai peneman malam membawa bersama ketenangan. Hari ini saya mengakui yang saya telah kalah. Dia benar apabila dia berkata yang saya hanya membawa masalah pada semua yang mengenali saya. Segala yang saya lakukan walau dengan niat yang baik, pasti akan berakhir dengan kerosakan. Walau saya bersumpah sekalipun yang saya tak pernah berniat untuk menyakitkan hati sesiapa, namun katanya itu semua tidak penting. Yang utama ialah hasil dari setiap satu tindakan yang kita lakukan dan ternyata tindakan saya sentiasa salah.
Saya lebih suka sendirian kebelakangan ini.
Kerana saya tidak mahu menyusahkan atau dituduh sebagai penyebab kemusnahan kehidupan orang lain. Saya menyuruh dia agar pergi dari sisi saya namun dia tidak mahu. Katanya kerana 'Cinta'. Cinta kah itu yang dia tunjukkan dengan mengawal setiap gerak laku? Cintakah itu yang dia ucapkan pabila setiap kata yang keluar menghiris jiwa? Cintakah itu pabila setiap nada suara kedengaran penuh dengan api kemarahan?
Saya lebih suka sendirian kebelakangan ini.
Bila hati berbicara.. senandung lagunya adakala ria, adakala lara dan adakala sepi tanpa kata..
Wednesday, 1 August 2012
Mimpi Semalam
Tuesday, 31 July 2012
Hikmah Sebalik Kesusahan

Hati selalu tertanya-tanya kenapa dan mengapa sesuatu itu terjadi. Selalu kita dengar orang berkata di sebalik sesuatu kesusahan, pasti ada hikmahnya. Sentiasa ada pengajaran di sebalik setiap keperitan dan juga kesenangan yang Tuhan berikan.
Yang penting, cekalkan hati dan sabar.
Terasa berat perkataan yang satu itu: Sabar. Sabar pula tidak datang sendirian. Harus berpasangan dengan 'Yakin'. 'Sabar' dalam hadapi apa juga ujian dan 'Yakin' yang Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Hmmm.
Allah kurniakan kita dgn nikmat,
kemudian ditarik nikmat itu...
dan digantikan dengan sabar..
maka yg digantikan itu adalah lebih baik..
dpd apa yg telah dikurniakan..
Allah kurniakan kita matahari...
kita riang bermandi cahaya..
kemudian ditutup matahari itu..
diganti dengan awan hitam, hujan dan ribut petir
kita ketakutan dan menanyakan mana pergi matahari..
Padahal matahari tidak hilang..
Ianya tetap ada disebalik awan hitam, hujan dan ribut petir..
Dan pabila hujan berhenti..
kita dihadiahkan dengan pelangi..
kita mungkin tidak tahu erti tenang jika tidak melalui kekusutan terlebih dahulu. Sabar itu sesungguhnya memerlukan kekuatan.
Monday, 30 July 2012
Soal Hati 4
Adakala hidup ini terasa sukar untuk difahami. Apatah lagi untuk diharungi. Adakala kita fikir kita sangat dekat dengan sidia bila dia ada disamping kita. Namun apabila kita teliti, kita sebanrnya mungkin berada terlalu jauh dari dia.
Sewaktu kita pegang dan genggam tangan dia, belum tentu hatinya kita miliki. Sewaktu kita terlihat dia tersenyum sendirian, belum tentu kita lah orangnya yang menjadi punca senyuman yang menghiasi bibirnya. Sewaktu dia termenung dan runsing, kita harap kehadiran kita dapat memujuk dan menenangkan perasaannya, walhal sebenarnya kehadiran kita mungkin langsung tidak disedari oleh dia. Sewaktu kita fikir kita adalah orang yang istimewa dalam hidup dia, belum tentu dia melihat kita dengan pandangan yang serupa.
Ingin sahaja menangis. Tidak tahu di mana salah, di mana kurang. Tuhan, tolonglah. Sakit, dada terasa amat sakit.
Friday, 20 July 2012
Salam Ramadhan
Ramadhan tiba lagi..
Sedar tak sedar, terasa alangkah cepatnya masa berlalu.
Merenung bulan..berbicara dengan hati. Apa bezanya kita di Ramadhan tahun ini berbanding dengan Ramadhan tahun lepas? Adakah harus bermula semula dari 'kosong' atau mungkin hanya perlu menambahkan sedikit lagi kebaikan yang telah tersemai dari Ramadhan yang lepas?
Soalan ini sebenarnya untuk diri saya juga.
Biasanya bila Ramadhan tiba, pelbagai azam dan rasa insaf menusuk di kalbu. Kata orang, mungkin sebab syaitan telah diikat, lalu hati menjadi putih sedikit (bergantung juga pada betapa tebalnya tahap kehitaman pada hati seseorang. Kalau tebal hitamnya, mungkin perlukan tindakan yang lebih drastik untuk putihkannya. Contoh..mungkin perlu gunakan Clorox..?).
Ada sesetengah perkara dalam diri yang telah diubah, namun ada banyak lagi yang perlu dipelajari dan diperbaiki.
Melankolik? Hanya bila sendirian.
Mudah merajuk dan mudah terasa hati...itu memang tak dinafikan. Tapi sudah dikurangkan..
walaupun ianya masih di tahap lesen 'P'. Ada kalanya bila saya terlalu di'cuba', hati terguris hingga tahap paling maksimum, maka terkeluar juga kata kata yang tak sepatutnya diucapkan..dan akhirnya airmata mengalir tanpa henti.
Saat ini..masih ada waktu waktunya sedih menyelubungi jiwa, diri terasa bagai tak mampu memahami apa yang berlaku. Dan ada waktunya perasaan sayu datang menyapa.
Susah juga bukan...terutamanya bila perasaan mengatasi fikiran. Perempuan dengan 99 nafsu nya.. mudah membuat kesimpulan. Tapi..susah tak bererti tak boleh.. betul kan awak..?
Kelemahan saya memang dalam bab sabar. Semuanya kalau boleh nak diselesaikan dengan cepat. Nak cepat pandai, cepat tiba, cepat membuat kerja.. hingga kadang kadang saya akui saya terlupa menjaga perasaan orang lain.
Saya sukar hendak faham sesuatu jika ianya tidak dinyatakan dengan jelas. Saya takut apa yang saya faham, berlainan dari apa yang orang lain faham. Adakalnya terkeliru..nampak apa yang orang buat pada saya, tapi tak nampak yang kadang kadang perbuatan saya sendiri juga ada menyentuh hati orang lain.
Punca kesilapan adakalanya datang dari diri sendiri...
Ramadhan tahun ni, selain dari memohon ampun dari Tuhan, saya juga ingin meminta maaf atas segala salah dan silap saya sama ada dari segi perbualan, perbuatan atau tulisan saya. Maafkan saya..
Ramadhan Al-Mubarak 2012
Friday, 6 July 2012
Permainan Dulu Dulu
Melihat budak budak bermain layang layang, saya teringat zaman budak budak dahulu. Apa saja yang orang lain main, senang jadi ikutan. Apa saja yang ada disekeliling boleh dijadikan bahan permainan. Yang penting imaginasi dan kreativiti. Apatah lagi membesar dengan dua orang abang yang sememangnya kreatif, saya lebih banyak ingat apa yang mereka berdua bermain dari permainan yang saya sendiri minati.
Selalunya, bila tiba waktu petang, saya mengikut mereka turun ke padang. Bukan sebagai pemain (tentunya) tapi dijadikan tukang menjaga kasut dan kemeja T mereka. Sebagai upah, saya disogokkan dengan gula-gula atau chickadees.
Apa permainan mereka?
Bola sepak memang sudah tentu. Nombor 2 :main rounders. Permainannya seperti baseball atau sofball, Perlukan satu pemukul kayu. Perbezaannya dari segi bola. Bola rounders ni ialah bola getah yang keras tapi kuat melantun (macam dalam cerita kartun, bila baling kat satu penjuru, laju dia melantun ke kiri, kanan dan merata. Kalau bola tersasar kena kepala, alamat boleh nampak bintang atas kepala. Kalau kena dengan timing dan cara pukul, bola ni boleh melantun berbatu2, malah masuk kat kebun getah pun boleh. Malang le bagi sesiapa yang ditugaskan cari bola lepas tu.
Permainan lain: main galah panjang, polis sentri, baling selipar pada tin susu yang di susun bertingkat tingkat dan main sambut tudung botol (sebiji cara dia macam bermain batu seremban. Abang tak pandang semua ni..katanya apa kelas main batu seremban. tu untuk budak perempuan aje) Waktu itu air tin hanya dijual di bandar. Di kedai kedai di taman perumahan tempat kami tinggal air gas semua djual dalam botol.
Sewaktu sambutan Hari Raya Cina, seronok kumpul tutup botol. (dalam tutup botol tu, selalu nya ada selapis getah yg ada macam2 gambar kat dalam. Seronok mengumpul gambar gambar didalam. Abang pula akan mengetuk ceper (tudung botol) menjadi leper, dilubangkan ditengah tengah, serta dilalukan benang. Benang tersebut (dengan kedudukan ceper di tengah, di pusing pusing dan kemudian ditarik laju dan kendur. Berdesing bunyinya.
Abang Sulung memang paling pandai dalam bab kreativiti. Macam macam dibuatnya, janji ada bahan.. Macam McGyver. Dia buat layang-layang, buat capteh (bulu ayam yang diikat berbentuk seperti shuttlecock). Selain itu, dia buat lastik menggunakan kayu dan getah posmen (getah tebal warna putih). Duduk kat bandar ni susah nak dapat burung atau ayam untuk di lastik. So, sebagai ganti, dilastiknya tin (kalau tak, selalu lah adik dia yang jadi mangsa..siap kena ugut untuk buatkan dia air kalau tak mahu dilastik). Kesian kan..
Lagi satu lastik, dia buat menggunakan gelang getah. Dengan menggunakan ibu jari kaki sebagai penahan, getah dililit, ikat dan anyam tebal (macam buat friendship band) berselang seli warna getah. Lastik ni katanya terbaik untuk tembak cicak. Saya selalu ngelat. Bila disuruh menembak cicak, saya sengaja buat supaya tak kena cicak. Bukan kesian tapi...GELI.... ee.. siapa nak kutip cicak tu kalau dia jatuh.
Lastik getah tu, saya selalu sorok dari abang dan simpan buat koleksi.. Koleksi lagi.
Abang juga mahir dalam pertukangan tangan.. dibuatnya pistol kayu,(ukir dan potong dari papan, dilicinkan dengan kertas pasir, serupa bentuk pistol yang asli). Kemudian dia letak kan getah gelang di muncung pistol dan tarik sampai ke picu. Biji/ bunga buah jambu selalu jadi peluru. Kalau biji tak ada, di ambilnya kertas,, dibasahkan, diisi batu kecil di dalam untuk dijadikan peluru.
Dulu dulu. kedai kedai runcit ada menjual kad kecil berukuran pemadam empat segi. Kalau tak dijual pun, ianya boleh didapati dengan bermain 'tikam' dengan pakcik penjual roti yang selalu lalu didepan rumah setiap petang. Di atas kad tersebut ada pelbagai gambar hero yang terkenal waktu tu seperti "ultraman" atau "perwira baja hitam".Kad kad kecil ini salah satu kegunaannya ialah untuk berlawan tepuk. 1 kad si adukan dengan kad pemain yang lain. Bila di tepuk, dan gambar daun kad tu terlungkup ke bawah, kita dikira kalah. Kad kecil tersebut akan bertukar tangan menjadi milik orang yang menang.
Lawan guli, lawan getah gelang, lawan adu kekuatan tangan, lawan siapa lidah dia boleh bergulung..dan macam macam lagi lawan. Dan seperti selalu, adiknya hanya memerhati. Jadi pengadil atau pemerhati. Kata abang, pengadil tu pangkat dia lagi tinggi. Yelah tu.
Tapi dia juga bagi upah. Upahnya pengadil dapat satu kad percuma dari pemenang. :) Waktu tu, saya memang suka mengumpul benda benda comel dan mengumpul upah. Upah tu juga sebenarnya berfungsi sebagai 'rasuah', agar si adik tidak mengadu kepada mak dan ayah apa abang abangnya buat). Kalau ada benjol kat dahi ke, atau lebam.. rahsia tetap disimpan.
Dah besar sikit, abang mula ajar saya permainan yang lebih mencabar :main catur, main dam. Dia ajar menggunakan minda, adiknya belajar meniru pergerakkan abang dan mengelat.. walau tak menang, keputusan seri dah lebih dari bagus..sebab sang abang tu juara catur kat sekolah.. :p Dan semakin banyak juga rahsia abang yang tersimpan.. betul tak , abang?
Saturday, 30 June 2012
Cinta Dan Pengertian
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Cinta'?
Apabila kita mencintai seseorang, kita rasa seperti ingin sangat memilikinya. Kita juga rasa yang kita amat perlukan dia, ingin dia ada disamping kita selalu. Kita mahu cinta kita itu berbalas.
Cinta..Membuat diri jadi tak menentuterkadang ketawa, terkadang menangisadakala bermuram, termenung, walau tidak diganggu.Tersenyum riang, walau tiada teman di sisi.Terkadang menangis tanpa bersebab.Merajuk tanpa punca..Benci bercampur rindu..Marah tapi sayangresah gelisah..walau tiada masalahberfikir tanpa penghujungseakan hilang fikiran
Gila.
Dalam kita bermain dengan perasaan sendiri, kita terlupa sesuatu yang penting : Perasaan si dia.
Bila kita mencintai seseorang, belum tentu dia juga mencintai kita. Mungkin juga kita cintakan dia, tapi dia cuma setakat suka atau sayang sahaja pada kita.
Lalu, kita cuma boleh berusaha.. lakukan yang terbaik. Mudah mudahan, dengan izin Tuhan, hatinya juga akan terbuka untuk mencintai kita.
Tapi, jika telah berusaha, dan si dia masih tidak mempunyai sebarang rasa cinta pada kita, maka lepaskanlah dia pergi. Jangan musuhi atau berdendam dengan dia. Atau menggunakan cara kasar/paksaan untuk memiliki dirinya..
Wednesday, 20 June 2012
Bermulanya Cinta
Jendela kamar dibuka luas.
Sang mentari tersedia menyambut dengan riang, burung burung berkicauan dan langit cerah kebiruan, melakar indah lukisan alam ciptaan Tuhan.
Hari ini sebenarnya sama seperti hari hari lain. Matahari yang sama, nyanyian burung yang sama, udara segar yang sama, bunyi hon motosikal penjual sayur yang lalu dihadapan rumah juga adalah senario yang sama seperti selalu.
Tapi... mengapa terasa seolah ada sesuatu yang berbeza pagi ini.
Sinaran mentari kelihatan lebih cerah dari biasa. Kicauan burung juga kedengaran lebih merdu, hingga hati turut ingin berlagu riang. Malah udara pagi juga terasa lebih segar.
Senyuman yang selalunya agak lewat untuk menampakkan diri (perlu secawan teh panas sebagai penggesa), tiba tiba begitu murah dihadiahkan buat semua yang lalu dihadapan jendelanya. Dia tertanya tanya pada diri apa yang lainnya hari ini ye?
Angin menyapa lembut, seakan mengelus wajah dan menyelak helaian rambut yang mengganggu pemandangannya. Pipi serta merta terasa hangat dan wajah merona merah.
Satu nama.. satu nama itu tiba tiba terlintas di minda. Dia tersentak. Mengapa...kenapa... nama itu yang muncul? Tangan didakapkan ke dada, terasa ada getaran yang kuat. Terasa jantung juga bergerak pantas. mungkin lebih pantas dari keretapi Maglev di Jepun.
Apakah perasaan ini? Tuhan, ada apa dengan dia? Mungkin...mungkinkah ini yang dinamakan 'Cinta'?
Subscribe to:
Posts (Atom)





.png)