Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban di hidupku
Biarkan saja biar saja
Hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap kuberdiri
Oh! ada saatnya kubicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam
Oh! sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri
Oh! ada saatnya ku bicara
Bila hatiku t'lah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam..
Bila hati berbicara.. senandung lagunya adakala ria, adakala lara dan adakala sepi tanpa kata..
Friday, 24 June 2011
Sepi - Yuna Shara
Thursday, 23 June 2011
Erti Kasih Dan Sayang
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak,Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka,Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu...*****Bukan mudah mengendalikan sebuah perhubungan andai tiada persefahaman.Hargailah masa bila berduaSayangi dirinya bila bersamaMaafkan kesalahannya walau hatimu terlukaRindui dirinya bila berjauhanFahami dirinya bila dia keliruNasihati dirinya bila dia terlekaIngati dia sentiasa bila kamu kesunyianMoga hati kan sentiasa tenang..
Saturday, 18 June 2011
Hati Yang Tersentuh.
Saya dilahirkan sebagai seorang perempuan.
Tidak mungkin saya dapat lari dari naluri ingin disayangi dan juga ingin menyayangi seseorang.
Namun, sifat malu masih ada lagi menguasai, menahan bibir dari meluahkan perasaan. Memendam rasa sayang yang mula hadir dan hanya berharap agar rasa ini akan pergi dengan sendirinya seandai si dia tidak memulakan bicara.
Tanpa diduga, dia sendiri yang hadir meluahkan satu persatu apa yang tersirat dihatinya.
Terima kasih Tuhan. Apa yang saya rasa turut terjalin di hati dia. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Ibarat Sang Pungguk yang tiba-tiba dihadiahkan Sang Bulan yang selama ini hanya mampu diangankan. Lidah membisu. Terawang di antara percaya dan tidak. Takut. Bagaimana jika diriini tidak cukup sempurna di mata dia.
Adakah salah meluahkan rasa apabila sememangnya sudah sayang?
Saya tidak mampu menjawab, kerana hati saya memang telah ada pada dia. Hanya untuk dia.
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
Sudah terlambat untuk kata-kata nasihat tersebut. Saya telah jatuh ... jatuh cinta pada Dia.
Monday, 13 June 2011
Di Mata Hati
Cinta..Anehnya sesuatu yang dinamakan cinta..
Adakalanya bila cinta wujud dalam diri seseorang,Ianya mampu menukar* Orang yang pemalu, menjadi berani,* Orang yang kedekut, menjadi dermawan* Orang yang negatif, menjadi positif,* Orang yang kasar, menjadi tertib,* Orang yang pendiam, menjadi puitis,* Orang yang lemah, menjadi kuat* Orang yang angkuh, menjadi rendah diri,* Orang yang berani, tampil lebih bersemangat* Orang yang malas, menjadi rajin,
Ada yang berubah selamanya, tapi ada juga yang berubah untuk sementara sahaja.Sukar nak diduga, kerana adakalanya ada yang mengambil kesempatan dalam cinta dan dibawanya pelbagai tipu daya. Perjalanan hidup sebenarnya tidak selalunya seindah impian dan harapan.Hati harus kental.
Terima kasih sayangKu ucap padamuKerana menyambut tangankuYang hampir layuBadai cinta melandaMengarah arusMenjadikan pantai yang indahKian bercelaruMarilah oh sayangkuDekat padakuSayangilah diriku iniSeadanya akuTak sanggup lagiMenyebut kata rinduKamar hatiku yang sayuFikirlah sayangFikirlah seharusnyaJanganlah engkau khianatiCinta iniIstana yang ku binaMahligai cintaMenjadi lambang pepohonanRedup kasihku
Sunday, 12 June 2011
Sepi Datang Lagi
Sekilas memandang dirinya yang sedang memandu. Matanya masih memandang ke hadapan, tertumpu pada trafik. Serius, tanpa segaris senyuman di bibir. Entah apa yang sedang dia fikirkan.
Saya terus memandang dia. Betapa masa telah merubah dirinya: uban jelas kelihatan bersulam di rambutnya yang dulu kesemuanya hitam pekat. Dia yang dulu amat kurus, kini kelihatan jelas berisi, dengan lapisan dibawah dagu dan saiz bajunya yang bertambah dari setahun ke setahun. Namun, bukan itu yang menjadi ukuran dalam menilai perasaan. Segalanya lebih kepada perubahan wataknya yang amat ketara sehingga saya tidak lagi mengenali dirinya.
Memejamkan mata dan dengan perlahan-lahan menyandarkan kepala pada bahunya. Satu minit, dua minit, tiga minit. Masih tiada reaksi. Tiada sepatah kata, walau untuk memarahi saya kerana mengganggu pemanduan dia.
Membuka mata. Nyata, tumpuannya masih di jalanraya.
Saya mengalihkan kepala dan kembali ke posisi asal. Pandangan saya lemparkan jauh keluar tingkap. Satu keluhan terlepas jua dari sangkar bibir. Tuhan, apakah ini satu kehidupan? Disayang tidak, di lepaskan juga tidak sama sekali.
Bukankah kematian itu lebih baik dari semua ini? Tangisan terkurung di penjara hati. Sampai bila?
Tuesday, 7 June 2011
Rahsia Hati 2

Kata orang: Apa guna memasang pelita, jika tidak dengan sumbunya. Apa guna bermain cinta, kalau tidak dengan sungguhnya.
***********************
Bersama dia, hati terasa tenang dan bahagia.
Bersama dia juga, diri selalu terlupa yang suatu ketika dahulu pernah bernekad untuk tidak membuka pintu hati ini lagi untuk sesiapa jua. Tak di nafikan yang diri sememangnya selalu leka bila berbual dengan dia dan masa berbual itulah yang sentiasa di nantikan setiap hari. Mata memandang ke jam tangan setiap kali hari beransur petang.
Adakah mungkin hati ini telah jatuh sayang secara diam diam?
Bulan..mungkinkah kamu ada jawapannya...?
Kata orang: Bahaya bermain dengan api.. takut nanti terbakar jari. Angin, tiupkan dan padamkanlah api tersebut sementara ianya masih boleh dipadamkan...
Hati Wanita
Walau zaman silih berganti, jiwa, perasaan, harapan dan emosi seorang wanita tetap sama: mereka sentiasa mahukan sesuatu yang lebih. Mahu sentiasa didampingi, mahu disayangi dan mahu disanjungi oleh seorang lelaki bernama suami.
Walaupun dia tahu yang dia telah mengambil suami orang yang bertanggungjawab membahagi segala-galanya (termasuk kasih sayang dan kesenangan hidup) seadilnya antara yang pertama dan kedua, hati seorang wanita masih mengharap dirinya lebih disayangi.
Dan aneh..andai pandangan suami beralih arah, saingannya yang di soal berbagai, di marahi. Sedangkan sang suami lepas tanpa pembalasan. Bagaikan langit dan bumi perbezaan situasi lelaki dan perempuan, sedangkan cinta itu memerlukan dua pihak yang memberi dan menerima. Mengapa seorang sahaja yang dipersoalkan?
Atas nama cinta, hati seorang wanita bagai laut yang tak berpenghujung.
Adakalanya sendirian mungkin lebih mendamaikan. Mungkin ketika itu tiada hati yang terusik, melainkan hatinya sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)
