Walau zaman silih berganti, jiwa, perasaan, harapan dan emosi seorang wanita tetap sama: mereka sentiasa mahukan sesuatu yang lebih. Mahu sentiasa didampingi, mahu disayangi dan mahu disanjungi oleh seorang lelaki bernama suami.
Walaupun dia tahu yang dia telah mengambil suami orang yang bertanggungjawab membahagi segala-galanya (termasuk kasih sayang dan kesenangan hidup) seadilnya antara yang pertama dan kedua, hati seorang wanita masih mengharap dirinya lebih disayangi.
Dan aneh..andai pandangan suami beralih arah, saingannya yang di soal berbagai, di marahi. Sedangkan sang suami lepas tanpa pembalasan. Bagaikan langit dan bumi perbezaan situasi lelaki dan perempuan, sedangkan cinta itu memerlukan dua pihak yang memberi dan menerima. Mengapa seorang sahaja yang dipersoalkan?
Atas nama cinta, hati seorang wanita bagai laut yang tak berpenghujung.
Adakalanya sendirian mungkin lebih mendamaikan. Mungkin ketika itu tiada hati yang terusik, melainkan hatinya sendiri.
Bila hati berbicara.. senandung lagunya adakala ria, adakala lara dan adakala sepi tanpa kata..
Tuesday, 7 June 2011
Hati Wanita
Labels:
* Bicara Hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment