Thursday, 18 June 2026

Sampai Waktu


Lakarkan perjalanan hidup,
apa yang sedang dilalui, 
apa yang sedang dirasai, 
apa yang terpendam di hati, 
terus ke hujung pena. 

Benar atau tidak
Ianya hanya dari satu sisi. 

Sunday, 9 October 2022

Serba Tak Kena


Adakala semua yang kita harap, tak menjadi. Malah sesuatu yang lebih buruk berlaku. Kita jatuh dari tempat paling tinggi, habis terpalit lumpur. Kawan rapat menjauh. Masyarakat sekitar pulau kan kita.

Sabar, yakinlah rencana Allah itu jauh lebih indah. Yang terleka dengan lampu bergemerlapan, ini masanya untuk sedar. 

Saturday, 26 February 2022

My World

 


Are you still against, waiting for my fall or will you come with me and enter my world?

Pernah terasa yang tiada siapa memahami..atau rasa seolah berada di dunia lain di mana orang anggap kamu 'the odd one'? 

'Weird' atau 'Unique'? Heh.. nope, this is my world. Enter only upon invitation

Wednesday, 15 August 2018

Terbang

Kaki terpasak di bumi, hati berlari ke langit.
Pilu dan sendu, tiada yang tahu.

Sunday, 8 July 2018

Kosong Kosong

Andai saja kita bertemu sewaktu diri belum dipunyai, belum dimiliki.

Pasti diri ini akan memilih untuk sehidup semati
berdua
bersama.

Tanpa ragu, tanpa soal. Sedia terima, dengan hati terbuka.
Pasti.

Namun itu hanya 'andai'.
Semanis gegula kapas, merah jambu, warna keanakan yang hidup di kayangan.
Realitinya kaki terikat pada bumi.

Andai saja...
kosong - kosong.

Thursday, 21 June 2018

Yang Istimewa






Gadis memandang Si Kecil.
Kata Doktor, Si Kecil mungkin tidak sesempurna kanak kanak lain. Lahirnya penuh komplikasi, di mana oksigen tidak sampai keseluruh otak. Ibarat luka yang dalam pada jari, andai jari sembuh..tetap akan tertinggal parut. Kulit tidak seperti asal. Itu metafora. Kalau kecederaan di otak, lagilah susah untuk di pastikan kesan kecederaan hingga ke tahap mana.

Berlinang airmata Gadis. Perlahan lahan jatuh menjadi deras.
Kanak- kanak istimewa.
Itu hanya ayat penyedap telinga, ayat mengurangkan graviti yang memberatkan hati yang telah jatuh ke kaki.

Istilah.
Anak Istimewa. Anak kurang upaya. Anak Cacat.
Yang membezakan hanya istilah. Hakikatnya ada yang kurang, ada yang tidak sama seperti orang lain. Anak yang tidak sempurna.

Istighfar. Istighfar, Istighfar.
Allah bagi pinjam anak ini ada sebabnya. Ada hikmahnya. Yang belum kamu nampak buat masa ini.
Sabarlah hati.

Kuat atau Tidak





Adakala kita terlalu banyak berfikir.
Terlalu banyak rasa takut, rasa sangsi dengan perkara perkara yang kita tak nampak, seperti masa hadapan.

Impian dan harapan beri kita kekuatan untuk capai apa yang kita ingnkan. Ada orang namakan ini sebagai 'angan'. Kita yakin akan bersama, kita yakin akan bahagia, kita yakin bulan mampu digapai tangan. Segalanya nampak jelas didepan mata: yang indah indah.
 
Bila kamu suarakan hasrat hati, orang keliling memandang serong. Kawan rapat mempersoalkan rational sebuah keputusan. Keluarga menghentam tindakan yang bakal diambil. Impian masih utuh atau hati mula berdolak dalik tatkala asakan demi asakan bicara menghimpit diri ke dinding? 

Impian kita yang benar atau mereka yang dusta? Adakah mata tertutup dengan prisma pelangi atau syaitan syaitan berkerja keras untuk tmbulkan was was? Kerana iman itu tipis, hilang kepercayaan pada Qada dan Qadar.  

Thursday, 17 August 2017

Dimana Bumi Di Pijak







Saya bukanlah orang Bandaraya. Saya juga bukan orang Kampung.
Hanya seseorang yang berada di tengah-tengah antara keduanya. Seseorang yang dilahirkan di bandar kecil dan berhijrah ke merata ruang di bumi Tuhan. Seorang Nomad yang tak punyai latar belakang yang kukuh.

Ada bezanya antara tinggal menetap di suatu kawasan dan tinggal singgah sementara di suatu persinggahan. Apabila menyinggah, saya tak pernah ambil peduli sangat tentang keadaan sesuatu tempat itu. Masuk padang kambing, mengembik. Tempat orang, sudah tentu ada kelainan, ada perbezaannya tersendiri. Semuanya sementara.

Tetapi apabila menetap di tempat yang kekal, ada kejutan di minda. Ini bukan persnggahan.  Ini ialah tempat menetap. Ianya adalah untuk satu jangka masa yang lama. Andai tidak suka, tidak boleh lari ke mana-mana. This is where you are to be. Proses adaptasi bermula. Itu namanya 'Survival'.

Pertama kali tinggal di sini, terasa ganjil bila tiada pagar besi untuk dikunci. Bagaimana untuk merasa selamat? Sesiapa sahaja boleh melintas kawasan laman , boleh sahaja menceroboh masuk, bukan? Waktu siang, masih lagi kita boleh memerhati sekeliling. Namun bila malam menjelma dan ngantuk menggamit, siapa yang akan mengawasi rumah?

Awak tahu, saat yamg paling takut ialah apabila gelap malam menenggelamkan senja. Apabila suara-suara siang hilang, berganti dengan bunyi-bumyian malam. Cengkerik memanggil rakan-rakan untuk nyanyikan lagu sayu alam, burung-burung malam yang bersahut sahutan seolah menegur sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar, Imaginasi semakin aktif. Segala adegan dalam cerita seram mula terimbas satu demi satu. Kelibat babi hutan melintas, membuat terpacul satu jeritan ketakutan. Orang sekeliling lena dibuai mimpi, saya seorang terkebil kebil mata memandang siling. Menanti siang.Orang penakut sememangnya begitu. Luaran nampak seperti tiada apa, tapi bila sendirian, jangan harap akan bangun walaupun untuk ke tandas apabila lampu telah padam. :)

Adaptasi.
It's either you toughen yourself and survive or you justt lay down on the ground and die.
Tak adalah sampai mati pula, kan. Adaptasi, mencari kunci untuk sesuaikan diri dari segi mental dan fizikal. Contohnya, buka CD ayat ayat quran sewaktu ingin tidur malam untuk menutupi bunyi bunyi alam yang menyeramkan.

Percaya.
Yakin bahwa tiada yang Berkuasa melainkan Allah.

Wednesday, 2 August 2017

Cerita Kita

Hidup ini penuh cerita..
ada yang dikongsi bersama..
ada yang kekal rapi tersimpan di sudut hati.

Cerita Kita.

Friday, 12 May 2017

Tudung

Dalam begitu banyak helaian tudung di almari,  tudung yang satu tu juga yang dipakai berkali kali, tanpa henti.

Cuci,  kering,  pakai semula. 
Sampai bila..?  Hingga ianya lusuh atau carik.  :)

Soal hati.

Sunday, 29 January 2017

Siapa Yang Faham

Rajuk
Tangis
Hati yang terguris..

Siapa mampu faham..
Melainkan berada dalam jasad ini..

Jadi diri ini. 

Thursday, 29 December 2016

Lihat Awan

Jom, 
duduk sebentar sebelah saya
tanpa perlu kata apa apa
kita biar jari bertaut
mata memandang arah yang sama
awan dan langit indah

Jom,
temani seketika
sebelum saya menutup mata..

Tuesday, 27 December 2016

Melupakan

Sekian lama berkawan dan sekian lama bercinta,  bukanlah sesuatu yang mudah untuk melupakan apa yang

kita pernah ada
kita pernah lalui
bersama.

Bohong
seandainya lidah berkata bahawa saya dah boleh lupakan awak

Tipu
seandainya bibir ucapkan bahawa saya langsung tak ingat pada awak

Sampai bila-bila. 

Tuesday, 29 December 2015

Hati

Berhentilah. Telah lelah sembunyikan luka, setiap langkah hanya menambah pilu. Cuba menahan sendu agar tiada siapa yang tahu. Mengertilah.

Bila bersendiri tak dapat menipu. Roh dan jasad bersatu, sepakat mengeluarkan segala kesakitan dan kedukaan melalui tangisan.

Hati, andai ingin berhenti berdenyut, berhentilah. Tidak akan dihalang lagi. Berhentilah andai sudah terlalu lelah. Berhentilah.
Berhentilah.
Berhentilah.

Saturday, 24 January 2015

Jin Dalam Botol


Kisah ini adalah kesinambungan dari kisah 'Aladdin' di dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Kisah Jin Lampu yang setia berkhidmat untuk Tuan Aladdin. Kisah Jin Lampu yang suatu ketika telah jatuh cinta dengan seorang Gadis miskin yang tinggal di hujung kota. Gadis yang hidup sebatang kara, hidup setakat cukup makan sekadarnya. Takdir hadir, mereka bertemu, mereka mengalun melodi cinta serta mengimpi bahagia.
Kata Jin:
Mintalah apa sahaja, Gadis. Akan saya tunaikan apa sahaja permintaan Gadis selagi dalam kemampuan saya. Hati akan rasa gembira andai terlaksananya segala hajat orang yang amat saya sayangi. Saya ingin lihat Gadis tersenyum ria, tiada lagi tumpahan airmata. Mintalah, Gadis. Mintalah apa sahaja.
Gadis tersipu malu. Tiada apa yang dia ingini kecuali bahagia bersama Jin. Namun untuk tidak menghampakan Jin, dia membuat senarai permintaan. Sesuatu yang biasa mungkin bagi orang lain namun amat istimewa buat Gadis:
Saya ingin makan pizza 'Dominos' (dengan awak)*
Saya ingin makan aiskrim 'Cornetto' (dengan awak)*
Saya ingin pergi ke I-City Shah Alam (dengan awak)*
Saya ingin rasai 'candle light' dinner di sebuah restoran di hujung kota (dengan awak)*
Saya ingin sepasang baju kurung berwarna biru laut. (pilihan awak)*
Saya ingin patung beruang sebesar awak (agar saya dapat memeluknya waktu ketiadaan awak)*
*diucapkan di dalam hati.
Jin tersenyum:
Jika itu sahaja permintaan Gadis, sudah tentunya lebih dari boleh. Terlalu mudah bagi 'magis' saya. Namun saya ingin meminta Gadis bersabar buat sementara kerana janji saya pada Tuan Aladdin harus didahulukan dan diutamakan. Setelah tamat tempoh perkhidmatan saya pada Tuan Aladin dan saya dibebaskan, saya akan tunaikan segala permintaan Gadis. Boleh ye Gadis?
Gadis mengangguk, tanda bersetuju dengan rela. Gadis mula menganyam mimpi bahagia di kala tidur berbekalkan kata-kata pengikat jiwa berulam mesra oleh Jin. Cinta.
Sehari berganti seabad bertukar sedekad. Dua tahun bukan satu masa yang singkat dalam sebuah penantian yang tiada berpenghujung. Tiada janji terpateri, hanya sebak bertambah di hati.
Gadis masih menanti. Hati semakin sebak, rabak. Masih menanti permintaan yang belum pernah dipenuhi dan bahagia yang diidami. Adakah Jin di dalam botol juga sama seperti manusia di dunia realiti? Lepaskan lah Gadis pergi..

Thursday, 1 May 2014

Cinta IV


Dengan tangan berteleku memangku dagu di meja, Gadis memandang wajah Teman. Seakan ingin meratah wajah, mencari jawapan pada mata Teman.
"Pernahkah awak merasa apa itu 'Cinta'? Cinta yang sebenar-benarnya cinta, sehingga setiap kata-katanya ibarat sabda mampu menggoncangkan jiwa dan raga? Setiap diam dan marahnya umpama pisau yang menikam jantung dan mengelar hati? Pernahkah?" tanya Gadis.
Jeda. Pandangan mata Teman menjauh, merentasi benua yang tak terkejar oleh Gadis. Perlahan-lahan bibir teman mengukir segaris senyuman bersulam rahsia silam. 
"Pernah. Tentu saja pernah. Kita bukan unik. Cinta itu bukan hak peribadi individu." jawab Teman.
Bunyi kipas sahaja kedengaran. Dua manusia itu hilang dalam dunia masing-masing. Jasad dan hati menuju ke destinasi berlawanan.
Rahsia hati: sesuatu yang rumit dan... sulit.

Tuesday, 1 April 2014

Cinta Sesungguhnya



Hari ini , tidak seperti biasa, dia kembali dengan wajah berseri-seri. Lantas mulut segera menegur dia. Segera dia tertawa sambil memberitahu bahawa apa yang dicitanya telah terlaksana: cinta telah ada.
Adakah awak cintakan dia?
Jawapannya "Ya. Saya sememangnya telah jatuh cinta pada Dia."

Kalau ditanya bagaimana dan bila perasaan ini bermula, pasti susah untuk saya tentukan masanya.

Semuanya berlaku dengan kadar yang amat pantas. Satu saat kami berbual, bertanya khabar serta bertukar cerita dan tiba-tiba satu saat yang lain, perasaan itu bertukar 360 darjah menjadi cinta.

Adakala saya sendiri masih tidak percaya yang ianya telah berlaku. Segalanya bagaikan mimpi saja. Apa yang saya tahu hanya satu: saya memang amat sayangkan dia. Malah perasaan ini semakin bertambah apabila saya semakin mengenali dirinya.

 ~ sekalah airmatamu
jangan diminta jodoh turun dari langit
atau muncul dari almari bajumu
carilah sampai ketemu
walau jalannya terjah berliku
walau kerikil batu menghempapmu

doalah tanpa jemu
pasti Tuhan simpankan satu
untuk menemani syurgamu ~

~Fazleena Hishamuddin~

Sunday, 30 March 2014

Rayu


Aku merayu
pada hujan yang memecah langit
pada angin malam yang menusuk ke tulang
pada wajah kenangan silam
tolong jangan disiat-siatnya lagi hati dan jiwa ini.

Malam ini
aku ingin tenang
aku ingin terbang. 

Saturday, 29 March 2014

Rindu Bayangan I


Setiap malam
bibir mengucap salam dalam diam
mengharap angin membisikkan rindu, menyentuh kalbu
seorang dia
kerana 
diri tidak lagi mampu menyuarakan rasa.

Seorang dia telah ada yang empunya.

Friday, 28 March 2014

Istimewa


Kata dia: Adakala kita sangka kita teristimewa di mata dia. Adakala kita fikir kita insan terpilih untuk membahagiakan dia. Kita rasa semuanya akan dapat ditempuhi bersama, berdua. Biar apa buruk kata orang, biar serong semua mata di dunia memandang. Kami. Berdua.
Sehari demi sehari kita membina mimpi. Kita cuba ubah hidup kita dan cara kita demi menjadi insan yang lebih layak untuk dia. Kita senyum, kita sabar. Kita sangka dia dan kita sehaluan destinasinya. 
Kita buka mulut, kita suarakan hasrat. Lampu tiba-tiba terpadam, 'black out'. Walau rasa itu sama, rupanya impian kami berbeza. Bayang menghilang dalam gelap, pergi bersama cahaya. Mata jadi buta. Sakit menusuk-nusuk dada, terluah jadi air mata. Menjerit tiada suara, hampir gila memendam segalanya. Namun memaksa, bukan sekali-kali cara kita. Cukuplah dengan lima kali hitungan jari, merayu agar dikembalikan cahaya. Hampa.
"jiwaku tidak sekuat besi, malah bukan seteguh batu. gagah mengukir senyum berseri, tangis di hati tak siapa yang tahu". 
Sakit. Amat sakit. Apatah lagi bila bersendiri, tiada mata yang memerhati. Terhambur segala derita di hati. Esak dan tangis yang setia menemani. 
Fahamkah awak..