Tuesday, 31 May 2011

Satu



Kau sudah tidak asing buat aku
Kerana aku telah belajar mengenali dirimu
Mengetahui dari mana datangnya kamu
Dan mensyukuri erti kehadiran mu

Ketahuilah
Hari hariku berlalu kosong tanpa dirimu
Mimpiku dilewati senyum tawamu
Buatkan aku semakin menyayangi mu

Aku sedang menghargai perasaan cinta ini
Dan masih meneroka perasaan rindu ini
Dan semoga dirimu itu,
Menjadi satu bersamaku..

Friday, 27 May 2011

Yang Tersurat



Kata dia:
Jangan tertarik kepada seseorang karena paras rupanya kerana keelokan paras boleh menyilaukan pandangan. Jangan pula tertarik kepada kekayaan seseorang karena kekayaan boleh musnah dalam sekelip mata.

Sayangilah seseorang yang dapat membuat awak tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Saya harap awak akan menemukan seseorang seperti itu satu hari nanti..

Kata saya:
Mungkin saya kini telah menemui orang itu.. Seseorang yang membuat saya tersenyum sewaktu sedih dan dia juga menghapuskan airmata saya. Seseorang yang menenangkan hati dan jiwa resah. Seseorang yang setia berkongsi cerita , sedih dan tawa bersama sama.

Tersurat atau tersirat, dia mengerti setiap reaksi dan apa yang terlintas di fikiran saya.
Saya akui saya sayangkan dia.. dan dia adalah nyawa saya. Saya tak mampu bayangkan hidup tanpa dia. Iye, kerana tanpa dirinya bagaimana saya mahu meneruskan perjalanan hidup dengan hanya separuh nyawa...?

Saturday, 21 May 2011

Matahari



Sepasang kekasih sedang berbual bual.
Dalam seloka, wanita itu bertanya sekiranya dia menjadi bunga, apakah yang kekasihnya pula akan pilih untuk jadi.

Lelaki itu berkata yang dia ingin menjadi matahari. Wanita itu pelik dan tak mengerti kenapa kekasihnya ingin jadi matahari, walhal jawapan yang betul sepatutnya kupu kupu atau kumbang. Kekasihnya hanya diam dan tersenyum.

Wanita itu tidak puas hati lalu bertanya lagi: Andai saya memilih menjadi rembulan..?
Lelaki itu menjawab yang dia tetap akan menjadi matahari.
Wanita itu semakin bingung karena matahari dan bulan muncul pada waktu berlainan dan sukar untuk bertemu, tetapi kekasihnya masih tetap memilih untuk jadi matahari....

Wanita itu mencuba lagi dan berkata andai dia menjadi burung, apa jawapan kekasihnya?
Lelaki itu masih menjawab yang dia memilih menjadi matahari....

Wanita itu tertunduk dan airmata mula bergenang. Tiga kali dia bertanya tapi jawapan kekasihnya tetap sama. Terasa dirinya seperti dipermainkan.

Lelaki itu tersenyum mengerti dan menerangkan kenapa dia memilih matahari.

Andai wanita itu menjadi bunga, lelaki itu ingin menjadi matahari yang menerangi dan memberikan sinarnya sentiasa untuk bunga agar ianya dapat tumbuh, berkembang mekar dan cantik. Walau keadaan tak akan memungkinkan dia mencium bunga, dan menetapkan agar dirinya hanya dapat memandang dari jauh, dia sanggup berkorban untuk sang bunga. Inilah kasihnya sang lelaki : memberi tanpa meminta sebarang balasan.

Andai wanita itu menjadi bulan, lelaki itu ingin menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Kerana cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari,
tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan, siapakah yang ingat kepada matahari?
Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak bisa menikmati cahaya bulan. Dia sanggup lupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya
agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut. Ini lah Pengorbanan... menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.

Andai wanita itu jadi burung yang dapat terbang tinggi, lelaki itu tetap ingin menjadi matahari
agar burung bebas untuk pergi ke mana saja yang dia mahu. Matahari tidak akan mencegahnya.
Matahari rela melepaskan phoenix untuk pergi jauh. Matahari akan selalu menyimpan
cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung. Matahari selalu ada untuk burung bila bila dia mahu kembali. Ini disebut Kesetiaan. Walaupun ditinggal pergi dan dikhianati,
namun dia akan tetap menanti dan mau memaafkan.

Lelaki tersebut memandang wanita itu dengan senyuman. Tapi reaksi wanita itu nyata berlainan dari yang diharapkan.Wanita tersebut bangun dan sebelum melangkah pergi, berkata: Saya tidak ingin dipuja dari jauh. Saya juga tidak ingin seseorang yang berkorban sedemikian sekali untuk saya dan hanya suka memerhati dari jauh. Saya hanya mahukan seseorang yang sudi untuk bersama sama dengan saya di waktu gembira dan duka. Seorang teman yang juga kekasih , yang menyatakan rasa cintanya pada saya...

Sunday, 8 May 2011

Tanpa - Sixth Sense

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

(Korus)
Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..

(ulang korus)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam relung hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut.. Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Bila Malam Menjelma



bila malam menjelma,
rasa sejuk mencengkam jiwa...
segala perilaku di siang hari
bagai dihitung sebelum mata terpejam...
dunia bagaikan memberi ruang pada kita
untuk sujud menenangkan diri pada pencipta...
kadang kala kita lupa,
di sebalik kejadian
ada-Nya...

Tentang Jodoh



Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan pada setiap orang. Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Mana mungkin ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam Islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati.
*****************************************
Kata orang: Andai susah bertemu jodoh, maknanya orang tidak nampak kita.
Tak nampak bukan bererti halimunan. Tapi tak nampak dari segi batin, dari segi hati.

Kata mereka lagi, cuba siasat di mana uri kamu ditanam. Orang dulu dulu percaya, uri anak perempuan seharusnya ditanam didepan rumah. Supaya diri halusnya senang dinampak orang, dan cepatlah dia di pinang. Sebaliknya uri orang lelaki sepatutnya ditanam dibelakang rumah supaya dirinya tidak terlalu menonjol lantas jadi rebutan anak dara. Kalau terasa diri malang, mungkin uri tersebut telah ditanam terlalu jauh. Benar atau tidak? Entahlah, sebab belum ada kajian tentang uri & lokasi ianya ditanam.

Tapi yang nyatanya, jodoh, pertemuan, perceraian, perpisahan semuanya urusan Tuhan. Kita sebagai manusia cuma berusaha. Kekadang masanya belum sampai untuk bertemu orang yang benar benar sesuai.

Saturday, 7 May 2011

Rindu Antara Kita


Siti Nurhaliza - Rindu Di Antara Kita


Di saat ku merindu
Hanya dirimu kasih
Terbayang di hadapan mataku
Kita berdua menyusur
Pinggiran di pantai
Kau genggam tanganku

Daku jua begitu
(ni ye yi yang shi wo wei yi)
Merindu mu oo kasih
(feng feng yu yu wo dou huli)
Kini aku berdiri di hadapanmu
(yu ni de ai rang wo yue lai yue ai ziji)
Genggam jemarimu sayang
(ai ni xin li you duo tian mi)
Masihkah hanya bayanganku
(gan shou ni wen ru de qi xi)
Di hadapan matamu
(mei tian mei yue xiang ze ni)

Oh kasih cintamu
(ren bai li you le ni)
Penawar kerinduan di hati
(wo de shi jie cong ci bu bui zai xia yu)
Oh kasih hanya kau
(tian yu di zi you ni)
Bertakhta di jiwa
(shen mai zai wo xin di)
Jangan kita dipisahkan
(rang wo men yong yuen hu fen li)
Walau apa pun hasutan
(ha xin dou kao jin zai yi qi)
Pasti kita kekal selamanya
(wo lian xiang yi zai tian bian de chen)

Ukiran percintaan
(yuan wo yong zai ni xin li)
Lambang kasih asmara
(shi shi ke ke yi wei zhe ni)
Bagaikan pertama dua jiwa
(shou quan zhe shou man man zou zai mei ge li ming)

Impian dikau dan aku
(ai ni shi shans tian de su ming)
Bersatu rindu dan cinta
(an dai ne he wo de gan qing)
Di antara kita
(shen sheng she shi xiang yi)