Bila hati berbicara.. senandung lagunya adakala ria, adakala lara dan adakala sepi tanpa kata..
Thursday, 21 June 2018
Kuat atau Tidak
Adakala kita terlalu banyak berfikir.
Terlalu banyak rasa takut, rasa sangsi dengan perkara perkara yang kita tak nampak, seperti masa hadapan.
Impian dan harapan beri kita kekuatan untuk capai apa yang kita ingnkan. Ada orang namakan ini sebagai 'angan'. Kita yakin akan bersama, kita yakin akan bahagia, kita yakin bulan mampu digapai tangan. Segalanya nampak jelas didepan mata: yang indah indah.
Bila kamu suarakan hasrat hati, orang keliling memandang serong. Kawan rapat mempersoalkan rational sebuah keputusan. Keluarga menghentam tindakan yang bakal diambil. Impian masih utuh atau hati mula berdolak dalik tatkala asakan demi asakan bicara menghimpit diri ke dinding?
Impian kita yang benar atau mereka yang dusta? Adakah mata tertutup dengan prisma pelangi atau syaitan syaitan berkerja keras untuk tmbulkan was was? Kerana iman itu tipis, hilang kepercayaan pada Qada dan Qadar.
Thursday, 17 August 2017
Dimana Bumi Di Pijak
Saya bukanlah orang Bandaraya. Saya juga bukan orang Kampung.
Hanya seseorang yang berada di tengah-tengah antara keduanya. Seseorang yang dilahirkan di bandar kecil dan berhijrah ke merata ruang di bumi Tuhan. Seorang Nomad yang tak punyai latar belakang yang kukuh.
Ada bezanya antara tinggal menetap di suatu kawasan dan tinggal singgah sementara di suatu persinggahan. Apabila menyinggah, saya tak pernah ambil peduli sangat tentang keadaan sesuatu tempat itu. Masuk padang kambing, mengembik. Tempat orang, sudah tentu ada kelainan, ada perbezaannya tersendiri. Semuanya sementara.
Tetapi apabila menetap di tempat yang kekal, ada kejutan di minda. Ini bukan persnggahan. Ini ialah tempat menetap. Ianya adalah untuk satu jangka masa yang lama. Andai tidak suka, tidak boleh lari ke mana-mana. This is where you are to be. Proses adaptasi bermula. Itu namanya 'Survival'.
Pertama kali tinggal di sini, terasa ganjil bila tiada pagar besi untuk dikunci. Bagaimana untuk merasa selamat? Sesiapa sahaja boleh melintas kawasan laman , boleh sahaja menceroboh masuk, bukan? Waktu siang, masih lagi kita boleh memerhati sekeliling. Namun bila malam menjelma dan ngantuk menggamit, siapa yang akan mengawasi rumah?
Awak tahu, saat yamg paling takut ialah apabila gelap malam menenggelamkan senja. Apabila suara-suara siang hilang, berganti dengan bunyi-bumyian malam. Cengkerik memanggil rakan-rakan untuk nyanyikan lagu sayu alam, burung-burung malam yang bersahut sahutan seolah menegur sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar, Imaginasi semakin aktif. Segala adegan dalam cerita seram mula terimbas satu demi satu. Kelibat babi hutan melintas, membuat terpacul satu jeritan ketakutan. Orang sekeliling lena dibuai mimpi, saya seorang terkebil kebil mata memandang siling. Menanti siang.Orang penakut sememangnya begitu. Luaran nampak seperti tiada apa, tapi bila sendirian, jangan harap akan bangun walaupun untuk ke tandas apabila lampu telah padam. :)
Adaptasi.
It's either you toughen yourself and survive or you justt lay down on the ground and die.
Tak adalah sampai mati pula, kan. Adaptasi, mencari kunci untuk sesuaikan diri dari segi mental dan fizikal. Contohnya, buka CD ayat ayat quran sewaktu ingin tidur malam untuk menutupi bunyi bunyi alam yang menyeramkan.
Percaya.
Yakin bahwa tiada yang Berkuasa melainkan Allah.
Wednesday, 2 August 2017
Cerita Kita
Hidup ini penuh cerita..
ada yang dikongsi bersama..
ada yang kekal rapi tersimpan di sudut hati.
Cerita Kita.
Friday, 12 May 2017
Tudung
Dalam begitu banyak helaian tudung di almari, tudung yang satu tu juga yang dipakai berkali kali, tanpa henti.
Cuci, kering, pakai semula.
Sampai bila..? Hingga ianya lusuh atau carik. :)
Soal hati.
Sunday, 29 January 2017
Siapa Yang Faham
Rajuk
Tangis
Hati yang terguris..
Siapa mampu faham..
Melainkan berada dalam jasad ini..
Jadi diri ini.
Thursday, 29 December 2016
Lihat Awan
Jom,
duduk sebentar sebelah saya
tanpa perlu kata apa apa
kita biar jari bertaut
mata memandang arah yang sama
awan dan langit indah
Jom,
temani seketika
sebelum saya menutup mata..
Tuesday, 27 December 2016
Melupakan
Sekian lama berkawan dan sekian lama bercinta, bukanlah sesuatu yang mudah untuk melupakan apa yang
kita pernah ada
kita pernah lalui
bersama.
Bohong
seandainya lidah berkata bahawa saya dah boleh lupakan awak
Tipu
seandainya bibir ucapkan bahawa saya langsung tak ingat pada awak
Sampai bila-bila.

