Aku pinta setiap waktuAda setia di hatimuSabar dan rela dalam menerimaJalan hidupku begini seadanyaAku ingin kau memimpinkuKe jalan indah dan bahagiaSelama mungkin akan ku turutiDemi setia cintaku terhadapmuAku pinta selaluAda cinta dalam hatimuDan mekar selamanya buatkuAku pinta selaluJangan nodai cintakuKasihmu kasihku terus bersatuIni pintakuJangan kasih dimungkiri janjiJanganlah kau hancurkanHarapan ku nan suci...Aku pintaAku pinta selaluAda cinta dalam hatimuDan mekar selamanya buatkuAku pinta selaluJangan nodai cintakuKasihmu kasihku terus bersatuIni pintakuSelamanya buatkuAku pinta selaluJangan nodai cintakuKasihmu kasihku terus bersatuIni pintakuSesungguhnya mahligai indahYang ku dambakan bersamamuBiar bertakhta buat selamanyaKetulusan asmara kita bina..Ini pintaku
Bila hati berbicara.. senandung lagunya adakala ria, adakala lara dan adakala sepi tanpa kata..
Saturday, 30 April 2011
Impian
Langit Nan Biru
Zaman berubah..
Kehidupan juga jelas beranjak dengan masa
Namun masih ada yang mengekalkan keasliannya.
Bila fikiran terasa sempit,
jiwa meronta resah,
Dongak dan pandanglah ke langit.
Waima pemandangan langit kini sempit,
terlindung sebalik arus pembangunan
menara tinggi mencakar langit
namun langit dan awan tetap tidak berubah.
Cahaya matahari menyinari dengan saksama kepada semua
Bintang tetap setia di malam hari
menunjukkan arah bagi mereka yang resah.
Apabila jiwa sayu
fikiran cacamarba
maka
angkatlah kepala dan dongaklah ke langit
Sekali Ini Saja

Bersamamu …kulewati …lebih dari seribu malamBersamamuItu yang ku mahu …namun kenyataannya jauh berbeza..TuhanAndai masih ku diberi kesempatanizinkan aku untuk mencintainyaNamun bila waktuku telah habis dengannyabiar cinta hidup sekali ini saja lagi..Tak sanggup bila harushidup tanpa hembusan nafasnya.Tuhanandai waktu dapat kuputar kembalisekali lagi untuk mencintainya…Namun bila waktuku telah habis dengannyaBiarkan cinta ini…Biarkan cinta ini…Hidup untuk sekali ini saja lagi..
Wednesday, 27 April 2011
Burung

seringnyatika dtg waktu sebegini...diri cuba menjadi seekor burungyang galak terbangmenjangkau dan melangkaui awanan ...dan akan ku buangkansegala realiti d benak hati..
Pujaanku
Andaikan malam tiada pernahkan berakhirSetiapku bersamamu mungkin tak berujungBetapa rindu ini tak pernah matiKekasih hatiku hanyalah engkauSaat mulut manismu memanggil namakuHatiku pun bergetar bagai terserang rinduBertapa aku menyanjungimuButa mata dan hati untuk yang lainMemetik gitar menyanyi syair yang tulusPersembahan kalbukuNantikan dikau ditidur lelapkuPujaankuBurung berkicau tanda setia pada pagiKu dengan engkau tak bisa dipisahkan lagiJantungku kau mintapun kan ku berikanBetapa dalamnya cinta untukmu
Sayang
Tak kupinta malapetakaYang jatuh menimpa dan menguji cinta kitaNamun daku tak sanggup lihat muMengorban hidupmu semata-mata untukkuPergilah sayangDirimu kan tetap daku kenangSetiap malam berlinang airmatakuJadi perangsang merindu mu sayangJangan pula dikau salah sangkaKumungkiri janji ku tak mencintai lagiTapi kini izin kuundur diriKerana ku tak mampu untuk membahagiakanmuMemang sayang untukku melepaskanmuBiarku tanggung deritakuPergilah sayangDakaplah daku untuk kali terakhirOh kasihku
Sunday, 24 April 2011
Pesanan Abang
Sewaktu bermenung di tepi tingkap, melayan rasa dan kenangan, abang memberi salam dan mengambil tempat duduk di sisi. Kata abang. 'Jangan bersedih lagi ye adik. Kita kena pasrah dengan segala ketentuan Tuhan. Setiap yang hidup, pasti akan sampai masa untuk kembali pada Nya.
Saya bertanya : Abang, apa itu pasrah?
Kata abang : Pasrah itu penerimaan dan perjuangan
Saya masih keliru. Panjang penerangan abang, namun ianya tidak dapat hilangkan rawan di hati. Masa beredar..dan episod tersebut tertanam jauh di sudut paling dalam di ingatan.***********
Semalam, saya lemas dalam kesedihan dan kemelut masalah. Perit dan jerih silih berganti. Namun saya memaksa diri untuk bangkit dan pesanan abang muncul semula di ingatan.
Perlahan lahan..saya mula faham apa itu pasrah.
Pasrah bukannya menangis semata tanpa berbuat apa.. Itu namanya mengalah..
Pasrah itu menerima apa jua musibah yang datang dengan hati yang tenang dan terbuka.
Pasrah bukan menyerah, apatah lagi menyalahkan takdir.
Pasrah itu percaya kepada Qada dan Qadar, sambil hati tetap bersyukur.
Pasrah itu teruskan usaha sambil sentiasa ingat yang kita manusia cuma merancang, tapi Allah yang menentukan.
Pesanan abang : Dalam kesedihan, jangan sesekali berputus asa. Terus berusaha. Kalau masih tak berjaya, buka kan minda dan ikhlaskan hati untuk terima kenyataan. Itu maksud sebenarnya pasrah...
Hari ini, walau mereka telah tiada..saya rasa amat bersyukur. Kerana saya masih ada kenangan, masih ada pesanan pesanan abang mengiringi saya dalam mencari erti sebuah kehidupan. Walau jauh di mata, namun sentiasa dekat di hati..
Subscribe to:
Posts (Atom)


