Friday, 14 January 2011

Andai..


Ini bukan soal mahu ataupun tidak..
Ini soal hati..
Lebih jelas lagi..
ini soal jatuh hati..

Kata dia :
Andai hati tidak berdetik..
Andai hati tidak bergetar..
Bagaimana untuk terima..
Soal hati bukan boleh dibuat main..
Tersilap kata, merana selama lama

Tapi..
Kata mereka
Andai hati telah ditawan..
Andai telah bersemi sayang..
Andai janji telah diikat mati..
Apakah boleh dijamin bahagia selamanya?

Cinta bukan segala galanya..
Begitukah..?

Tuesday, 11 January 2011

Dari Kerana Mata



Ada yang berkata, cinta itu datangnya dari mata dan perlahan lahan turun ke hati. '
Ada pula yang mengatakan cinta itu bermula dari hati yang saling memahami lantas perlahan lahan mata turut tertawan dengan keindahan peribadi orang yang disayangi.

Mungkin keduanya betul. Mata adalah jendela hati.
Adakala bibir tak mampu mengungkap sayang kerana terlalu kuat perasaan. Seperti tiada kata mampu dilafazkan yang setanding dengan apa yang dirasa.

Maka renungkan ke dalam matanya, yang mengungkap segala kandungan dan rahsia hati. Ada sesuatu yang berlainan pada pandangan itu..

Tanpa sengaja..
Mata sentiasa akan terarah padamu..
Bagai tarikan magnet yang berlainan kutub,
Sentiasa mencari dan ingin mendekati .
hanya kamu..

Friday, 3 December 2010

Erti Persahabatan


Adakala mereka berkata saya ini terlalu berfikiran dewasa. Adakala juga, mereka berkata saya terlalu keanak-anakan.

Dalam hidup ini, saya sentiasa cuba pendamkan segala perasaan saya. Saya cuba selesaikan semua masalah sendirian. Bukan sombong atau ego, namun kerana ingatkan pesanan ayah agar jangan sekali-kali menyusahkan orang lain. Biar kita membantu orang, tapi jangan sesekali membebankan teman-teman dengan masalah peribadi.

Saya cuba untuk tidak terlalu rapat dengan sesiapa. Adakalanya apabila terlalu rapat, kita lupa untuk menjaga percakapan kita. Ada rahsia yang akan terbocor, ada tawa yang  menghiris jiwa. Ada hati yang pasti akan terluka dan keadaan menjadi tegang. Saya tidak ingin terluka.

Namun saya hanya manusia biasa. Terkadang apabila berjumpa dengan mereka yang sama pemikiran, mereka yang terlalu baik atau mereka yang dapat menerima saya seadanya, saya jadi lalai dan semakin hari semakin dekat dengan mereka.

Sejak musibah menimpa, tanpa berfikir panjang, saya terus mendiamkan diri dan maafkan saya, saya juga mula menjauh. Saya ingin menangis tanpa sesiapa melihat. Saya tidak mahu belas kasihan sesiapa. Saya cuba melawan ombak, berenang ke pantai tanpa bantuan sesiapa.

Semalam saya terbaca nota yang telah lama ditinggalkan seorang teman buat saya. Seorang teman yang banyak mengajar saya tentang bintang. Dia teman setia, sentiasa bertanya khabar bila malam menjelang. Walau kami berbalah, sekalipun (tentang bulan, tentang bintang, tentang camar, tentang pantai), kami tetap akan berkawan semula kemudiannya. Kami saling bergurau, bercerita dan juga saling buli membuli , cabar-mencabar keupayaan berkarya masing-masing. Bukan apa, saya dapat lihat potensi dalam dirinya dan saya ingin dia tonjolkan bakatnya yang ada. Apa pula yang dia nampak dalam diri saya? Entahlah. Jeda.

Dalam notanya, dia masih bertanya khabar saya dan mendoakan kebahagian saya. Tidak sesekali dia memarahi kerana lama menghilang. Malahan dia memberi satu hadiah yang sangat besar ertinya: sebuah sajak yang ditulis dan dipostkan di blognya.

Bicaranya membuat saya sayu. Katanya, tindakan saya melarikan diri dan membuang kawan amat merisaukan dia. Bukan hanya menyusahkan orang lain malah menambah kekacauan minda. Katanya hilangkan diri tanpa pesan sama seperti tidak percaya pada teman. Ibarat mati tanpa tahu mana kuburnya. Sakitnya tak akan pudar.

Terharu dan terdiam saya. Rupa-rupanya saya masih belum faham erti sebenar persahabatan. Dalam persahabatan tiada perkataan 'menyusahkan'. Yang ada ialah 'bantu-membantu' demi meringankan beban sahabat. Manusia memang berbeza dalam banyak perkara dan masalah yang ada tapi kita masih perlukan seorang teman yang memahami dan manjadi panduan untuk menunjukkan arah destinasi masing masing andai tersesat.

Dia teman terulung. Saya teman seumpama 'chipsmore'. Sekejap ada, sekejap menghilang. Bukan mudah untuk menjadi sahabat, rupanya.

Sunday, 26 September 2010

Hati Yang Terluka


Dia tahu dia kerap membuat silap dan selalu bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Mungkin juga kerana emosi kerap menyelinap masuk bila dia berhadapan dengan orang yang penting dalam hidupnya, berhadapan seseorang yang amat rapat dengan nya dan bila ianya berkaitan dengan orang yang amat disayanginya.

Dalam menginginkan orang yang disayangi faham akan perasaan dan keinginannya..dia jadi mudah terasa. Dia mengharap seseorang itu telah mengenali dirinya sedalam dalam dan mampu membaca hatinya. Bukankah itu buktinya sayang?

Dia akui yang bila emosi terlalu menguasai hati, dia jadi lemah. Dia terlupa sebentar bahawa hakikatnya orang tersayang juga manusia biasa yang tidak dapat melihat hatinya hanya melalui tulisan. Dia terlupa yang orang tersayang juga telah cuba melakukan yang terdaya dan yang termampu olehnya. Dia terlupa yang orang yang disayanginya juga hanya manusia biasa yang ada masanya tenggelam dalam masalah sendiri..

Isyarat boleh di salah tafsirkan. Kiasan boleh di salah fahami. Kata kata dan perbuatan dia sendiri juga boleh di menikam hati orang tersayang. Bukan dia saja yang terluka. Malah dia turut menghiris hati orang tersayang.

Dia sedar banyaknya kelemahan diri. Dengan rendah diri, dia akui segala kesilapan.
Andai masih ada ruang di hati yang tersayang, berilah dia kesempatan untuk hilangkan segala ketidakpastian. Dia tidak bermaksud melukakan dengan sengaja malah mengharapkan bimbingan dan panduan. Hatinya tak pernah berganjak dari perasaan sayangnya.. cuma adakalanya dia keliru...dalam melakukan apa yang difikirnya terbaik untuk orang tersayang.

Awak kenal dia..awak tahu hatinya.. awak tahu segala kelemahan dan juga kekuatan dia..
Terimalah dirinya seadanya..

Friday, 3 September 2010

Salam AidilFitri


Andai jemari tak sempat berjabat..
Andai mata tak dapat menatap..
Seiring beduk bergema
Dan seruan takbir raya yang berkumandang..
Beserta wajah berseri riang..
Di samping keluarga & taulan di kampung..

Ampun Dan Maaf Di Pinta..
Selamat Menyambut Eid Mubarak..

Tuesday, 31 August 2010

Erti Merdeka


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan agung yang mengingatkan kita pada detik bersejarah 53 tahun yang lalu. Ingatkah kita pada orang orang terdahulu , darah dan airmata yang menitis demi untuk membebaskan Malaysia dari terus dijajah? Begitulah perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan agar anak cucu dapat memiliki tanahair mereka sendiri.
Namun, antara sedar atau tidak, penjajahan budaya, wang, mentaliti dan politik masih berterusan. Sudah benar benar merdeka kah kita?
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Saturday, 28 August 2010

Serangkaian Doa


Di malam ini..
Yang dipenuhi kemuliaan hati budi
Tiada apa yang dapat kuberikan
Hanya serangkai doa
Dari sudut hati yang paling dalam
Untuk kebahagiaanmu
Disamping keluarga tercinta.

Terimalah keikhlasanku ini
Khas buatmu..