
Adakala
wujud hari-hari yang tiada punyai sempadan pemisah
menggariskan antara
semalam
hari ini
esok
lusa.
Pelangi telah hilang.
Monoton.
Bila hati berbicara.. senandung lagunya adakala ria, adakala lara dan adakala sepi tanpa kata..
Dalam perjalanan ini
Mencari erti
Cuba mengenali hakikat diri
Siapa aku sebenarnya
Tika dan waktu suatu suratan tiba, akan ketemukah segala jawapan
*******************************************
Hampir tersedak dibuatnya. Apa..apa betul bicara yang saya dengar tadi?Saya memandang dia dengan mata yang penuh dengan seribu satu pertanyaan. Dahi berkerut dan dengan perlahan sudu dan garpu saya letakkan di atas pinggan. Terputus terus selera walau tadinya perut sudah berkeroncong dengan pelbagai irama dan lagu.Kata dia: Kenapa tak diteruskan makan? Sedap ayam tu. Lagipun awak memang suka makanan di sini kan?Saya membisu seribu bahasa. Tidak ingin menjawab, apatah lagi memberinya peluang menukar tajuk perbualan. Sesungguhnya saya tidak gemar berteka teki. Saya tidak suka pada ayat ayat yang tiada hujung atau pangkalnya. Tapi..saya juga tidak mahu mendengar sekali lagi apa yang telah diucapkan sebentar tadi.Akhirnya dia juga turut meletakkan sudu garpunya di atas pinggan. Perlahan.Tertibnya dia hari ini hanya menambah kekacauan fikiran.
Kata Dia: Awak tak boleh berlari lagi. Saya harap awak faham. Kecederaan pada tulang belakang awak akibat kemalangan dahulu, walaupun tak begitu teruk, tak membenarkan awak untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal lasak.
Kata saya: Tapi..saya hanya berlari. Berlari termasuk dalam senarai aktiviti lasak?
Kata Dia sambil menggeleng kepala: Bergantung pada kecederaan individu. Bila ianya membabitkan soal tulang belakang, berlari memang dikira sebagai aktiviti lasak. Setiap hentakan kaki pada permukaan tanah atau jalan raya menghasilkan gegaran pada tulang. Risiko terjatuh atau terlanggar sesuatu adalah besar.
Semalam, awak bernasib baik kerana cuma alami bengkak pada otot sekeliling tulang. Itupun, awak sudah tak tahan dengan rasa sakit tersebut. Bagaimana kalau hari esok kecederaan pada otot, tulang atau saraf yang lebih serius berlaku dan awak langsung tidak boleh bergerak?
Saya diam. Memandang ke lukisan pemandangan sawah padi yang berada di belakang dia. Pemandangan yang sepatutnya mendamaikan perasaan tapi tidak terasa kesannya di saat ini. Satu keluhan berat terlepas dari bibir. Dia tidak faham. Tiada siapa pun yang mungkin mengerti. Saya perlu berlari.
Saya berlari bukan untuk menyertai marathon atau untuk menyertai mana mana acara sukan. Heh..andai itu terjadi, pasti saya akan menjadi peserta ter'corot' atau orang yang terakhir sekali tiba di garisan penamat. Jauh sekali timbul niat untuk bersaing dengan jaguh jaguh pecut kebangsaan seperti Mohd Zabidi Ghazali atau Zabidi Ahmad. Itu bukan matlamat saya.
Saya hanya ingin berlari ...
Kata Dia: Apa yang awak risaukan ye? Seakan memikul seribu beban, berkedut dahi tu. Cuba cerita pada saya.Saya ingin berlari ...
Saya mengalihkan pandangan dari lukisan di dinding pejabat dan memandang tepat ke mata dia. Saya cuma salah seorang dari puluhan pesakit yang datang berjumpa dengannya. Apa benar dia ingin mendengar cerita saya atau hanya sekadar pemanis bicara. Bukankah orang Melayu memang sinonim dengan sopan santunnya? Seperti pepatah ada menyebut 'Biar mati anak, Jangan mati adat". Mungkin begitu lah juga dengan pertanyaan yang dia ajukan.
Kata dia: Saya serius ingin tahu apa yang awak fikirkan. Lagipun, kalau boleh saya tak mahu lihat awak di sini lagi selepas ni.
Ok. Begitu sebenarnya. Dia hanya risaukan saya mengambil ruang katil yang mungkin boleh diberikan kepada pesakit lain yang lebih perlukan rawatan. Saya tunduk sambil tersenyum. Sekurang kurangnya saya telah dapat jawapan saya.Oh ya. Saya ada sesuatu yang lebih penting yang perlu saya tanya pada dia.
Kata saya: Saya rasa saya pun tidak mahu mengambil terlalu banyak masa Tuan Doktor. Tapi..saya ada satu permintaan. Bolehkah saya hentikan sessi terapi saya?
Kata dia: Kenapa? Awak baru saja selesai jalani dua sessi terapi dan awak nak hentikan? Tidak ada jalan ringkas untuk sembuh. Awak tahu itu bukan. Makan ubat saja tidak mencukupi.
Kata saya: Maafkan saya. Bukan untuk mengkritik tapi saya tidak suka program terapi yang disusunkan untuk saya. Orang lain berjalan atas 'treadmill', angkat berat, buat latihan kaki.. saya disuruh duduk diam tanpa bergerak selama 1 jam setengah. Duduk tegak, dengan kepala diikat dengan pemberat..Saya mahu lakukan latihan seperti orang lain.
Kata dia: Setiap sessi latihan dibuat khusus untuk keperluan setiap individu. Awak tahu tak yang ada diantara mereka adalah pesakit jantung, pesakit lelah.. Bukan semua mengalami kecederaan yang sama seperti awak. Bersabar sikit ye..
Kata saya: Tapi latihan ini tidak memberi sebarang motivasi. Malah, berat bagi saya.. saya tidak boleh duduk diam. Ianya bukan saya. Hmm..bagaimana Tuan Doktor kalau kita kompromi? Saya akan gembira, Tuan Doktor juga tidak akan perlu lagi melayan kerenah saya. Win-win situation bukan?
Kata dia: (ketawa) Siapa doktor di sini? Pertama kali saya dengar ada pesakit ingin membuat 'rundingan'. Baiklah, Apa cadangan awak?
Kata saya: Kita batalkan semua sessi terapi ini. Dan saya berjanji saya tidak akan berlari, malah saya akan mencuba berurut cara kampung. Itu pun satu kaedah terapi bukan? Lagi pun, doktor sendiri kata yang selagi saya tidak berikan tekanan pada tulang belakang, saya tidak akan cedera, bukan?
Kami bertelagah, berbincang sehingga akhirnya dia mengalah. Yes, saya telah dapat apa yang saya inginkan: berhenti dari terapi tersebut.
Kata dia: Awak ni memang degil bukan. (senyum) Baiklah, saya akan tandatangan surat pelepasan untuk insurans dan kita tutup cerita terapi ini. Saya harap awak jaga diri awak baik baik.
Saya hadiahkan dia sebuah senyuman. Saya akan buat apa yang saya rasakan terbaik untuk saya. Maaf Tuan Doktor, saya bukan degil. Saya hanya ingin berlari dan kalau boleh hingga ke langit. Mengejar masa yang semakin singkat.
Mawi:Bila dilanda musibahHati tabah mula rebahJangan biarkan dugaanRapuhkan pedoman hidupAndai waktu itu tibaSemaikan sifat bersabarHanya Dia saja menentuDan kita hanya mampu sujudKRU:Jika direnung kembaliDari kehidupanPelbagai halangan kutempuh penuh cabaranTiada satupun ku hadapi dengan senang danTiada satupun ku hadapi dengan tenangTapi ku bersyukurDi saat ku murungSemangat yang dah lunturHarapan yang dah terkuburDiberi arah tukku teruskanMawi:Bila dilanda musibahHati tabah mula rebahJangan biarkan dugaanRapuhkan pedoman hidupAndai waktu itu tibaSemaikan sifat bersabarHanya Dia saja menentuDan kita hanya mampu sujud…Hanya mampu sujud…KRU:Pernah kulihat merekaYang hilang segalanyaInsan yang tersayangAtau harta bendaPancaroba bencana juga malapetakaAdalah sebahagian ujian duniaDi sebalik kesusahanTidak letih mengerti erti kesenanganHarusku akur dengan apa yang telah dikurniaBarangkali esok semua berubahJanganlah kita melupakanNyaKetika langit cerah bersinarJanganlah kita melupakanNyaKetika langit mendung tak bercahayaMawi:Bila dilanda musibahHati tabah mula rebahJangan biarkan dugaanRapuhkan pedoman hidupKRU & MawiAndai waktu itu tibaSemaikan sifat bersabarHanya Dia saja menentuDan kita hanya mampu sujud…Hanya mampu sujud…********************************************Hati ini sememangnya terlalu rapuh..
Datangnya dengan satu huluran salam bersulam sebuah senyuman.
Hadirannya membawa selembar hamparan ditenun indah dengan pelbagai corak warna impian dan harapan.
Yang tersimpul kini terurai. Yang terpendam, telah terluahkan. Jerebu kiasan dan keraguan telah disuling sehingga sejernih embun yang meniti dihujung daun.
Dua insan, satu hati, menapak seiring cipta keserasian.
Moga pepohon cinta akan subur merimbun dan mekar mewangi.
Kita manusia ini sentiasa diingatkan supaya mencintai Allah lebih dari segalanya.
Tapi.. Macam mana hendak dapatkan rasa cinta pada Tuhan?
Saya tahu tentang cinta pada manusia.
Saya sangat sayang pada dia kerana disebabkan dia saya telah kenal apa itu erti bahagia dalam mencintai seorang insan.. Namun..dalam pada itu terasa seperti masih ada yang kekurangan dalam jiwa saya. Seperti masih ada ruang kosong yang belum terisi. Resah...
Di celah kesunyian malam..dalam lena di buai mimpi, saya tiba tiba terjaga. Seolah ada yang memanggil nama saya. Memandang ke kiri, terlihat siaran televisyen yang belum dipadam. Suara bacaan ayat ayat suci Al Quran menandakan akhirnya siaran. Terpaku sebentar..dan airmata tiba tiba mengalir deras tanpa sebab. Tuhan..
Dan malam itu saya temui jawapan kepada kekosongan di hati saya...Saya ingin mengenal cinta kepada Tuhan sebagaimana saya telah kenal erti cinta kepada manusia.. Terimalah hamba Mu ini Tuhanku..
Kata dia:
Cinta Allah bergantung pada hidayahnya.Jika Allah ingin beri, sudah tentu Dia akan berikan.
jika kita inginkan Cinta Allah, kita kena berusaha. Berdoa dan memohon supaya diberikan hidayah agar kita dapat merasakan nikmatnya iman. Macam juga cinta pada manusia. Jika kita tak cari dan kejar cinta itu, kita pasti tak akan dapatkannya.
Bercinta dengan Tuhan itu tidak susah. Malahan, bercinta dengan manusia itu lebih payah.
Dengan Tuhan, cinta Nya tak bersyarat. Dia menerima cinta setiap hamba Nya. Dia tak akan berkata, "Kalau kau ingin cintai Aku, kau mesti ada banyak duit". Sebaliknya, Allah berfirman: 'Selangkah kau datang pada Aku, seribu langkah Aku akan datang pada kamu'. Ingatlah, Allah sayangkan kita.
-Ustaz Mohd Zawawi-
Saya memandang emak. Memandang lama-lama.
Garis-garis halus usia jelas kelihatan di wajahnya yang bersih dan tenang. Segala jerih payah dugaan kehidupan yang selama ini dilalui tidak melunturkan kejernihan hati dan semangatnya.
Saya meletakkan kepala di pangkuan riba emak. Jari jemari emak berhenti menjahit dan lembut mengusap ubun ubun saya. Biarlah dikatakan sebagai anak manja, saya tidak kisah. Masa semakin pantas beredar dan saya ingin melalui setiap saat dengan merasai dan mengingati belaian dari emak.
"Mak, mak betul ke tak mahu ikut Lina ke sana? " tanya saya sambil membuat wajah paling sayu yang saya mampu. Manalah tahu hati emak akan terasa belas dan akhirnya emak akan setuju mengikut saya.
Emak menggeleng kepala sambil tersenyum.
"Lina, apa mak nak buat kat sana? Mak bukannya tahu bahasa orang Vietnam tu. Sekurang-kurangnya di sini, mak ada kawan-kawan, mak tahu setiap ceruk jalan. Lagipun, Lina boleh balik ke sini sebulan sekali menjenguk mak, kan." Lembut bicara ibu. Yang dipujuk pula memujuk. Berat terasa hati hendak meninggalkan emak sendirian sedangkan saya berada beribu batu darinya.
Ting! Tiba-tiba satu mentol lampu menyala di atas kepala.
Bagaimana jika saya carikan seseorang untuk menjaga emak sepanjang masa. Saya bukan 'penyibuk' tapi 'pencari jodoh' untuk emak. Orang tengah yang akan menemukan emaknya dengan orang yang sepadan. Sekurang-kurangnya akan tenanglah hati kerana emak tidak keseorangan. Satu idea yang bijak. Senyuman terukir hingga ke telinga.
Demi untuk misi penting ini, saya mula pulang ke rumah awal dari biasa. Meminta emak menemankan saya menemui jiran-jiran sebelum tiba hari untuk berangkat pergi ke Vietnam. Emak hanya mengikut, gembira mungkin kerana anaknya sedia menjalinkah ukhwah. Yang emak tidak perasan adalah anaknya merisik, memerhati andai ada calon-calon yang sesuai. Kalau emak tahu, pasti diketuknya kepala ini dengan senduk agar jadi kera seperti dalam cerita dongeng rakyat. Tak pun, mungkin akan disumpahnya anak ini menjadi batu. Emak, anakmu tidak derhaka, cuma risaukan kesejahteraan emaknya. Niat saya memang baik, bukan? Amin.
Hari berganti hari. Penat bercambah menjadi lelah. Hasilnya masih kosong. Sukar juga rupanya untuk mencarikan jodoh buat emak. Kaki dan otak seiring menjadi kematu. Tapi saya tak akan mengalah. Bukankah darah dan semangat Tun Kudu mengalir dalam jasad ini? Hanya akan mengalah apabila kucing mula bertanduk. Ye, saya akan berusaha lagi!
Hidup adakala persis sebuah novel misteri. Ada sejuta pertanyaan dan persoalan yang jawapannya hanya dapat diketahui di muka terakhir. Sementara menunggu, tergugat ketenangan jiwa, resah gelisah menikam diri. Merentik seluruh tubuh, terbeban dengan pelbagai andaian.
Sabarkah diri membaca setiap halaman tanpa membuat keputusan drastik yang bakal membawa seribu penyesalan?
Nasihat dia :
Kejahatan jika di balas dengan kejahatan, itu adalah dendam.
Kebaikan jika di balas dengan kebaikan, itu adalah perkara biasa.
Kebaikan jika di balas dengan kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah perkara yang mulia dan terpuji.
Kata saya:
Secara teori, apa yang awak katakan seperti amat mudah.
Namun, secara praktikal, ianya bukan sesenang membaca a,b,c. Adakala ianya bergantung kepada berapa besar dan beratnya kesalahan tersebut.
Amat sukar rasanya untuk membesarkan hati, menghulur kemaafan, membalas kejahatan dengan kebaikan apabila kita pernah merasa terseksa, maruah tercabar, ego dipijak lumat akibat dari perbuatan seseorang itu.
Bagaimana hendak memaafkan seandainya melihat wajah orang tersebut saja rasa marah meluap kembali? Luka semalam terbuka semula seraya racunnya menjalar ke segenap pembuluh darah? Perlukah menjadi hipokrit, mulut memaafkan waima hati sebenarnya tidak?
Kata dia:
Siapa kata membuat kebaikan itu mudah? Jalan yang lurus pastinya lebih banyak dugaan dari jalan yang terpesong. Itulah cobaan dalam kehidupan. Menghukum itu bukan hak bagi seorang insan.
Memang susah.. tapi kita kena berusaha untuk melepaskan segala perasaan amarah. Didik lah hati untuk mengingati Tuhan. Kita tentu inginkan Allah mengampuni segala dosa dan kesalahan kita walau seberat mana sekalipun. Lantas, berikan lah kemaafan pada dia. Kemudian lupakanlah segala cerita semalam. Kita melangkah ke hadapan.
Kata saya:
Mungkin awak betul. Hmm.. bukan mungkin... memangpun awak betul. Tapi hati saya belum cukup besar untuk memaafkan dia. Orang lain ok, tapi untuk dia.. amat sukar sekali. Berilah saya masa.. mungkin esok , lusa..hati ini boleh menjadi lebih besar.. ? Siapa tahu mungkin hari esok, bila saya lihat dia, saya akan cuma nampak awak dan hanya ingat kata kata awak.. dan saya boleh tersenyum dan berkata dengan ikhlas 'Saya dah maafkan awak'.
Kata dia :
Awak ni bukannya jahat tapi nakal. Hati awak sebenarnya dah pun cukup besar. Cuma awak suka nak dengar orang bercakap berkali kali dan memujuk awak. Betul kan..?
Tiada jawapan. Hanya satu senyuman bermain di bibir. .
Adakalanya, kita rasa yang kita telah cukup banyak memberi dan mengalah. Mungkin kita betul berdasarkan apa yang kita rasa. Namun ada kemungkinan kita juga ada melakukan kesalahan pada pandangan matanya. Mungkin dia juga mempunyai perasaan yang sama. Ada rajuk dan ada hati yang terguris tapi tidak dinyatakan.
Mungkin telinga tidak mendengar lagi apa yang dikata. Hanya penuh dengan pemikiran dan bisikan hati sendiri. Adakalanya kita ingin memberi penyelesaian namun sebenarnya kita hanya menambah kekusutan.
Adakalanya kita cuba prihatin, cuba memberinya jalan keluar. Namun dia terasa yang kita menghimpit dirinya ke penjuru, menekan perasaannya. Adakalanya kita cuba membantu dengan memberi jawapan, namun hasilnya hanya menambah persoalan di ruang mindanya.
Adakalanya kita rasa yang kita telah mencuba yang terbaik yang kita mampu lakukan. Namun dia pula menafsirkan sebaliknya. Niat yang baik disangkakan ada tersorok tujuan tertentu. Semakin dicuba membetulkan keadaan, semakin kusut segalanya. Keikhlasan disangka mengambil kesempatan. Berlembut, dianggap lemah. Bertegas dianggap melawan. Berkeras, dikatakan luar kebiasaan.
Pergolakan.
Adakalanya bila kita telah lama bersama seseorang, kita rasa kita mengenali orang itu dengan sepenuhnya. Semakin waktu berlalu, semakin yakin kita bahawa tidak ada apa yang dia lakukan yang kita tidak boleh teka. Kita percaya pada dirinya.
Percaya, kerana kita pasti yang kita sudah kenal akan hati budinya, kenal perwatakannya, tahu apa yang dia suka dan apa yang dibenci. Kita tahu ragamnya, tahu marahnya, tahu manjanya, tahu merajuknya.
Begitu juga sebaliknya, kita sangat yakin bahawa dia juga cukup mengenali diri kita. Sekilas riak di muka, dapat diteka isi hati. Tidak ada apa yang dilakukan boleh memeranjatkan.
Bergaduh? Sekali sekala, itu perkara biasa. Bukankah lidah juga ada tergigit. Yang luar biasanya, bila masing-masing mendiamkan diri. Tiada topik perbualan, tiada apa untuk dikongsi. Bila bersama, seorang memandang ke hadapan, dan seorang lagi berpaling memandang ke luar tingkap. Hanya radio memecah kesunyian.
Sepi.
Ada orang suka hari hujan. Ada orang pula suka hari panas. Dan di tengah-tengah mereka ini ada dia: seseorang yang suka pada cuaca mendung dan berangin. Mendung tak bererti yang hujan akan turun. Gumpalan awan berkumpul seolah membentuk satu payung nipis agar terik mentari tak terasa. Gabungan cahaya dan angin kencang yang membuat diri terasa seperti arnab 'Eveready' yang boleh bermain alat muzik berhari-hari tanpa henti. Pelbagai idea muncul.
Cuaca sebegini memang sesuai sekali. Lihat formula dibawah:
Mendung + angin kencang + santai = Bermain layang-layang.
Lebih canggih dan menarik daripada formula Einstein, bukan? :) Lebih-lebih lagi sebagai seorang bekas pelajar jurusan seni, membuat layang-layang semudah memetik jari saja.Bak kata orang, pejam mata pun boleh dibuat. Keluarlah gunting, kertas, kertas warna, benang, gam, lidi, pelbagai. Mengalahkan arkitek yang sibuk melakar projek bangunan berjuta-juta. Emak semakin pening melihat telatah anaknya yang adakala masih keanak-anakan. Dan hasilnya, terciptalah layang-layang sebesar peti televisyen, siap dengan ekornya sepanjang satu meter. Satu hasil kerja yang amat membanggakan penciptanya.
Setiba di tepi pantai, kelihatan ramai yang sedang bermain layang-layang. Ada berbentuk helang, ada berbentuk sotong, ada berbentuk kelawar dan bermacam macam lagi. Timbul rasa riak dihati. Dalam berbanyak layang-layang yang ada, hampir semuanya dibeli dari gerai berdekatan. Tiada satu pun setanding dengan layang-layang istimewa ini. Syaitan semakin rancak mengipas agar rasa riak bertambah besar. Senyum hingga ke telinga bila terdengar ada yang memuji dan ramai yang memandang layang-layangnya.
Mari kita uji. Mari kita terbangkan sang layang-layang tinggi menggapai langit. Lebih tinggi dari yang tinggi, lebih indah dari yang indah. Ahh..diri menjadi alpa walhal ianya hanya layang-layang yang terlalu kecil nilainya.
Ramai yang berhenti bermain. Ingin melihat keupayaan dan kehebatan lelayang. Uji arah angin. Uji ikatan tali pada lelayang. Kukuh. Adik memegang layang-layang, Dia tarik. Adik lepaskan pegangan. Layang-layang deras naik ke udara dan.. terus menjunam semula ke tanah. Gagal! Dia terdiam.
Cubaan kedua. Dia pula memegang layang-layang. Adik pula berlari sambil memegang tali. Layang layang naik deras ke atas dan..sekali lagi pantas menjunam ke tanah. Desas desus mula kedengaran sekeliling mereka.
Cubaan ke 3. Cubaan ke 4. Cubaan ke 5. Cubaan ke 6. Masih hasil yang sama. Penonton semakin ramai. Desas desus bertukar menjadi bunyi ketawa yang menikam tepat ke hati. Merah mukanya. Panas di wajah selari dengan panas di hati. Adik menarik narik bucu bajunya, mengajak pulang. Setiap tapak menuju kereta seperti berjalan kaki ayam di lantai penuh kaca. Sakit, perit dan malu. Mahu dihumban saja layang-layangnya ke tong sampah.
Langkahnya terhenti. Diperhati wajah adik. Dalam kesibukan mengejar pujian, dia terlupa pada adik. Sambil berjalan, mata adik terarah ke langit. Kesian adik. Membuka pintu kereta dan menolak segala ego ke tepi. Diambil dan dihulurkan layang layang plastik berharga seringgit lima puluh sen kepunyaan adik. Adik memandang kehairanan, antara percaya dan tidak. Dihulurkannya lelayang sekali lagi sambil mengangguk kepala. Adik tertawa riang, mengambil layang layang dan berlari semula ke padang.
Dia memandang langit. Menarik nafas panjang dan dilepaskan perlahan-lahan. Terima kasih Tuhan kerana adanya adik. Terima kasih juga kerana tidak membiarkan dia terus dibuai rasa.
Damai.
Waktu menguji kita..bila ada keraguan dihatimu..
******************************
Saya terdiam seketika bila membaca coretan dari seorang teman.
Katanya saya bukan sahabat yang baik seperti yang disangkakan. Malah, saya bukan lagi seorang yang patut dipanggil sahabat. Katanya lagi, sahabat sebenar tidak akan membuang sahabat yang lain setiap kali bila ditimpa masalah. Apa guna 'persahabatan' andai tidak diberikan kepercayaan untuk bersama dalam senang dan susah. Seandainya saya merasakan saya menyusahkan dia, adakah saya juga selama ini merasakan dia menyusahkan saya apabila dia berkongsi masalahnya dengan saya?
Berat terasa tuduhan tersebut. Sakit, pedih, berdarah.
Bagaimana dapat saya menerangkan agar dia faham bahawa saya sememangnya tidak mahu menyusahkan dia. Pada saya, masalah yang tiba dengan bertali arus itu sesuatu yang saya perlu selesaikan sendiri kerana ianya tiada kena mengena dengan dirinya.
Bila masalah terlalu berat untuk saya pikul, maka saya memilih untuk menyepi.Saya memilih untuk mendiamkan diri. Malah saya memilih untuk lari jauh darinya sehingga segalanya selesai. Egokah saya kerana ingin selesaikan segalanya sendiri? Tidak. Saya hanya seorang yang bertindak mengikut emosi dan bukan rasional fikiran. Betul kata orang, ikutkan rasa, binasa. Ikutkan hati, kelak akan mati.
Andai saya dapat berbicara dengannya, akan saya khabarkan padanya bahawa saya hanya ingin memulihkan semangat yang hilang. Bukan membuang rakan. Saya mencuba setiap pintu yang ada di ruang sempit ini. Siapa tahu salah satu pintu akhirnya mungkin akan terbuka.
Selamat tinggalAku bermohon pergi dahuluTerima kasih seruan kuJasa mu untuk diri kuKe timur atau ke utaraTak tentu dimana nak tujukanSetitik airmataDititiskan dibuang janganSekiranya aku masihBerada nun jauh di balik awanSalam yang bahagiaKhabar yang gembira ku kirimkanInikah akhir bertemuBila nian kan berjumpa lagiIngatlah pesanankuJaga baik dirimu sendiri.
Ku ditinggal senjaMalam menghampiriSendiri ku dalam menantiSegera oh angin sampaikan rindukuTerlupakah kau pada janjimuKetika bersama rindu bergeloraPerpisahan menikam jiwaKau pandai mengusik kau pandai mengodaKini diriku yang kau tinggalkan begitu sajaApakah ertinya ucapan manismuKau merinduikuMungkin hanya akuYang membiarkanmu menipu dirikuBiar luka menyiksa jiwaBiar kasih tak kunjung tibaKerna pada hakikatnya diriku kau persendaAku hanya insan biasaLemah pada rayuan manjaTerlena dibuai mesraPada cinta yang hampa...Di malam yang sunyiSepi menyendiriKu hulur dan menyusun jariKu pohon kau ubatikanlah rindukuBayang kasih dalam mimpikuMenikam kalbu...Biar kasih menyiksa jiwaBiar ku yang mengemis cintaKerna sejak dari mulaDiriku yang tergodaAku hanya insan biasaLemah pada rayuan manjaTerlena dibuai mesraPada cinta yang hampa...
Dengarlah bisikan angin bayuDengarlah bisikan hatikuBagaikan sebuah melodi cinta murniSemua adalah untukmuWalaupun dalam lautku selamiWalaupun tinggi gunungku dakiKu rela tempuhi rintangan yang adaSemua demi cinta suciTanpa dirimu hidup tak berertiTahukah kau cintaku murniJangan kau pergiDirimu tiada gantiHarapan yang adaTersemat di jiwaSemoga kau sentiasa di sisiUsah kau ragui keikhlasankuUsah kau ragui oh hasratkuKuserah seluruh jiwa dan cintakuSemua adalah untukmuTanpa dirimu hidup tak berertiTahukah kau cintaku murniJangan kau pergiDirimu tiada gantiAkan ku berjanji oh aku berjanjiSemua adalah untukmuSemoga kau sentiasa di sisi
Sebaik saja kaki melangkah keluar dari masjid, terdengar suara dia memanggil saya. Semakin saya percepatkan langkah, semakin kuat dan dekat bunyi derapan seliparnya menghampiri saya. Sebaik saja kami bersaing, terus dia mengajukan soalan sambil memandang tepat ke dalam mata saya.
Lantas saya memandang ke langit, tersenyum dan bercerita tentang juadah berbuka sebentar tadi. Juadah-juadah pemberian jiran juga begitu banyak sekali: puding jagung dari Cik Senah, sambal goreng dari Makcik Milah, rendang dari Mak Mah dan karipap sardin dari Mak Temah. Satu selepas satu cerita saya hidangkan.
Kata dia memotong percakapan saya : Awak, awak ok tak?
Saya terdiam. Soalan yang sebegitu senang, tiba-tiba menimbulkan sebak apabila ianya datang dari dia. Apa yang harus saya katakan? Bagaimana ingin diterangkan apa yang tersirat di hati.
Bagaimana ingin diluahkan kesedihan di hati apabila mereka disekeliling begitu prihatin dan cuba untuk membuatkan saya senyum sentiasa.
Realitinya saya sebenarnya ingin lari mencari satu ruang di mana saya boleh menjadi diri saya seketika ... dan menangis. Sepuas-puasnya. Semahu-mahunya.
Sesungguhnya kesedihan yang semakin terkumpul ini amat menyeksakan. Mereka mengagumi kecekalan saya. Kata mereka betapa waima saya bertubuh kecil dan kelihatan lemah, saya sebenarnya seorang yang kuat dalam menghadapi apa jua musibah. Namun, apa yang tidak mereka ketahui, saya sebenarnya tidak sekuat mana. Saya amat letih cuba jadi sesempurna yang mereka harapkan. Terasa seakan beban yang mengasak di dada.
Menarik nafas panjang dan melepaskannya semula perlahan lahan. Tidak, saya tidak akan membenarkan airmata ini mengalir. Saya masih boleh bertahan.
Beserta dengan sebuah senyuman, saya menarik nafas yang amat panjang. Saya memandang dia dan menukar topik perbualan; bertanya tentang keluarganya serta hal-hal umum. Dia diam seketika, kemudian membalas senyuman saya seraya mula bercerita.
Suasana kembali ceria, di selang seli kan dengan paduan ketawa dia dan saya.
Bukankah dunia ini sebuah pentas lakonan? Kita, sebagai pelakon, hanya melakonkan peranan, bersembunyi dibalik topeng, mempamerkan riak wajah memenuhi kehendak penonton. Sehingga ada yang ingin merentap topeng, sudi melihat seraut wajah rahsia hati. Segalanya terpendam, mungkin sehingga tirai pentas berlabuh.
Senyum. Saya ok.
Mengalah bukannya kalahsabar menunggu detik dan ketikasi kecil menjadi raksasasi lemah kan jadi perkasa.
Andainya aku pergi dulu sebelummuJanganlah kau bersedih hatiAndainya aku tiada lagi di sisimuJanganlah kau memencil diriBayangkanlah masa-masa bahagiaSemasa engkau dan akuBermesra di langit biruDi waktu kasih berpaduAndainya engkau pergi dulu sebelumkuMestikah aku hidup melaraAndainya engkau tiada lagi di sisikuMestikah aku kecewaKu percaya kau selalu di sisikuWalaupun jasadmu tiadaWalau di mana kau beradaKasihku takkan berubahDi pohon cemara ku ukirkan kata cintaBulan tersenyum dan bersinarBerguguran daun jatuh lembut ke rambutmuMeraikan suasana indahDi sini ku berjanji disaksi rembulanAndainya ku pergi duluJikalau ku pergi duluKu nantimu di pintu syurga