Dalam meniti hidup ini
adakalanya terasa buntu dengan segala masalah..
namun diri merasa beruntung kerana..
masih ada yang sudi memahami.
sebagaimana saya mengharapkan keikhlasan dan kejujuran darinya,
begitulah juga dengan dia.
Tapi ada kala saya alpa
saya cuma mengambil kira tentang perasaan saya
saya merajuk bila dia tidak menepati janjinya
tanpa memberi dia peluang untuk menerangkan keadaan sebenar.
Saya sering terlupa
saya juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti
saya juga ada janji yang tidak dapat saya tepati
saya juga pernah tidak menjawab soalan-soalannya
membiarkan dia risau dan tertanya tanya
waktu itu, saya terlupa yang dia juga terasa
seperti saya, dia tentu ada rasa kecewa, rasa berduka.
Saya ada waktunya terlupa
dia sentiasa berada di sisi sewaktu saya memerlukannya
dia sentiasa bersedia mendengar luahan rasa saya
segala rasa kecewa, rasa takut, resah yang bersarang
segala harapan dan impian yang saya luahkan
malah dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah
selalunya bila terlalu asyik menceritakan tentang diri saya
adakala terlupa sahabat saya juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama.
Apabila dia tersilap kata, tersilap bicara
saya mudah merajuk, sukar untuk cuba berada ditempatnya.
Maafkan saya
kerana adakala terlalu mengikut kata hati
hingga terlupa menjaga hati seorang teman.
Maafkan saya sekali lagi.
Bila hati berbicara.. senandung lagunya adakala ria, adakala lara dan adakala sepi tanpa kata..
Friday, 30 November 2012
Maafkan Saya
Thursday, 29 November 2012
Sepinggan Nasi
Jikasewaktu terasa laparkita diberi sepinggan nasiyang kita pasti baik untuk diri kitamengenyangkanberkhasiat.Mengapakita masih berlengahcuba mencari alternatif yang lainTakutkeranaterlalu ingin mengejar kelazatan lainkelak, nasi itu akan basidan kita tidak boleh memakannyadan perut terus kelaparan
Wednesday, 28 November 2012
Tak Mungkin Kerna Sayang
Setiba di persimpangan,Langkah kita tak lagi sehaluanBermula di saat ituTidak senada irama dan laguBegitu hidup iniTiada yang abadiYang patah tumbuhYang hilang bergantiKau telah jauh, jauh darikuTiada ruang di hati buatmuNamun harusku akuiAda ketika di minda kau menjelma kembaliSekali segala adaAda rindu yang datang tiba-tibaTak mungkin kerana sayangCuma terganggu oleh perasaanBegitu hidup iniTiada yang abadiYang patah tumbuhYang hilang berganti
Tuesday, 27 November 2012
Lebarkan Sayapmu
Cemburu itu perlu tapi jangan hingga keterlaluan.
Cemburu yang keterlaluan akan membuat kita mengawal setiap pergerakan dan tingkah laku dia. Bibir dengan mudah akan mengeluarkan undang undang dan larangan. Ibarat burung yang terkurung didalam sangkar: tubuhnya ada, semangatnya hilang. Jika terlepas bebas, pastinya akan dilebarkan sayapnya dan tidak mahu kembali lagi.
Andai sebaliknya dia diberi kasih, sayang, perhatian dan kepercayaan, walau sayap kecilnya mampu membawa dia terbang hingga ke hujung dunia sekalipun, hatinya kan kekal milik kita. Dia kan pulang menunaikan janji semalam..
ADA UNTUKMU..Di sana pungguk menantiMengharap bulan membalas rindu di hatiDi sini aku berdiriMenunggu penuh dengan kesabaranTanpa manis madahTanpa janji yang puitisUntuk persembakanHanya ketulusanSekeping hati suciAku kan berikan kasihKalau itu yang kau mahu dari kuAku…kan berikan cintaUntuk membahagiakan hari muAku…kan sayang dirimuBiarpun nafas ku sampai terhentiAkan ku kota janji kitaMendirikan Tajmahal cintaSeteguh kasih..Shah Jehan kepada Mumtaznya..Terasa indah pabila berduaAku..kan berikan kasihKalau itu yang kau mahu dari kuAku..kan berikan cintaUntuk membahagiakan hari muAku..Sayang padamuBiarpun nafas ku sampai terhenti..Akanku kota janji kitaMendirikan Taj mahal cintaSeteguh kasihShah Jehan kepada MumtaznyaItu lah janjiku..
Monday, 26 November 2012
Sejiwa
Pada irama ku berpesan
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang
Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa
Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu
Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautan
Tiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu
Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya
Inginku selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya
Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa
-Spring-
Sunday, 25 November 2012
Pengertian Hidup
kekosongan melanda..meresap angan di dinding hati
****************************************Kata A: Dia pergi dulu bukan sebab dia tak sayangkan awak, namun kerana Tuhan lebih sayangkan dia. Lebih dari kita semua sayangkan dia. Lagipun, lambat laun kita pasti akan berjumpa dengan dia semula. Sebab itu, kita kena selalu doakan agar dia lepas dari azab kubur, lepas dari azab Masyar, lepas dari azab neraka. Sementara tu, kita kena teruskan hidup kita.
Kata saya: Bercakap memang senang. Awak tidak berada di tempat saya.
Kata A: Ini kenyataan. Hilang seseorang dalam hidup bukan alasan untuk hidup ini turut terhenti. Mengalah, menangis, merintih dan tak bercampur orang. Kita hidup di dunia ni pun bukan untuk selama lamanya. Entah esok lusa, giliran kita pula untuk kembali kepada Tuhan. Awak ingin orang lain pula menangis dan merintih merindukan awak seperti apa yang lakukan sekarang?
Sebenarnya kehidupan dan kematian tak sejauh yang kita bayangkan, hanya terpisah oleh satu garisan saja. Senyumlah. Masih ada yang sayangkan awak di sini.
Saturday, 24 November 2012
Kerana Laila
Kring..kring..kring..
Dap.dup..dap..dup..
Kring..kring..
Angkatlah, angkatlah. Oh. Sudah pukul 11.00 malam. Mungkin dia sudah tidur. Hampa.
'Hello..' tiba-tiba satu suara halus lembut kedengaran. Hampir sahaja terlepas peganganku di telefon.
'Hello', Maaf sebab saya telefon awak lewat malam sebegini.' Dup. Jantung seakan gugur serentak dengan ayat yang terkeluar lancar dari mulutku.
'Mmm. Maaf sekali lagi kalau saya mengganggu awak sedang tidur. Sebenarnya, saya cuma nak mm... saya ingat ... saya nak ajak awak keluar makan malam dengan saya hari Sabtu depan ni. Itupun kalau awak sudi.' Tiba-tiba saja mulut aku ni jadi lancar. Ajaib sungguh.
Laila masih tak bersuara. Diam.
Aku cuba bertenang, dan meneruskan kata kata : 'Awak tak perlu bimbang. Saya uruskan semuanya. Awak cuma perlu kata yang awak setuju saja.' .
'Baiklah. Saya setuju..' suara merdunya kedengaran menjawab sambil tertawa kecil.
'Ok. Kalau begitu, kita jumpa hari Sabtu nanti ye. Nanti saya ambil awak pukul 8.00 malam depan stesen LRT yang kita jumpa selalu tu'. Kataku keriangan. Ye, dia setuju!
Pantas aku bergerak ke meja komputer. Tak sabar rasanya nak beritahu Lan dan Amin yang memang online menunggu berita dariku dengan setia. Tangan ku segera menaip pantas di papan keybord.
BARU SAJA HABIS BERCAKAP DENGAN LAILA DI TELEFON SEBENTAR TADI. DIA SETUJU KELUAR SABTU DEPAN! HUH..HUH..HUH.. JANTUNG NI MASIH BERDEGUP KUAT. RASA MACAM TAK PERCAYA !
Dan aku terus menceritakan segala perbualan kami tadi pada rakan rakan alam mayaku. Reaksi mereka berbagai: terkejut dan mungkin tidak percaya pada keberanianku serta turut gembira untuk aku. Terima kasih semua. Terima kasih sangat-sangat. Pelik, dengan hanya membaca kata-kata dari mereka, aku seperti mendapat semangat dan kekuatan baru.
MACAM TAK PERCAYA SAJA KAN. ORANG YANG SETERUK AKU NI AKAN KELUAR MAKAN MALAM DENGAN SEORANG PEREMPUAN SECANTIK LAILA. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN SEMUA. TANPA KAMU, PASTI SEMUA INI TAK AKAN JADI KENYATAAN.
KALAU KAMU NAK TAU, SECARA JUJURNYA, AKU SEBENARNYA TAK RASA YANG MAKAN MALAM SABTU INI SATU TEMU JANJI. RASANYA LAILA HANYA SETUJU KELUAR DENGAN AKU HANYA SEBAGAI MEMBALAS BUDIKU TEMPOH HARI. AKU MEMANG SUKA SANGAT PADA LAILA.
TADI SEMASA KAMI BERBUAL, BIAR HANYA MENDENGAR SUARA LAILA, AKU RASA SEGALA KERESAHAN TERBANG, HILANG. AKU RASA KALAU KAMI BERTEMU SEKALI LAGI, AKU PASTI AKAN BETUL-BETUL JATUH CINTA PADA LAILA. TIADA U-TURN.
MUNGKIN MALAM TU NANTI, LAILA AKAN KATAKAN YANG DIA TELAH ADA TEMAN LELAKI. KALAULAH AKU BENAR BENAR DAH JATUH CINTA DENGAN DIA, AKU PASTI AKAN KECEWA. WALAUPUN SEMUA NI HANYA SATU KEBARANGKALIAN SAJA, TAPI AKU BOLEH BAYANGKAN SEKARANG NI BAGAIMANA SAKIT NYA PERASAAN KALAU APA YANG AKU BAYANGKAN BENAR-BENAR JADI.
Alangkah anehnya perasaan ni. Sekejap gembira, sekejap sedih, sekejap ragu ragu. Ini semua kerana seorang Laila.
Friday, 23 November 2012
Bidadari
Aku terasa ingin saja bangun dan menumbuk muka orang yang mabuk itu kerana melanggar gadis tu hingga terjatuh. Tidak! Aku tidak boleh buat begitu! Aku seorang yang pasif. Aku tidak suka bergaduh! Aku juga tidak suka mencampuri hal orang lain.
Si pemabuk tiba tiba bangun dari kerusi, perlahan lahan dan terhoyong hayang merapati gadis tersebut. Di marahinya si gadis dengan kata kata kesat. Uhh... dari sini saja aku boleh terbau betapa busuknya nafas pemabuk itu. Tentu saja lagi teruk baunya pada sigadis kerana dia berada paling rapat. Si gadis terbatuk batuk halus.
Aku tak tahan lagi. Tanpa aku sedari aku bangun dari tempat dudukku dan berjalan ke arah mereka. Aku terus memegang tangan si pemabuk yang seakan mahu menampar si gadis. Aku benci pada orang yang suka membawa masalah! 'Hentikan!' jeritku. Suasana menjadi sepi seketika. Apa! Akukah ini yang begitu berani mencampuri urusan orang lain? Aku sendiri tidak percaya!
'Lepaskan!' bentak si pemabuk. ' Tidak! Aku tak akan lepaskan' jeritku. Sudah gila agaknya aku. Aku masih memegang kuat tangannya. Dia umpama gergasi dan aku hanya aku yang 2 kali ganda lebih kecil saiz darinya. Seperti dalam cerita kartun, sekali jika dia tumbuk aku, pasti aku akan terpelanting kuat ke dinding.
Aku cuba mengukuhkan pegangan pada tangan kanannya. "Hentikan! Hentikan' jeritku lagi. Si pemabuk semakin berang, dicubanya memukul aku. Aku mengelak sambil cuba bertahan.
Si pemabuk menghayun tangan kirinya ke atas, ingin memukulku dengan segala upayanya. Malangnya, hayunannya telah kali ini terkena pada kepala gadis cantik itu. Aku terus melepaskan tangan si pemabuk dan bertanya pada si gadis: 'Awak tak apa apa?tanyaku. Pandangan si gadis amat lembut seumpama bidadari. Tidak ada walau segaris kemarahan pada wajahnya.
'Kau!' suara seperti halilintar itu mengejutkan aku. Oppss.. alamak! aku telah terlupa pada gergasi mabuk tadi. Aku menoleh.. lututku menggigil. Dia mengangkat tangan hendak memukulku. Aku terus menutup mata rapat rapat. Menunggu tangannya menghentam pipiku. Matilah aku kali ini. Mati sebelum aku sempat mengenali bidadariku.
Thursday, 22 November 2012
Hero 0.5

'Sebenarnya ini bukan seperti kamu semua sangkakan. Buat pertama kalinya, seorang gadis cantik mengucapkan terima kasih pada saya. Bagi saya, inilah saat yang paling bahagia dalam hidup saya.
Saya seorang lelaki yang tak pandai hendak meluahkan perasaan melalui percakapan maupun tulisan. Tapi kali ini biarlah saya cuba jelaskan pada kamu apa yang saya rasa..
Semuanya bermula sewaktu saya ke Bandar X untuk mencari software tambahan untuk komputer saya. Dalam perjalanan pulang, ketika didalam LRT, seorang lelaki tua yang kelihatan mabuk telah naik sama dan mula bercakap merapu.
Ketika terhuyung hayang berjalan sambil mencari tempat duduk, tangannya telah terpukul kepala seorang gadis. Bukan di minta maaf, malah di tengkingnya pula gadis tersebut dengan kata kata kesat. Tiba tiba saya jadi berang dan tanpa saya sedari, saya bergerak ke arah mereka dan terus memegang tangan si pemabuk...'
Aku terus menulis dan menulis tentang segala yang berlaku. Bila aku selesai menulis, jam di dinding menunjukkan 11.55 pm. Rasanya seperti terlampau banyak perkara yang berlaku 'buat kali pertamanya' pada diri aku hari ini.
Tuhan, baru kini aku terasa sangat penat. Dalam pada itu, hari ini juga adalah hari paling indah dalam hidupku.
Wednesday, 21 November 2012
Dua Insan -M Nasir
Yunizar:Bila kau senyum, ku gembiraBila kau sedih, ku menangisBagai taman rindukan kembangKu rindu wajahmu oh! sayangM. Nasir:Di mana saja kau beradaKu kan tetap bersamamuWalaupun jasadmu jauhNamun hatimu dekat selaluWalau duri halangan menimpaBila cinta ada ku tetap setiaHanya dikau dan asmaraMembuat hidupku bagaiDalam SyurgaYunizar:Biar masa berganti masaBiar pun musim berubahTelah ku katakan padamu oh! sayangDuet:Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkanYunizar:Jika kau tanya pada rembulanMengapa cahaya berseri-seriTentu jawabnya kepadamuKerna dikau cinta padakuM. Nasir:Ku persembahkan kepadamuSekuntum bunga mawar merahKau terima sambil tersenyumKembang yang harum kau ciumBila saja halangan menimpaKerna cinta ada ku tetap setiaHanya dikau dan asmaraMembuat hidupku bagaiDalam SyurgaYunizar:Dua insan sedang bercintaDua insan berjanji setiaTelah ku katakan padamu oh! sayangDuet:Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan
Tuesday, 20 November 2012
Emosional
Kata orang, susah kalau dapat seorang teman wanita yang emosional. Hatinya mudah tersentuh, mudah untuk merajuk.
Tapi kalau kena dengan caranya, wanita emosional adalah antara yang istimewa untuk dicintai kerana dalam rajuknya ada sayang dan ada manjanya. Layanilah dia dengan lembut dan penuh kasih sayang, kerana bila dia sudah menyayangi seseorang, sukar untuk dia beralih arah pada cinta yang lain.
Memang adakalanya dia sangat kuat merajuk, malah sangat mudah juga untuk menitiskan airmata bila perasaannya tersentuh, namun si dia ini berani dan tidak jemu untuk meluahkan rasa cintanya pada orang yang disayangi.
Si dia ini juga mempunyai kelebihan dari segi gerak hati. Dia mampu membaca perasaan orang disekelilingnya dengan tepat..sama ada orang yang disayangi sedang gembira, bersedih, tensyen atau risau tentang sesuatu.
Kelemahan wanita emosional ini ialah pada situasi situasi yang membabitkan soal peribadi, dia langsung tidak yakin pada dirinya. Sering teragak agak terutama sekali bila dia perlu buat keputusan tentang masa depannya. Dia ada kalanya mudah merasa rendah diri dan terasing bila berada dikelompok orang ramai yang tidak dikenali.
Sensitif, kaya perasaan dan mudah mengalirkan air mata menyebabkan dia mudah dipengaruhi oleh orang orang yang sedar akan kelemahannya. Dia mudah menyalahkan dirinya sendiri kerana perasaannya senang tersentuh dan rasa bersalah. Ini menyebabkan si dia juga lebih suka bersendiri. Hanya orang orang yang memahami si dia dan boleh bersabar, yang akan dapat rapat dengannya.
Berbaloi, bukan?
Monday, 19 November 2012
Sunday, 18 November 2012
Mimpi
Kebelakangan ini, semangatnya terasa lumpuh. Tidur malamnya juga sentiasa terganggu. Malam tadi dia telah cuba untuk tidur awal. Namun tepat jam dua pagi, tiba tiba dia tersedar, dikejutkan oleh sebuah lagi mimpi yang menakutkan. Kata orang tua-tua mimpi sedemikian itu tandanya sesuatu yang tidak baik akan menimpa.
Dia bermimpi memegang sebuah balang kaca. Balang tersebut terlepas dari pegangan tangannya dan jatuh ke lantai. Pecah berderai. Apa kah ini satu lagi petanda buruk menghampiri dirinya?
Namun bukankah mimpi hanya sekadar mainan tidur. Dia tak mahu terlalu percaya. Mungkin ini semua disebabkan kerisauan yang mengganggu fikirannya, maka minda di bawah sedarnya telah mewujudkan mimpi-mimpi sebegitu.
Namun bukankah adakalanya, mimpi menjadi kenyataan? Jantungnya berdegup deras. Fikirannya berbolak-balik antara percaya dan tidak. Cacamarba.
Saturday, 17 November 2012
Kunang Kunang

Yang sempurna tidak semestinya yang terbaik..
Tapi..yang terbaik juga tidak semestinya sempurna..
***********************************
Awak masih ingat?
Masa kita cuti sekolah waktu darjah 4 dulu, awak pernah ajak saya menangkap kunang kunang. Saya panggil ianya kelip kelip tapi awak pula suka guna perkataan 'kunang kunang'.
Dulu awak pernah cerita kat saya, sekiranya kita dapat tangkap kunang kunang, ia akan merealisasikan apa jua hajat yang kita impikan. Saya teruja dengan cerita awak , lalu kita sepakat untuk pergi menangkap kunang kunang malam itu.
Pabila semua telah tidur, kita mencuri curi keluar dari rumah. Jika tertangkap, pasti berbelang tangan dirotan ayah. Kata awak ini rahsia kita. Biar pecah diperut, jangan sekali kali pecah di mulut.
Penat kita berjalan. Awak kata usah risau sebab ada orang pernah melihat kunang kunang di hujung kampung sana. Tapi..ianya terlalu jauh. Saya ajak awak pulang, tapi awak masih ingin teruskan rancangan ini.
Malam semakin sejuk, hingga terasa ke tulang putih. Saya tak tahan lagi, lalu saya tinggalkan awak kerana saya terlalu letih. Saya fikir tentu awak akan marah dengan saya tapi esok harinya awak memanggil saya untuk ke sekolah seperti biasa. Awak masih tersenyum dan berbual dengan saya. Namun awak tidak mahu bercerita sama ada awak berjaya atau tidak untuk dapatkan kunang kunang malam tu.
Awak tahu, hingga kini, saya tak pernah melihat kunang kunang. Semua harapan dan impian saya bagaikan buih sabun..terbang ditiup angin meninggalkan saya. Saya ingin sekali melihat kunang kunang dalam hayat saya ini...
Awak pula? Awak telah berjaya dalam mengejar cita cita awak. Saya kagum selihat semangat dan keyakinan awak yang kuat. Saya dengar awak kini telah menjadi pengurus di sebuah syarikat besar di ibu kota. Mungkin kini giliran saya pula untuk di tinggalkan jauh dibelakang.
Tapi telahan saya silap. Awak tidak seperti saya.
Awak tidak tinggalkan saya untuk teruskan perjalanan saya. Semalam, awak datang ketika saya mengemaskan barang barang untuk pulang ke kampung buat selamanya.
Awak tahan saya. Kata awak, sebenarnya malam tu awak juga tidak dapat menangkap walau seekor kunang kunang. Mungkin kerana kemajuan dan pembangunan telah menghalau semua kunang kunang jauh ke tempat lain.
Kata awak lagi, sebenarnya saya lah kunang kunang awak. Kalau boleh awak tak mahu saya berjauhan dari sisi awak. Kata awak, kejayaan tiada maknanya tanpa saya di sisi awak.
Awak, sebenarnya awak dah silap. Awaklah sebenarnya kunang kunang saya..
Kunang kunang yang membuatkan malam hari saya indah.
Friday, 16 November 2012
Sampai ke Syurga

Walau banyak manapun kita sukakan seseorang, tak semestinya semua yang dia suruh kita kena buat. Tak semestinya apa yang dia suka, kita juga harus suka.
Tak sepatutnya kita ubah diri kita sepenuhnya hanya kerana ingin memenuhi kehendak dia.
Adakala kita perlu berpegang teguh pada pendirian kita.
Bertemu di titik tengah. Sama-sama memberi dan menerima. Serasi.
Thursday, 15 November 2012
Suara Rindu
OST Cinta Balqis - azad jasmin -Suatu yang indahCerita nya bermula semalamAndainya dapat ku rasa selamanyaTetapi ku tahu tidak mungkin dapat ku milikiKerna kau hadir hanya dalam mimpiKu teruskan hiduphari demi hari pun berlaluSeksa dan derita ku tanggung sendiriApa yang tinggal hanyalah doa ku pada TuhanPasrah ku hanya Kau yang menentukanPun tak pernah ku sesalkanKecewa datang dan pergiTinggal ku sendiriDitakdirkan aku syukur selaluSesunguhnya aku tahuTeman ku hanyalah akuSemoga suatu hari nanti dapat ku temuiPenawar duka ku yang darah dan lukaPabila bertemupasti aku suara kan rinduLaguku untukmu buat selamanyaPun tak pernah ku sesalkanKecewa datang dan pergi tinggal ku sendiriDitakdirkan aku syukur selaluSesunguhnya aku tahuTemanku hanyalah aku
Wednesday, 14 November 2012
Komitmen
Adik jadi risau bila mendengar Faisal ingin menghantar rombangan peminangan pada minggu hadapan. Kata adik dia risau kerana mereka baru tiga bulan berkenalan. Bagaimana pula jika selepas berkahwin, mereka tiba-tiba rasa sebenarnya mereka tidak serasi? Lebih banyak yang tak dapat diterima daripada yang boleh diterima? Tiga bulan perkenalan itu bagaikan satu masa yang terlalu singkat untuk membuat satu keputusan yang akan melibatkan seluruh hidup adik.
Sebenarnya adik, tempoh perkenalan tak boleh dijadikan ukuran untuk kebahagian.
Ada orang yang bertahun tahun bercinta tapi bila berkahwin, belum sampai setahun sudah bercerai. Ada orang pula, tidak pernah bertentang mata walau sekalipun sebelum bernikah, namun perkahwinan mereka tetap bahagia dan kekal hingga ke anak cucu.
Aneh bukan sesuatu yang dinamakan perasaan ini?
Adik meminta diberikan masa lebih lama untuk mengenali Faisal dan juga keluarganya. Mungkin adik masih tidak yakin dengan hatinya. Perkahwinan pada adik, satu komitmen yang besar dan dia masih tak boleh beri jawapan pada lamaran Faisal. Orang perempuan apabila berkahwin nanti, segala urusan hidupnya akan terletak di tangan suami. Adik nyata belum sedia untuk meletakkan dirinya di bawah ehsan seorang lelaki.
Adik, tidak ada apa yang pasti dalam perkahwinan. Semuanya bergantung pada nasib. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Perjanjian juga bukan sesuatu yang terpahat di batu.
Bersama hingga ke akhir hayat adakalanya satu rahmat. Adakalanya ia adalah sebaliknya: satu sumpahan apabila perkahwinan hanya pada nama.
Perkahwinan bukan sesuatu yang mudah: Ianya perlu dua individu yang berlainan rasa untuk memahami dan bekerjasama menjadikan ianya bahagia.
Tuesday, 13 November 2012
Secebis Kasih
Dalam diam, aku mengagumimu..
Dalam lena, aku bermimpikanmu..
**********
Ada yang berkata dia seorang yang aneh.
Kenapa? Mungkin kerana dia tidak pernah sekali-kali bercerita tentang kehidupan peribadinya. Dia lebih suka mendiamkan diri sewaktu teman-teman heboh bercerita tentang percutian mereka dengan keluarga pada cuti penggal yang baru berlalu. Bukan kerana malu..cuma tidak ada apa yang boleh diceritakannya.
Mungkin cara mereka lain dari orang lain. Ayah mengajar dia agar sentiasa berdikari, jangan mengharap bantuan sesiapa dan jangan terhutang budi. Kata ayah, setiap kali orang berbuat kebaikan pada kita, ianya harus dibalas serta merta agar tidak dituntut di kemudian hari nanti.
Setiap hari, bila loceng terakhir berbunyi, dia harus terus pulang ke rumah. Tidak dibenarkan singgah atau berbual lama dengan kawan kawan yang lain. Tiba saja, selesai menyalin pakaian, banyak tugasan menunggu. Setiap waktu jaga nya, telah diatur penuh. Dia hanya perlu mengikut jadual yang tersedia.
Sekeliling taman perumahannya, terdiri ramai dari bangsa Cina dan India. Hanya ada 2 keluarga Melayu saja termasuk keluarganya. Kata ayah, lihat saja contoh anak anak jiran yang sentiasa rajin membantu keluarga dan pada waktu yang sama rajin ke kelas tambahan.
Adakalanya dia terasa amat malas untuk pulang ke rumah. Terasa berat tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Bukannya dia tak bersyukur, cuma..sesekali dia rasa teringin menjadi seperti rakan rakan yang lain. Bebas bermain, berlari ke sana ke mari, pendek kata merasai zaman kanak kanak dan remaja yang normal.
Satu keluhan perlahan terlepas dari bibirnya. Dia bukannya ingin simpati dari sesiapa. Dia cuma ingin menganalisis perasaannya sendiri. Dia benar benar jujur bila mengatakan yang dia tidak tahu bagaimana hendak kendalikan soal hati dan perasaannya.
Di dalam buku tidak ada garis panduan tentang tatasusila bila ada seseorang ingin berkenalan dengannya.
Lidah tiba tiba jadi kelu dan wajahnya menjadi merah. Dia yang mahir berpidato, aktif berpersatuan, jadi bisu dan kehilangan kata kata. Lantas dia mengambil jalan mudah: mengatakan yang dia tidak berminat. Menukar tajuk perbualan.
Setelah mencecah dewasa, barulah dia mengenal erti sunyi.
Dia baru mengerti apa itu sepi bila tiada yang ambil tahu langsung keadaaannya, sihatkah, sakitkah, makankah dia? Dia cuma takut kini segalanya telah terlambat.
Dia takut yang dia telah menghalau lelaki itu terus dari hidupnya. Dia tidak tahu apa yang difikirkannya ketika itu, kecuali hanya dia berasa takut. Kini dia tahu yang dia benar benar tidak mahu kehilangan lelaki itu..
![]()
Monday, 12 November 2012
Bila Terasa Rindu
Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan
Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…
Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh
Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar
Sunday, 11 November 2012
Hipokrit
'yang sempurna tidak semestinya yang terbaik.. tapi..yang terbaik juga tidak semestinya sempurna..'
*******************************
E-mail dia: Dalam dunia kerja zaman ni, setakat pandai buat kerja dan rajin saja tak cukup. Kena pandai ber drama, main politik dan kipas boss. Sekejap sekejap hantar e-mail, cc copy kat boss. Barulah orang nampak kita.
Ini realiti. Integriti kena simpan saja dalam poket. Bayangkan. Dalam syarikat ni saja ada berapa ratus pekerja. Macam mana kita nak dapat naik ke atas dengan cepat, kalau setakat nak harap pengalaman kerja saja. Kita kena ada strategi dan kena keraskan hati untuk pijak orang lain. Tak guna buat kerja macam nak gila, balik lewat tapi boss tak perasan.
Kita lurus. Kerja siap sahaja terus beri pada boss. Boss pula tahu-tahu persembahkan pada orang atasan dan terus dapat pujian. Orang ataans bukan kisah siapa yang siapkan laporan tersebut. Janji ianya bermutu.
Kalau nak naik sama sama dengan boss, kenalah belajar kipas boss. Datang pagi-pagi, senyum pada boss. Sapa boss dan pujilah baju dia atau apa sahaja yang dia suka. Pasti waktu appraisal tahunan, boss bagi markah tinggi.
Kalau terasa tak boleh nak buat macam tu, diamkan saja diri. Kerja tepat 9 jam. Bila time balik, balik. Cukup bulan, ambik gaji sampai le pencen.
Alternatif lain: berhenti saja dan cari kerja tempat lain yang sealiran dengan integriti kita.
Dah tentunya orang atasan tak akan berubah semata mata untuk puaskan hati kita. Kita berhenti, syarikat cari orang lain. Kerja mana mana boleh dicari. Tu sebab jangan bermati matian untuk syarikat. Hari ni kita sakit, syarikat bagi kita ambik MC. Esok kita accident, tak larat nak bangun, syarikat bagi kita ambil cuti tanpa gaji. Esok esok lagi kalau kita terus tak boleh nak buat apa apa, Syarikat akan kata:
'Berehatlah. Berehatlah selama mana yang awak inginkan. Sebab kami dah gantikan tempat awak dengan pekerja lain. Terima kasih di atas perkhidmatan awak bersama kami selama ini'..
*****************************************
Hmm. Bak kata pepatah: di telan mati emak, di luah mati bapak.
Saturday, 10 November 2012
Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Tak perlu di ucapkan sepatah kataKerna lantang terbaca dari mukaKau dan daku sudah tiadaKeserasian di jiwaMungkin manisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagiBetulkan kesilapan perhubungan iniBila setiap perbincanganMenjadi perbalahanManakah agaknya cinta kasih
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntumBunga yang layu pada musim luruhYang dulunya mekar di sinar suriaBila sudah kering pasti akan gugurSeperti cinta kita yang jelas ternyataSemakin lama semakin rekahMenimbulkan tanya apa mungkin kitaTemu kebahagiaan dalam perpisahan
Setitis air mata ditangiskanSudah cukup tuk menampung selautanBegitu lama ku pendamTapi hanya berdiamKerna cuba menafi realiti
Seperti cinta kita yang jelas ternyataSemakin lama semakin rekahMenimbulkan tanya apa mungkin kitaTemu kebahagiaan dalam perpisahan..
Friday, 9 November 2012
Topeng
Kata dia : Dalam zaman sekarang ni, kita tidak boleh percaya pada semua orang. Ramai manusia bertopengkan kebaikan tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat. Lebih bahaya berbual dengan orang yang zahirnya nampak warak daripada bercakap dengan orang yang terus terang kita memang tahu dia jahat. Sekurang kurangnya dengan jenis orang yang kedua tu, kita telah bersedia dan sentiasa berjaga jaga.
Orang sekarang belajar agama bukan nya semua ada niat untuk mendalami agama dan dekatkan diri pada Tuhan. Ada yang belajar untuk kepentingan sendiri.
Saya tekankan di sini: Saya tidak kata semua, tapi kebanyakannya. Ada yang belajar semata mata untuk tahu bab agama supaya dia boleh lepaskan diri untuk berbuat salah. Menghafal hadis sebagai alat untuk menyokong apa yang dia kata dan untuk menutup kejahatan yang dia lakukan. Untuk meyakinkan orang yang dia berada di pihak yang benar. Atau pun untuk yakinkan diri sendiri yang apa dia buat tu tidak salah. Saya harap awak akan berhati hati..
Awak tentu pernah dengar bukan, ada orang berkata yang salah dia lagi kecik kalau nak di bandingkan dengan orang lain dan dia masih boleh mintak ampun dari Tuhan. Pelik kenapa mesti nak bandingkan dengan orang lain? Sedangkan setiap orang di adili atas perbuatan masing masing. Ada juga AJK Masjid yang bergaduh rebutkan jawatan tertinggi di kampung. Ini baru peringat rendah, apatah lagi yang di peringkat atas. Itu sebab timbulnya ajaran sesat, masing-masing berebut kuasa, hendak jadi nombor satu, nak dihormati. Nak jadi imam masjid pun, sampai berkempen kempen.
Kata saya: Bagaimana pula dengan awak. Bagaimana saya nak tahu sejauh mana kejujuran awak ye?
Kata dia: (senyum). Terpulang pada awak.
Cuma, jangan terlalu cepat membuat kesimpulan. Lihat dan nilai: pastikan percakapan hendaklah selari dengan perbuatan. Ada yang menyeru kepada kebaikan tapi dalam pada itu menghasut dan memburuk-burukkan orang lain, membuka keaiban pihak lain depan orang ramai. Memulaukan orang semata mata kerana parti politik berlainan.
Percayalah. Apabila tiba masa yang sesuai, Tuhan akan ketemukan guru dan anak murid, anak murid dengan guru. Awak pasti akan berjumpa dengan seseorang yang awak boleh percayai.
********
Mmm..susah hendak memahami. Seperti teka teki. And I am really not good at reading between the lines.
Thursday, 8 November 2012
Liku Liku Hidup
Dengarlah suara hati ini berbisikingin berteriak namun tiada upayakeluhan ini terkunci rapatrantainya terlalu utuh untuk terlerai begitu sajatiada upayadayanya terhadsukar untuk meluahkan.
Tak siapa akan mengertiliku liku perjalanan hidup seorang aku.
Wednesday, 7 November 2012
Kerana Cinta
Sampai saja di rumah, perkara pertama yang aku lakukan ialah menghidupkan computer sambil tangan pantas membuka dan melemparkan kemeja yang ku pakai tadi ke sudut bilik seraya menyarungkan t-shirt hitam yang tergantung di belakang pintu.
Tangan ku pantas menaip ID dan kata laluan. Aku ingin bercerita pada seseorang tentang apa yang terjadi padaku sepanjang hari ini! Tapi pada siapa ye..? Hati berdegup kuat seolah saja ingin meletup jika tidak dapat diluahkan dengan segera.
Sebenarnya..aku tidak punya sebarang rakan rapat untuk aku kongsikan cerita aku. Aku juga tidak punya laman web atau blog sendiri yang mana aku bebas menulis apa saja yang aku mahu.
Jadi, aku telah sertai satu forum di laman web yang aku percayai dan yang selalu aku layari: forum Mxx , khusus untuk mereka yang single dan tidak mempunyai teman istimewa. Disini kami bebas berbicara apa saja dari soal yang remeh kepada soal yang berat. Tidak perlu mengenalkan diri kami yang sebenar. Semua orang menggunakan kod saja untuk gantikan nama.
Mungkin juga tekanan dan keseronokan yang aku rasai hari ini membuat aku ingin berkongsi cerita di forum tersebut. Aku mula menulis. Tanganku masih lagi menggigil.
'Hai semua. Maafkan saya kerana hari ini saya rasa saya akan melanggar peraturan utama jadi ahli forum ini. Susah untuk saya jelaskan, tapi saya memang tidak ada teman lain yang rapat selain kamu semua. Malah kamu semua lebih dari keluarga saya sendiri. Oleh itu..saya sangat berharap yang kamu semua akan faham dan sudi mendengar cerita saya..'
Benarlah kata orang, "Cinta mampu membuatkan seorang pendiam seperti aku menjadi seorang penulis yang mempunyai ribuan kosa kata." Aku sendiri tidak tahu yang aku boleh menulis sebegitu panjang sekali.
Tuesday, 6 November 2012
Pilihan Hati
Kata mereka:
jika kamu memilih dia kerana dia pandai,
itu bukan cinta,tetapi kagum
jika kamu memilih dia kerana dia cantik,
itu bukan cinta tetapi nafsu
jika kamu memilih dia kerana tak mahu dia sedih hati,
itu bukan cinta tetapi kasihan
jika kamu memilih dia kerana dia baik,
itu bukan cinta tetapi rasa terima kasih.
Tetapi jika kamu menyintai dia tanpa kamu tahu apa sebab kamu menyintainya,
itulah cinta yang sesungguhnya..
Itu kata mereka. Tapi bagi saya..semua di atas adalah sebahagian dari cabang cinta.
Adakala tidak perlu memerah fikiran untuk cuba meletakkan cinta itu di dalam pelbagai kategori maupun definasi. Cinta bukan sekadar kata-kata penyedap bicara tapi perasaan yang merasa.
Tidak perlu justifikasi kepada umum. Tidak perlu menerangkan pada orang lain.
Biarlah hati yang berbicara dengan bahasanya sendiri. Pejamkan mata dan tanyalah pada hati. Di situ pasti tertera jawapan. Dialah pilihan hati..
Monday, 5 November 2012
Keluhan Hati
Badan yang lesu dicampakkan di atas sofa. Selera makannya terus menghilang. "Hidup susah, mati pun susah", terlepas satu keluhan yang amat tajam menghiris hati. Lesu. Hatinya merintih. Tiada siapa untuk dia mengadu resah di jiwa.
Dia harus bertekad untuk meneruskan hidup yang sememangnya telah ditentukan untuknya. Kalau diikutkan hati, ingin sahaja dia terbang sebebas burung di udara. Indahnya hidup andai boleh ke mana sahaja yang terlintas di fikiran tanpa ada yang menahan.
Alangkah damainya jiwa andai dapat membiarkan jemari kaki dibaluti pasir halus pantai sambil menikmati pemandangan mentari berlabuh di waktu senja. Adakalanya berangan-angan lebih mengindahkan harinya dari terbaring lesu di katil sambil memikirkan hari hari suramnya.
Adakalanya dia terasa rindu. Teramat rindu pada sepasang mata yang memandangnya dengan penuh perasaan sayang. Adakala bila sepi menghantui, dia ingin sangat mendakap sekujur tubuh itu untuk melepaskan segala rindu dan lelah. Tapi ternyata mustahil kerana kasih itu bukan miliknya.
Sunday, 4 November 2012
Andai Kumiliki Semalam
Andai ku miliki semalamDan bisa aku ubah menjadi esokTakkan ku ubah apa punKerna aku tahu engkau tetap indahTanpa sempadan masaAku bahagia seadanyaTangis ini tanda kasih kuBukan mengeluh luka yang semalamKerna engkau mengasihi kuTiada sendu lagi di dunia ku iniAku tak dapat bayangkanSengsara yang harus ku tanggungJika kau pilih perpisahanTanpa punca yang meyakinkanAku akan tersasarMencari cintamuAndai terhentinya masaDan gunung jatuh ke lautKau tetap ku cintaKasih sayang ku adalah kekuatanUntuk menempuh segalaDugaan yang tak terbayangkanOleh insan lemah seperti kitaSekalipunKu miliki esokTakkan ku menolak ketentuan
Saturday, 3 November 2012
Cantik Di Hati
Tatkala kekosongan menjamah jiwa, penuhilah ia dengan zikir di jiwatatkala jiwa disambar resah, tenangkanlah ia dengan laguan Al-Qurantatkala sanubari diusik kesedihan, berlarilah mengadu kepada Illahiingatlah diri kepada mati.
Kerana jiwa yang kosong itu
permulaan bagi hati yang kusam
punca hati berbelah bahagi
sumber kepada lalainya hati.
Rawatlah hati, gilaplah iman. InsyaAllah, hati akan subur kembali.
Friday, 2 November 2012
Cinta IV
Ada yang berkata, cinta itu menyakitkan. Lebih baik jika dijauhi.Ada juga yang berkata, cinta itu begitu mengasyikkan. Lalu berenanglah mereka sepuasnya sehingga ada yang lemas dibawa arus.Ada juga yang berkata, cinta itu indah sehingga tiada ungkapan yang dapat mengambarkan apa sebenarnya itu "Cinta'
Thursday, 1 November 2012
Suka, Sayang Dan Cinta
Seorang teman bertanya: Apa bezanya antara suka, sayang dan cinta?
Beza yang nyata:
*Bila kita suka seseorang, kita terasa ingin selalu dengannya
*Bila kita sayangkan seseorang, kita sentiasa teringin untuk buat dia tersenyum, buat dia bahagia.
*Bila kita cintakan seseorang, kita sanggup lakukan apa saja demi untuk kebahagiaan dia, biarpun ianya akan melukakan hati kita sendiri
*****
* 'Suka’ adalah bila dia menangis, kita simpati dan berkata “Sudahlah tu awak. Jangan menangis.”
* ‘Sayang’ adalah bila dia menangis, kita akan turut menangis bersamanya.
* ‘Cinta’ adalah bila dia menangis, hati kita tutut sedih dan kita mencuba sedaya upaya untuk berada dengannya dan berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”
*****
* ‘Suka’ adalah bila kita melihat dia, kita akan berkata: “Dia sangat kacak dan menawan.”
* ‘Sayang’ adalah bila kita melihat dirinya dengan hati dan bukan hanya dengan mata.
* ‘Cinta’ adalah bila kita melihat dia, kita seakan tidak percaya dan rasakan bahawa kita sangat bertuah kerana dapat bersama dengannya
*****
* 'Suka' adalah bila dia menyakiti hati kita, kita akan kecewa dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.
* 'Sayang' adalah bila dia menyakiti hati kita, kita terasa amat sakit dan menangis untuknya.
* 'Cinta' adalah bila dia menyakiti hati kita, kita memaafkan dia dan berkata: “Tak mengapa, dia tak tahu apa yang dia lakukan.”
*****
* 'Suka': apabila kita suka padanya, kita akan cuba ‘memaksa’ dia untuk menyukai kita juga.
* 'Sayang' adalah bila kita sayangkan dia, dan biarkan dia memilih untuk membalas atau menolak perasaan kita
* 'Cinta' adalah bila kita melafazkan perasaan padanya, dan setia menunggu hingga dia boleh menerima kita dengan tulus ikhlas
*****
* ‘Suka’ adalah bila kita menemani dia hanya apabila kita ada masa terluang.
* ‘Sayang’ adalah bila kita menemani dia di saat dia memerlukan kita
* 'Cinta' adalah bila kita ingin sentiasa menemani dirinya dalam susah dan senang.
*****
*‘Suka’ adalah hal yang menuntut.
*‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.
*'Cinta' adalah hal yang memberi dengan rela.
Subscribe to:
Posts (Atom)